Thursday, August 7, 2008

Main Suka Sama Suka?

Ho ho ho!! Hodohnya wajah Malaysiaku hari ini. Betapa kerakusan untuk berkuasa mengatasi segala-galanya. Tak kira lah halal ataupun haram. Semua jalan yang menghalalkan kekuasaan ini akan dipertahankan. Seolah-olah hidup ini hanya untuk dunia semata-mata. Akhirat itu hanya ilusi semata-mata. Tak perlu dan tak payah di ambil kira.

Mula-mula 'si-dia' cakap saya diliwat oleh 'pak Syeikh'. Pak Syed si Menteri Dalam Negeri cakap 'si-dia' tidak dituduh sama kerana beliau telah diliwat.
Kata Pak Syed si menteri " patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?". Nampak macam pandai. Tapi bila pergi ke makhamah kenapa tukar pendakwaan?

Tapi apabila dakwaan dipinda dengan tuduhan hubungan seks luar tabii secara suka sama suka - dah macam terbalik la pulak. Mula-mula laporan cakap diliwat, takkan kali ini laporan mengatakan sama-sama meliwat? Cerita kartun pun tak lawak macam ini. Kalau-kalau suka takkanlah seorang sahaja yang didakwa.

Nampaknya macam ini pemikiran seorang Menteri Dalam Negeri kita. Patutlah Pulau Batu Putih pun terlepas. Satu lagi jangan kita terlepas pandang. Peranan Makhamah Syariah di negara kita yang langsung tak syariah. Anwar sudah membawa kes ini ke makhamah Syariah. Malangnya selama 51 tahun kita merdeka, tiada peruntukan untuk kes liwat? Rupa-rupanya selama ini kita dihadiahkan dengan makhamah syariah yang 'non-syariah' compliance. Aduh, pening kepala pakcik!!

3 comments:

Pemuda Malaysia said...

jadi saudara bersetuju anwar memang homoseksual?

daripada riak muka anwar dalam tv semalam selepas dibebaskan, saya dapat merasakan anwar memang peliwat kerana dia kelihatan gembira pendakwaan adalah atas suka sama suka.

jadi, anwar ibrahim memang tidak layak langsung diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana mempunyai moral yang sangat buruk..

kak ja said...

Salam Ciklee,
Agaknya ini kes suka sama tak berapa suka kot no? Indah sungguh Malaya ni, kan?

Cik Lee said...

saudara pemuda malaysia : menuduh seseorang sebagai peliwat dengan hanya merasa bukanlah kaedah yang tepat. Kalau tuduhan itu tak betul, dan kita menuduh secara melulu - alamatnya dosa free yang kita dapat berpikul-pikul. Sanggupkah kita??

Kak Ja : Malaya memang indah. Yang hodoh rupa-rupa pemimpin Malaya masa kini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails