Monday, April 27, 2009

Hati-Hatilah Wahai Pejuang!

Banyak cerita dua tiga menjak ini. Lebih-lebih menjelang muktamar Pas yang akan diadakan di Selangor. Kepanasannya telah hampir mencapai 100 darjah celcius. Ini kerana muktamar kali ini disertai dengan pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan baru. Ianya semakin panas dan panas, bukan setakat di dalam sahaja. Malah di luar sana juga penyokong-penyokong yang terbabit turut panas. Apatah lagi di era zaman sains dan teknologi ini, semua cerita dalam dan luar kain terlepas ke luar.

Di tambah pula dengan kehadiran bloggers-bloggers dan penulis-penulis tertentu, maka pelbagai istilah dicipta. Team 1, team 2, team 3 dan team 4. Mungkin untuk mencari publisiti, memeriahkan suasana, analisis telus atau dengan tujuan dan seribu satu agenda lagi. Hakikatnya, perlukah diwujudkan team-team ini di dalam sebuah parti yang bermatlamatkan Islam untuk di daulatkan?

Perselisihan faham dan pendapat itu satu rahmat jika difahami secara betul. Tetapi jangan sampai ia difahami secara sonsang. Adakah layak digelar parti Islam jika proses tendang menendang dilakukan bagi mendapatkan percalonan? Adakah layak digelar parti Islam jika di dalamnya penuh dengan lobi-melobi dan memburukkan lawan? Adakah layak digelar parti Islam jika sibuk meminta untuk dilantik di jadi pemimpin dan bermain seribu satu silap mata? Adakah layak digelar parti Islam jika sibuk mengadu domba.

Ingatlah pejuang-pejuang yang mengaku pejuang Islam. Di luar sana itu musuh hanya tersenyum dan gelak ketawa melihat apa yang terjadi di dalam. Seharusnya isu di dalam kain tidak usahlah sibuk diwar-warkan ke seluruh negeri. Begitu juga penggunaan media massa yang hanya menunggu masa untuk menangguk di air yang keruh.

Adat berpolitik perlu dijaga. Amanah perlu terus dipelihara. Hentikanlah perbuatan yang sia-sia yang mengundang kepada dosa. Jika benar kita mengaku kita parti Islam, ikutlah cara Islam. Janganlah nama partinya sahaja Islam, tetapi perangainya tidak berbeza jauh dengan puak yang satu lagi. Ikhlaskanlah hati semasa berjuang. Kalau dunia matlamatnya, dunia yang diperolehi. Kalau akhirat yang ditujui, Insya Allah dunia dan akhirat yang diperolehi.



Sunday, April 26, 2009

Mencari Jati Diri - Siri 1

Ironinya, ramai di antara kita kebelakangan ini mempersoalkan soal ketuanan Melayu. Siapa Melayu itu, bagaimana rupa melayu itu yang sebenarnya. Mengapa yang mata sepek juga dipanggil Melayu, yang bermuka arab turut dipanggil Melayu, yang kulit sawo matang dipanggil Melayu, yang kulit merah dipanggil melayu. Jadi siapakah Melayu yang sebenarnya?

Yang pastinya ia berkait dengan satu perkara - semua yang di atas adalah beragama Islam. Di sini, terdapat kemungkinan Melayu itu bukan sahaja dinilai dari rupa, bahasa dan agama - tetapi lebih kepada proses pembentukan mukmin sejati. Tidak salah jika dikatakan bumi berkat di Nusantara ini merupakan satu tempat dakwah dan proses untuk pengembangan agama Islam yang tercinta.

Manakan tidak, nusantara suatu masa dulu dikunjungi daripada pelbagai bangsa di seluruh dunia. Dan nyata, kebanyakan mereka ada yang terus bermastautin di sini dan berasimilasi dengan masyarakat setempat. Dan disinilah proses dakwah berjalan yang mana kebanyakan mereka ini telah tertarik dengan keindahan Islam dan seterusnya menganut agama Islam yang tercinta.

Di sinilah pentingnya kita mengetahui jati diri Melayu itu. Adakah seorang Melayu itu layak digelar Melayu jika agamanya jauh dari dihayati. Setakat namanya sahaja Melayu, agamanya sahaja diletakkan di dalam kad pengenalan tetapi segala hukum Allah itu dikesampingkan ?

Di sinilah letak keindahan adab dan tradisi Melayu. Ianya bertunjangkan kepada syariah dan terus berakar umbi di dalam masyarakat Melayu. Namun, malangnya ia semakin longgar dan golongan muda hari ini terus melupai susur-galur mereka. Apabila agama semakin jauh, pegangan juga semakin longgar dan melahirkan kerosakan yang besar dalam masyarakat hari ini.

Monday, April 20, 2009

Mengimbau Peranan Ulama Silam

Penulis belum mendapat mood untuk menulis angkara Nabil. Oleh itu, artikel ini diambil untuk berkongsi dengan pembaca bagi berfikir kembali peranan ulama tulisan Tokku Ibrahim diambil dari Kembara Salik.

Kejayaan Dakwah Para Ulama Silam - Suatu Renungan

Tanah Melayu telah menerima Islam kira-kira 700 tahun dahulu hasil usaha para pendakwah yang tidak mengenal penat dan lelah menyampaikan agama Allah kepada kita. Mereka meninggalkan tanah air dan merantau ke serata pelusuk dunia bagi menyebarkan ajaran Tauhid.Apa yang perlu kita lihat disini ialah kejayaan para ulama ini dalam menyampaikan dakwahnya sehingga seluruh Alam Melayu atau Nusantara dapat diIslamkan. Dakwah yang mereka bawa bukannya dengan pedang tetapi dengan kebijaksanaan. Mereka begitu dihormati sehingga orang Melayu yang kuat berpegang pada agama Hindu dan Buddha telah berjaya diIslamkan. Bukan sekadar rakyat jelata tetapi juga di kalangan raja-raja.

Hasil dari dakwah mereka, maka lahirlah ulama-ulama yang berwibawa sehingga orang Melayu amat cinta kepada Islam dan menjadi bangsa yang dihormati. Ulama-ulama seperti Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Abdul Malek (Tok Pulau Manis), Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan sebagainya telah berjaya menyuburkan ruh Islam dalam masyarakat Melayu. Amalan kerohanian dan keagamaan bukan sahaja hidup di kalangan rakyat, malah pemerintah dan ulama bergandingan memerintah negeri. Contohnya Tokku Paloh yang menjadi regu kepada Sultan Zainal Abidin III di Terengganu. Para ulama di zaman itu amat dihormati pemerintah dan dikasihi rakyat.

Apa yang mahu difokuskan disini ialah kita sering lupa bahawa Tanah Melayu sudah mempunyai model-model dakwah yang perlu kita ikuti. Hal ini terjadi kerana kita kadang-kadang terlalu terpengaruh dengan idea dan pendekatan tokoh-tokoh Islam dari luar seperti Maulana Illias, Imam Hassan al-Banna, al-Maududi, Syed Qutub dan sebagainya, sehingga terlupa kepada ulama-ulama dan tokoh pendakwah yang telah berjaya membina Tamadun Islam di Tanah Melayu ini. Idea dan pendekatan dakwah yang kita ambil dari luar, walaupun mempunyai kebenaran dan terbukti berjaya di tempat mereka, tapi tidak semuanya sesuai dengan jiwa orang Melayu.

Sehingga hari ini, tokoh-tokoh pembaharuan Islam dalam masyarakat yang hebat dakwahnya di kalangan (jamaah) mereka masih tidak boleh menandingi kasih sayang dan ingatan masyarakat terhadap ulama-ulama dahulu. Ini dapat dilihat dimana sehingga kini kitab-kitab, ilmu dan sejarah mereka masih menjadi sebutan dibibir masyarakat. Maqam mereka masih dikunjungi, ilmu dan nasihat mereka masih memberi kesan pada jiwa anak Melayu.

Kalau ditanya pada orang-orang Kelantan, nasihat siapakah yang mereka akan dengar sama ada Tok Kenali atau ulama/pendakwah zaman ini, nescaya mereka akan memilih Tok Kenali, walaupun mereka tidak pernah melihatnya. Ini kerana pendekatan ulama tersebut memberi kesan kepada orang Melayu sehingga kehebatannya menjadi buah mulut dari satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, kenapa kita perlu mengambil model yang jauh, sedangkan belum tentu ideanya akan berjaya di sini.

Apa yang diperhatikan, banyak gerakan Islam menjadi hancur pada kemuncaknya. Ada yang menjadi beku dan buntu dengan tidak tahu ke arah mana mereka mahu tuju. Programnya, sama ada program dalaman atau luaran streotaip sahaja, malah makin perlahan.Malah masyarakat semakin rosak walaupun pelbagai usaha yang mereka lakukan.

Idea menubuhkan parti sebagai wasilah untuk berdakwah dan menegakkan Islam juga semakin memperlihatkan banyak kelemahan. Ia bukan menjadi semakin kuat tetapi semakin lemah. Memang tidak dinafikan ia juga banyak memberi manfaat kepada Islam, dapat menghimpunkan masyarakat dan ulama supaya menerima idea-idea yang dilontarkan. Tapi, pada pandangan saya, adalah tidak praktikal menghimpunkan semua anggota masyarakat dalam parti kerana politik kepartian hanyalah salah satu daripada ribuan wasilah dakwah yang boleh dilakukan, sebagaimana istilah “bil hikmah – bijaksana” dalam al-Quran.

Apa yang dibimbangkan, apabila masing-masing asyik menumpukan kepada soal perebutan kuasa sesama sendiri, sibuk membida’ahkan sesama sendiri, sibuk menyalahkan sesama sendiri, sibuk untuk mendapat nama dan pengiktirafan - akhirnya penumpuan kepada agenda pembinaan manusia diabaikan tanpa kita sedari. Masyarakat semakin rosak, iman makin luntur dari jiwa mereka. Lebih malang lagi, keorsakan ini turut berlaku ke atas anak-anak para pendukung jamaah Islam sendiri.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah, didapati 80% umat Islam hari ini tidak menyempurnakan dengan cukup sembahyang fardhu lima kali sehari. Semua orang tahu bahawa sembahyang merupakan tiang agama. Jika tiangnya sudah tiada, apa lagi kekuatan kekuatan yang ada pada bangsa Melayu Islam ini. Ingatlah kata-kata Saidina Umar al-Khattab (r.a) bahawa, “Bangsa Arab menjadi mulia bukan kerana ia Arab, tetapi Arab mulia kerana ia memilih Islam. Jika ia meninggalkan Islam, nescaya ia kembali menjadi hina”.

Hal yang sama boleh berlaku kepada bangsa Melayu. Islam juga telah membawa kemuliaan pada bangsa ini; dari bangsa yang menyembah dewa-dewa, pohon kayu dan perkara tahyul, Islam telah membawa mereka kepada Tuhan Semesta Alam. Umat Melayu diberi penekanan ilmu sehingga lahirnya dari nusantara ini ulama-ulama dan pemerintah yang dihormati. Islam telah membina jatidiri bangsa ini, Islam juga telah memberi kekuatan pada bangsa ini, namun bangsa ini akan hilang jatidirinya bila mereka meninggalkan Islam. Mereka akan menjadi bangsa yang lemah, idealogi dan budaya Barat dijadikan pegangan, dan menuju kehancuran. Apa yang dibimbangkan lagi, Allah akan menghina bangsa ini dan Allah memilih bangsa lain untuk menegakkan agamaNya.

Gerakan yang mendakwa mahu kembali kepada al-Quran dan Sunnah sehingga membida’ahkan beberapa amalan yang sudah hidup subur dalam masyarakat Islam, melarang bermazhab, menolak pengajian kitab tua dan sebagainya tidak akan berjaya walaupun pelbagai usaha dilakukan. Ini disebabkan idea tersebut bertentangan dengan pegangan para ulama-ulama tradisional yang amat dihormati masyarakat. Idea tersebut mungkin diterima di kalangan orang Melayu kelas menengah tetapi akan ditolak oleh orang Melayu ‘bawahan’. Golongan pertengahan pun belum tentu semuanya menerima idea itu kerana mereka juga tidak boleh menerima jika ada golongan yang mahu memperlekehkan atau menolak ulama-ulama dahulu. Apakah kelayakan golongan itu pada kacamata mereka untuk membida’ahkan ulama-ulama dahulu.

Begitu juga dengan golongan yang merendahkan para sahabat Nabi SAW. Mereka juga tidak boleh bertapak jauh walaupun tidak dinafikan ada segelintir orang yang terpengaruh dengan idea-idea tersebut. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengajian yang mendalam terhadap kitab-kitab para ulama dahulu. Justeru itu sebaiknya kita cuba menoleh kepada ulama-ulama dahulu dengan melakukan kajian yang mendalam sehingga kita makrifat (mengenal dengan sebenar-benarnya) pada mereka. Kita juga perlu mendalami dan mempelajari kehebatan ilmu, ibadah, akhlak, dakwah, politik dan kepimpinan mereka untuk dijadikan model dalam aspek pembinaan masyakat Islam di Malaysia. Dalam konteks negara kita, mereka merupakan role-model yang terbaik untuk kita ikuti.

Cuba kita lihat kejayaan para ulama dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam. Contohnya Syarif Muhammad al-Baghdadi yang memulakan dakwah di Kuala Berang, Terengganu 700 tahun yang lampau, Wali Sembilan di Indonesia dan pengIslaman Kerajaan Pattani. Mereka telah berjaya mengembangkan Islam dengan meluas hasil kebijaksanaan dakwah mereka. Islam tidak sukar diterima sehingga dapat menukar budaya dan cara hidup Hindu/Buddha kepada cara hidup Islam secara beransur-ansur. Kebijaksanaan seperti inilah digunakan penjajah Inggeris dalam menyebarkan budaya mereka sehingga orang Melayu boleh menerimanya dan tidak ramai yang menentangnya, walaupun budaya penjajah bertentangan dengan budaya Melayu dan Islam.

Pada hari ini keruntuhan orang Melayu dari segi agama dan budaya berlaku satu demi satu. Jika tidak bangkit gerakan penyelamat, mungkin Islam dan Melayu hanya tinggal nama sahaja sebagaimana kebanyakan masyarakat Islam di Selatan Thailand dahulu. Mereka hanya tahu bahawa Islam mengharamkan memakan babi sahaja, sedangkan budaya dan amalan agama mereka telah hilang. Mereka 100% mengikut cara hidup orang Siam walaupun mereka bukan penganut Budhha.

Apakah erti Islam kepada penganutnya jika amalan Islam sendiri tidak diketahui. Dari pengamatan yang dibuat sebenarnya kita juga telah mengalami buta agama dan budaya di kalangan generasi muda hari ini. Mereka langsung tidak memahami agama melainkan dalam perkara tertentu sahaja seperti wajib sembahyang, puasa, zakat dan haji. Itupun seperti yang didakwa oleh Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah, hanya 20% sahaja yang menunaikan sembahyang cukup 5 kali sehari. Yang kita takut ialah budaya Barat yang membawa mesej untuk menyesatkan umat Islam itu diterima dengan rasa megah dan akhirnya meruntuhkan amalan Islam di Malaysia dan bangkitnya budaya Barat, walaupun pemerintah dan rakyatnya ramai di kalangan orang Islam. Akhirnya kita tersungkur jatuh akibat rancangan Yahudi dan Nasrani tanpa setitik darah syuhada. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah orang Melayu adalah bangsa yang begitu mudah mengikut apa jua yang dibentangkan jika kena caranya.

Jika difikirkan, pihak penjajah sepatutnya lebih sukar menundukkan orang Melayu kerana mereka membawa suatu budaya yang bertentangan dangan agama dan budaya orang Melayu seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, budaya minum arak dalam majlis pembesar, wanita tidak malu membuka aurat. Namun kerana kebijaksanaan mereka membaca kelemahan orang Melayu, rancangan mereka berjaya walaupun menghadapi kesukaran.

Sehingga kini budaya mereka menjadi amalan kelompok masayarakat besar terutamanya di Pantai Barat. Amalan Islam semakin terpinggir malah menjadi dagang (asing). Yang membimbangkan, bila runtuhnya satu demi satu amalan Islam dan budaya Melayu, akhirnya tertanggal pula akidah Islam, maka hancurlah bangsa ini dan menjadi hina di sisi Allah. Walaupun kita mohon Allah jauhkan hal ini berlaku di negara kita yang tercinta ini, tapi tiada mustahil Allah menurunkan balanya seperti yang ditimpakan ke atas Palestin, Bosnia dan Iraq.

Tiada masa lagi sebenarnya untuk kita leka. Semangat cintakan agama, bangsa dan negara akan membangkitkan kekuatan untuk kita bangkit sebagai penyelamat ummah. Saya melihat tiada sebab orang Melayu tidak boleh menerima Islam dan kembali berpegang teguh dengan ajarannya jika para pendakwah pandai mengolahkannya. Ini kerana mereka adalah bangsa yang lembut jiwa dan mudah dibentuk jika kena cara mendekatinya.

Dengan kehebatan ilmu, fikrah dan gerak kerja ulama, para pendakwah dan para pemikir moden di seluruh dunia yang kita ambil untuk membangunkan dakwah di sini, alangkah baiknya juga kita menoleh kepada kehebatan ulama-ulama silam dan kejayaan mereka merubah dan membentuk jatidiri orang Melayu dari golongan istana sehingga golongan bawahan. Sehingga kini tiada dapat kita nafikan mereka lebih dekat dengan orang Melayu berbanding ulama zaman kini. Nama dan kitab mereka terus menjadi rujukan utama orang Melayu, diajar di surau dan masjid. Kenapa pula kita terlalu melihat kepara pendakwah di luar negara sehingga melupakan para pendakwah di sini. Kita perlu mengkaji kembali ilmu, amalan, akhlak, pemikiran, dakwah, politik dan budaya yang mereka bawa sehingga runtuhnya kerajaan Hindu di Tanah Melayu dan Indonesia. Jika kita dapat adunkan kehebatan pendakwah silam dan masa kini, insya Allah kita boleh berjaya dalam usaha kita.

Tiga asas penting yang telah dibina oleh ulama dahulu di Nusantara ini ialah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang berasaskan pegangan Imam Abu Hasan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi; feqah mazhab Imam Syafie dan tarekah tasawuf aliran Imam al-Ghazali. Ini dapat kita lihat pada kitab-kitab mereka yang ada di tangan kita hari ini. Tiga asas ini adalah pegangan majoriti umat Islam Nusantara. Jika gerakan dakwah tidak menghormati asas-asas ini, mereka bagaikan menentang arus yang besar. Dakwah mereka akan terpinggir walaupun mereka dikatakan golongan muda yang ingin membawa perubahan dalam amal-amal Islam.

Pegangan ini sudah sebati dengan jiwa orang Melayu. Walaupun kita memiliki gelaran Phd. sekalipun, kita tak mampu merombak kasih sayang dan kepercayaan orang Melayu terhadap keilmuan dan kehebatan ulama tradisional Melayu. Cerita Tok Kenali dapat menjawab persoalan-persoalan yang membingungkan ulama-ulama Arab di zamannya, sehingga keilmuan beliau dikagumi di Mesir dan ini amat membanggakan orang Melayu.

Begitu juga dengan Syeikh Ahmad a-Fathani, guru kepada Tok Kenali. Beliau adalah ulama yang diiktiraf sebagai guru di Masjidil Haram, Mekah, yang mana ia menjadi pusat pengajian Islam bagi seluruh umat Islam di pelusuk dunia ketika itu. Syeikh Ahmad juga dipanggil menjadi orang tengah untuk menyelesaikan beberapa permasalahan ilmu yang timbul. Ketinggian ilmu Syeikh Ahmad al-Fathani dapat dilihat pada kitab-kitabnya yang menjadi rujukan ulama di seluruh dunia dan dijadikan pengajian di madrasah-madrasah ilmu Alam Melayu dan Nusantara. Sehingga kini tiada lagi ulama moden di negara kita yang mana kitabnya menjadi rujukan di serata dunia atau pengajian kepada seluruh Nusantara.

al-faqir ilalLah Ibrahim Mohamad, Pulau Manis (penulis juga dikenali sebagai Tokku Ibrahim)

Saturday, April 18, 2009

Nabil Cakap Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara - Kurang Ajar!

Terima kasih kepada Tv, Radio dan Surat Khabar. Kerana jasa mereka maka negara kita telah berjaya melahirkan pelawak yang dikatakan serba boleh iaitu Nabil. Maka dicanang jualah akan nama Nabil hampir tiap-tiap hari. Maka bintang Nabil semakin cerah selepas berjaya menjadi juara rancangan Raja Lawak Astro. Maka banyaklah slot di tv diisi oleh Nabil.

Saya bukan anti Nabil. Saya tak minat pun Nabil. Tapi ada jugalah dengar ayat-ayat Nabil yang boleh dipakai iaitu " lu fikirlah sendiri". Tapi bila saya tengok rancangan kendalian Nabil tak ada pun rasa yang terlebih istimewa. Rancangan pondok-pondok dan rancangan waktu pagi bersama Raja Azura (minta maaf tak ingat nama rancangan tu) lebih kepada membawa hiburan yang melampau-lampau. Rancangan yang melalaikan orang Melayu dan hiburan semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Orang yang menonton dan penonton yang hadir hanya pergi untuk ketawa dan bersantai-santai. Dan bukan untuk berfikir pun tentang masalah negara, ekonomi dan apa sahaja. Dan itulah perancangan tv-tv kita masa sekarang ini. Bukan untuk membentuk masyarakat yang lebih berfikir, berpendidikan dan prihatin tentang nasib bangsa yang semakin mencengkam. Masalah agama dan moral yang semakin membarah dalam masyarakat. Yang penting berhibur la sampai ke tua-tua. Target penonton daripada budak dari buaian sampailah nenek yang hanya menunggu masa dipanggil Illahi.

Minta maaf, saya tak tengok pun Anugerah Berita Harian. Tak tahu pun Nabil terpilih sebagai Bintang Paling Popular Se Malaya. Iyalah, mereka-mereka yang memilih sudah tentu gembira, tapi saya tak campur. Tapi apabila membaca Utusan Meloya dengan kenyataan Nabil yang pada saya menghina agama saya, saya terpaksa campur. Ramai yang kononnya terkejut dengan tindakan spontan Nabil yang spontan memeluk Irma apabila diumumkan sebagai pemenang.

Yalah, mereka biasanya memeluk anak gadis orang semasa berlakon sahaja. Atas nama lakonan dan kerana seni, maka hukum agama dan soal halal haram terpaksa diketepikan. Untuk menghayati lakonan istilah mereka. Tetapi lebih kurang ajar apabila langsung tiada perasaan bersalah daripada Nabil. Jika jahil sekalipun, mintalah maaf. Belajarlah. Janganlah cuba mempertahankan tindakan yang sememangnya dilarang oleh agama.

Irma : Bakal isteri solehah

Artis kita sopan ke? Mimpi lah. Berpelukan perkara biasa. Jika remaja ingin memilih idola, utamakanlah agama bukannya hiburan. Dek kerana kita buta dengan hiburan, maka kita pilihlah idola yang sudah sedia sesat, untuk kita sama-sama sesat bersama mereka. Dan kenyataan Nabil yang paling kurang ajar bagi saya apabila mengucapkan - 'Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.'

Memang kurang ajar dan sungguh biadap sekali. Langsung tiada perasaan bersalah dan sensitif dengan perasaan umat Islam. Lalu ada ke nanti pemimpin nak tegur. Minta Nabil minta maaf? Jika orang sebiadap ini dijadikan idola remaja kita, maka tidak hairanlah nanti semua remaja kita akan mengatakan memeluk wanita di khalayak ramai itu tiada apa-apa. Nak tahu sejauh mana kurang ajarnya Nabil ? Mari kita ambil intisari temuramah dia dengan Utusan.

i) tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak
menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.Saya tak kisah apa orang nak cakap.

ii) Adakah Nabil akan minta maaf
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja

iii)Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya.
Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.

iv)Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain.

v) Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

vi)Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Apa kata mufti-mufti? Ustaz -ustaz? Ahli-ahli agama? Tiada yang mahu menegur? Kejahilan yang mengigit orang Islam sehingga ke tahap menghina sebegini tiadakah orang yang sudi melarang. Malang, jika ramai pula nanti di luar sana yang akan menerima pakai hujah-hujah 'alim' dari Nabil ini. Tidak hairan jika Nabil pun boleh jadi mufti pasal dah buat keluar fatwa sendiri.

Beristighfarlah dan jagalah kesucian agama ini. Jika kita tidak tahu, belajarlah. Jika terpesong baliklah ke pangkal jalan. Janganlah sampai membuat kenyataan mengarut yang langsung bercanggah dengan agama Islam. Sesungguhnya kita singgah di dunia ini sementara, akhirat lah destinasi kekal abadi. Orang-orang kampung Nabil tak nak komen ke? Aku tak boleh tulis banyak-banyak pasal darah tengah mengelegak.Korang fikirlah sendiri. Temuramah penuh sila ke sini.

Thursday, April 16, 2009

Wat Malu Orang Teganu Jer!


Versi mari bercakap bahasa Terengganu



Dengang ini aku mengistiharkang aku merasa sangat malu dengang YB-YB Teganu yang dilantik. Kalu buleh aku nok mitok Sultan Mizang tohok(buang) geng-geng ni kat Pulau Bidong. Orang suruh jadi YB jaga rakyat, bukang mitok projek. Orang teganung ni pung satu, orang kabo geng-geng ning(ini) semua lapo perut nok telang pitih rakyat, dok pahang-pahang(faham) gok. Dapat kain pelikat selai(sehelai) senyum sampai ke telinger. Aduhai!

Geng-geng ni kecewa dengang MB Teganung pasalnya:-
i) MB dok latik(lantik) jadi AJK Umno tambahan pasal geng-geng ni kaloh dalam pemilihan parti tahung lepah.

ii) MB dok(tidak) wi(beri) kuasa untuk lantik JKKK kat kapung(kampung) dier. Dier-dier ni takdok kuasa pasal bukan ketua bahagian. Ketua bahagian jer yang buleh lantik JKKK. So, camane nok wi projek ke kroni-kroni. Periuk nasik kena kambus maaa.

iii) Kedudukan sekarang ialah yang menang dapat semua, yang kalah hilang semua - Maknanya ada kuase banyok pitih, takdok kuase takdok pitih.

iv) Dok dilantik jadi penyelaras DUN. Dia YB situ, tapi dokleh(tak boleh) sapu duit peruntukan DUN nanti.

Sebab itulah kami dengan sebulat suara memboikot persidangan DUN baru-baru ini. Hampeh sungguh. Wat(buat) malu orang ganu je. Duit punya pasal sanggup wat apa jer. Ni ke pembela bangsa. Poodahh!!

Wednesday, April 15, 2009

PRK Lagi Dan MB Haram

Penat Bukit Gantang belum hilang lagi, kini satu lagi PRK bakal di adakan. Kali ini kita akan pi Penang pulak noo. Boleh pekena rojak pesemboq dengan nasi kandaq. Itulah suasana politik terkini tanahair. Meriah sampai lah rakyat jemu dengan PRK. Belum confirm lagi akan ada PRK, tetapi bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sudahpun mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Adun Penanti.

Yang pasti Penanti akan menjadi tumpuan. Projek mee segera akan berulang lagi. Projek ayam akan dilaksanakan lagi. Banyak gula-gula pembangunan akan kembali tertumpu ke sini pula. Yang pastinya stamina semua pihak yang terlibat. Nak buat macam mana, ramailah yang akan dapat rezeki melompat. Yang pasti semua rumah dekat Penanti menunggu untuk disewa. Ramailah makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tersenyum girang nanti.

Itu cerita di Penang. Cerita di Perak pula makhamah sudah memutuskan bahawa Zambry dan Adun BN yang lain boleh menghadiri sidang DUN Perak. Betul atau tidak keputusan makhamah itu belakang kira. Yang kritikal di sini maksudnya krisis di Perak akan terus berlarutan sehingga ke satu masa yang belum ditetapkan nanti.

Selagi Dun tidak dibubarkan, selagi itulah Perak berkrisis. Satu negeri dua MB. Mana boleh? Dan Zambry yang perasan dia disenangi oleh rakyat akan mula menjana Perak. Ke arah kebaikan atau keburukan ? Wallahualam. Negeri pun dirampas secara haram, takkan pentadbiran berjalan secara betul, ya tidak?

Maksudnya kita lihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak kali ini. Ia akan menguji stamina dan strategi yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa itu, rakyat juga akan semakin susah dan menderita. Sementara menunggu kapal lama karam, jangan melupakan golongan rakyat marhaen. Masa inilah perang saraf perlu berjalan supaya apabila sampai masa penentu, kita sudah bersedia. Kepada Zambry - berhentilah merepek dekat rtm tu. Penat deng dengo!

Eli Oh Eli!

Sumber Gambar : Malaysiakini

Semalam MB Selangor telah mengumumkan keputusan untuk mengekalkan Elizabeth Wong di dalam barisan Exco Selangor Darul Ehsan. Pelbagai pendapat dilontarkan. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada yang kata yes, ada yang kata no. Macam biasa perbezaan adalah satu rahmat, tetapi jika disalah guna perbezaan tersebut maka bukan rahmatlah yang diperolehi.

Mari kita selidiki kembali isu yang menghantui Elizabeth Wong. Ia adalah ekoran daripada gambar tidur separuh bogel yang diambil secara curi sewaktu beliau di rumah beliau. Maka gegak gempitalah seluruh Malaysia mengatakan bahawa beliau seorang yang rendah moralnya dan buruk akhlaknya. Tidak mengapa, kita letak ke tepi dahulu perkara tersebut.

Gambar yang dinyatakan itu tidak tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang melihatnya. Namun begitu ditakuti oleh Eli. Dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh pendokong-pendokong dan opportunist untuk mengertak Elizabeth. Malah turut mengesa beliau meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Lanjan. Maka ia terletak kepada MB Selangor untuk memutuskannya. Dan selepas merujuk kepada Sultan Selangor, Sultan memberi kuasa mutlak kepada MB untuk membuat keputusan sendiri.

Perkara yang cuba kita perhalusi di sini ialah :
i) Siapakah yang mengambil gambar Elizabeth Wong. Sampai sekarang dikatakan bekas teman
lelaki beliau belum muncul-muncul lagi. Hairan juga kerana kecekapan polis Malaysia memang
tersohor. Seperti mana isu rusuhan di Batu Buruk suatu masa dahulu, semua 'dalang' yang
melakukannya ditangkap dengan cepat dan pantas.
ii) Adakah salah Elizabeth apabila ada orang mengambil gambar tidurnya secara curi. Dalam masa
yang sama terus menuduh dia seorang yang tidak bermoral.
iii) Jika benar Elizabeth seorang yang tidak bermoral, perlu dibuktikan terlebih dahulu. Janganlah
seseorang yang kononnya jaguh mempertahankan kebenaran, tetapi ditimbuni dengan pelbagai
tuduhan rasuah.

Namun, saya merasakan seharusnya MB Selangor melantik orang lain sebagai Exco Selangor sehingga perkara ini selesai. Ini kerana umum mengetahui media akan memanipulasikan cerita-cerita ini dan menyerang dari kiri dan kanan. Elizabeth boleh mengekalkan jawatan sebagai Yb Adun Bukit Lanjan dan ia dapat mengelakkan dari pilihanraya kecil sekali lagi. Dalam masa yang sama juga umum akan bertanggapan Khalid begitu sayang akan Elizabeth sehingga walaupun Elizabeth telah sedia meletakkan jawatannya - Khalid masih mempertahankan.

Keputusan yang dibuat oleh MB Selangor seolah-olah Selangor kekurangan barisan Adun yang mampu menjawat jawatan Exco. Dalam masa yang sama, ia akan terus memberi ruang pembangkang negeri Selangor untuk mengeksploitasi isu ini bagi kepentingan mereka. Dan kita sendiri mengetahui bahawa kawasan kampung di Selangor masih tegar untuk menyokong mereka. Ia memberi satu bebanan kepada kita dalam memberi penerangan dan juga bola tanggung untuk Khir Toyo. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, April 14, 2009

Pembersihan Etnik?

Nampaknya keadaan huru-hara di Bangkok telah mula sedikit demi sedikit berjangkit kepada politik di negeri-negeri kecil tanah air. Selepas kekalahan di dua bukit, politik dalaman UBN terus bergolak. Dan punca yang dikenalpasti adalah kuasa. Jadi dalam proses mendapatkan kuasa inilah maka segala matlamat dan cara dihalalkan. Sebagai manusia yang beragama maka sebaiknyalah tradisi matlamat menghalalkan cara ini tidak diamalkan kerana ia bukan sahaja mengundang marah manusia malahan murka Sang Pencipta itu sendiri.

Pergolakan ini bermula selepas hampir semua Menteri Besar kalah dalam pemilihan MT. Maka di utara muncullah seorang bekas MB meminta supaya jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. Pendek kata, serahkan balik jawatan MB kepadanya. Shahidan yang memang terkenal dengan ketaatan kepada Najib cuba untuk menilai popularitinya dengan menyatakan jika dia tidak diperlukan lagi dalam Umno, maka lantiklah TPM iaitu Muhyiddin menjadi pengerusi badan perhubungan negeri Perlis. Pendek cerita, Shahidan test water bagi melihat adakah popularitinya masih seperti dahulu atau sudah semakin menurun.

Shahidan masih belum berpuas hati setelah begitu lama berkuasa dan meminta supaya Isa Sabu turun dari jawatan MB dan memberi laluan kepada beliau. Dan tidak pelik jika peristiwa derhaka sultan yang pernah dibuat oleh Shahidan diulang kembali kerana ternyata yang memilih untuk melantik Isa adalah Sultan yang tidak berkenan untuk melantik Shahidan. Ternyata Shahidan masih belum mahu bermuhasabah diri dalam perkara ini.

Ia mula berjangkit kepada Umno Terengganu yang sejak dari dahulu lagi telah berpecah kepada 3 kem. Khabar-khabar angin yang menyatakan Dun Terengganu akan dibubarkan mula bertiup kencang. Ini berikutan dinyatakan terdapatnya Dun akan mengemukakan undi tidak percaya kepada Ahmad Said sebagai MB.

Namun ia tidak terjadi. Tetapi yang menariknya ekoran kehilangan 10 Dun Umno yang didakwa diugut dan tidak hadir ke sidang Dun. Masing-masing berceloteh mengatakan mereka menerima mesej yang berupa ugutan. (Agak-agak kerja PR ke?). Oleh yang demikian, mereka merasa terancam dan menyembunyikan diri masing-masing. Agaknya sejak bila politik ugut mengugut ini telah berkembang di negara kita ini?

Nampaknya politik matlamat menghalalkan cara tidak mengenal kawan dan lawan. Ugutan yang dihantar kepada YB-YB yang terlibat ekoran mereka dikatakan terlibat dalam ura-ura untuk menyingkirkan MB yang sedia ada.

Maka dirasakan adanya satu grand design untuk menyingkirkan saki-baki pendokong-pendokong PM yang lama. Seperti biasa, apabila berlakunya perubahan kuasa yang ataslah paling cepat disapu. Yang dibawah pula akan hanya mengikut siapa yang akan naik. Masing-masing bersedia untuk melompat kem dan mendokong ketua yang baru. Kesetiaan diletakkan di tempat nombor dua.

Di sini Pakatan Rakyat perlu bijak untuk mengambil kesempatan. Biarkan sahaja pergolakan ini berlarutan. Apa yang diperlukan ialah mengemaskan jentera-jentera Pakatan Rakyat dan terus memberi maklumat kepada rakyat bawahan. Biarkan rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang terjadi. Kita perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan pada PRU 13. Jangan lupa juga memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya untuk mengurangkan pening kepala kita terhadap pengundi-pengundi hantu. Sementara itu, biarkan luncai terjun dengan labunya.

Monday, April 13, 2009

Melayu Belum Berubah!

Memang betul Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Memang betul UBN menang dekat Batang Ai sahaja. Memang betul surat-suratkhabar depa semua malu alah nak tulis berita yang betul. Memang betul ramai orang Umno yang melompat bila mereka kalah dekat Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Memang betul ramai orang Pas yang bersyukur dan sujud syukur kerana menang di Bukit Gantan dan bukit Selambau.

Tetapi tak cukup dengan itu sahaja. Kita kena korek balik segala kelemahan kita di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita bercakap kita bekerja kerana Islam. Kita bercerita kita bekerja kerana rakyat. Kita berseloka bahawa parti segalanya. Tapi apabila sampai saat dan ketika yang menuntut supaya kita melaksanakan apa yang dicakap, dicerita dan diseloka banyak ketika kita gagal.

Di Dun Trong kita hanya berjaya dapat 43% undi Melayu sahaja. Kena buat selidik, kena buat post-mortem kena buat muhasabah. Kalau kita asyik salah dan tunding jari kat orang lain sahaja, memang kita kekal begitu sampai bila-bila. Persoalannya kita tengok dalam diri kita, parti kita, orang kita, gerak kerja kita dan kekurangan kita.

Orang yang tidak dapat menerima kekurangan diri sendiri adalah orang yang syok sendiri. Orang yang bakal ditolak oleh orang lain. Seperti UBN sekarang. Tetapi tidak mustahil jika kita pun dihinggapi penyakit yang sama seperti mereka, kita pun akan terkena perkara yang sama. Menarik untuk diulas adalah peranan bloggers network Perak yang bertungkus lumus siang dan malam mencari bahan berita.

Namun malangnya, luahan hati mereka menceritakan seribu serba kepedihan yang dilalui. Yalah, sebut berjuang ye tak? Tetapi macam mana tak sakit hati kalau nak masuk dalam bilik gerakan pun tak dapat Pasn? nak maklumat kat mana MB pun tak ada orang yang sudi membantu? Betapa kita menjadi manusia yang pelik. Orang ingin membantu pun kita tidak sudi. Jangankan memberi sokongan moral, pandangpun tak sudi.

Memang soal wang tidak menjadi masalah dalam parti PAS. Bisa sahaja pendokong-pendokong parti bekerja siang malam tanpa diberikan upah dan gula-gula. Namun, ia bukanlah bermakna kita boleh memperlekehkan orang lain kerana kita telah bekerja secara 'ikhlas'. Sepatutnya keikhlasan kita itu dikongsi bersama dengan orang-orang yang sama-sama bersemangat seperti juga kita. Lebih-lebih lagi matlamat dan tujuan yang ingin dicapai adalah sama.

Sepatutnya kita menyokong usaha-usaha bloggers yang ingin turut sama-sama membantu menyampaikan maklumat secara langsung dan tepat. Namun malangnya, peranan ini tidak di gunakan seperti yang sepatutnya dan bloggers-bloggers yang bekerja siang malam hanya untuk memenangkan Pakatan Rakyat terpaksa memendam rasa dan makan hati.

Internet telah menjadi pemangkin kebangkitan rakyat dalam pilihanraya yang lalu. UBN turut mengakui hakikat ini dan kini sedang berusaha untuk membangkitkan prasana mereka dalam bidang IT bagi menyaingi kebangkitan rakyat. Malanglah kiranya ia tidak diambil sebagai suatu medium besar yang telah mampu menyekat media-media UBN dari berleluasa. Selain itu kerana kejumudan kita, kita telah menumpulkan senjata yang diakui tajam dan bisa. Masa untuk muhasabah dir

Friday, April 10, 2009

Siapa Mahathir?

Suatu masa dahulu, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang memegang jawatan paling lama. Sungguh lama sehingga tak boleh kira berapa bilangan rakyat marhaen yang berdoa supaya dia pendek umur. Almaklumlah bila dah lama sangat pegang kuasa, maka mudahlah hilang pertimbangan. Dah tak fikir kepentingan rakyat, semuanya mementingkan kronik dan juak-juak sahaja. Jika tidak setuju, boleh sahaja buka kembali lembaran nota reformasi.

Jasanya kepada Malaysia memang ada. Tidak dapat dinafikan. Cuma jasanya jugalah yang menyebabkan Umno dan Barisan Nasional menjadi mudah lupa diri. Dek kerana ada kuasa, maka sesuka hati sahaja menindas rakyat kecil. Rumah-rumah rakyat dirobohkan, peruntukan Sekolah Agama Rakyat(SAR) ditarik, biasiswa dimansuhkan dengan pinjaman, Tanah Rizab Melayu boleh digunapakai atas nama kepentingan umum, SPR yang tidak berwibawa, Kuasa Sultan dan raja dilucutkan, polis dan makhamah diperkudakan dan diletakkan di bawah kuasa eksekutif, politik wang dan 1001 jasa lagi.

Yang disenaraikan itu sedikit sahaja. Belum dicampur dengan penghinaan terhadap hukum hudud. Namun selepas beliau dikatakan bersara - kini beliau sedikit sebanyak apa yang dilakukan oleh beliau kepada rakyat kian dilupakan. Namun jasanya yang terbesar ialah sumbangan beliau kepada Umno dan Barisan Nasional dalam mengurangkan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Dan kini beliau telah kembali ke dalam Umno seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau mampu menjatuhkan Umno dan juga menaikkan Umno.

Semua orang tahu Najib adalah anak murid kesayangan Mahathir. Biarpun Mahathir pernah menempelak Najib dengan menuduhnya sebagai pengecut, tetapi ia hanyalah cubit-cubit sayang. Ia sekadar teguran berlapik supaya Najib lebih aggresif bertindak untuk menuntut haknya dan seterusnya menjadi PM yang ke-6 dengan lebih segera.

Kini, beliau bertindak sebagai penasihat utama kepada Najib. Silap-silap, Najib hanya akan menjadi boneka sahaja. Ini kerana Najib sendiri mengetahui siapa yang bermusuhan dengan Mahathir maka jangka hayat politiknya tidak akan panjang. Maka Najib mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Mahathir. Buktinya kabinet yang telah diumumkan oleh Najib semalam.

Apakah keistimewaan Mukhriz untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri? Atas kapasiti apa? Di dalam pemilihan Umno, Khairy memenangi Ketua Pemuda, Khir mendapat tempat kedua dan Mukhriz mendapat tempat ketiga. Jika diteliti jika Najib tidak menginginkan KJ sebagai menteri sepatutnya beliau melantik Khir Toyo sebagai Menteri atau senator dan bukannya Mukhriz. Dan Mahathir berlepas tangan dengan menyatakan beliau tidak ambil 'pot' dalam pemilihan kabinet baru ini.

Ramalan saya, sampai satu masa nanti murid akan berlawan dengan guru. Sama seperti yang terjadi kepada Anwar dan Mahathir. Tidak mustahil satu hari nanti, Najib mula muak kerana sentiasa di arah oleh Mahathir. Mahathir pula kelihatannya masih terliur untuk terus berkuasa dan seperti gian untuk terus duduk di kerusi empuk tersebut. Walaupun umur sudah lanjut tetapi nafsu tidak pernah lanjut usianya. Ia sentiasa muda.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja. Kebanyakan kabinet yang dilantik Najib bukanlah satu kejutan. Juak-juak pengampu masih dikekalkan. Yang tidak berkaliber masih lagi dilantik. Yang dibersihkan hanyalah sesiapa yang dalam team Pak Lah sahaja. Polisi yang akan datang tidak mustahil lebih kepada mirip kehendak Mahathir kerana Najib mengikut sahaja. Sampai bila Najib akan tahan diarah-arah dan diperbudakkan ? Kita tunggu dan lihat sahaja!

Thursday, April 9, 2009

Aduh, pedih sungguh rasa di hati. Apa perasaan saudara-saudaraku yang Islam apabila melihat anak-anak gadis Melayu Islam mempamerkan badan masing-masing atas nama pertandingan. Bukan sekadar itu sahaja, baju yang dipamerkan bukan sebarang baju. Kerana ia dikenali sebagai baju dalam. Baju yang sepatutnya tidak dibuka atau ditunjukkan kepada yang bukan mahram. Apa lagi melupakan soal dosa dan pahala.

Ini yang terjadi di negara Islam Malaysia. Siapakah yang sudi menegur 4 remaja Melayu ini. Tiadakah suara-suara bantahan dari masyarakat muslim kita? Atas nama program realiti TV - Malaysian Dream Girl hanyalah satu daripada rancangan realiti yang dicedok dari Barat dan dihidangkan kepada masyarakat Malaysia. Tanpa menghiraukan sensitiviti orang Muslim di Malaysia ia ditayangkan di sebuah stesen televisyen tanahair kita.

Jika suatu masa dahulu, Allahyarham Datuk Ishak Baharom mempertahankan maruah-maruah remaja Melayu yang teringin sangat nak menyertai pertandingan ratu cantik, kini siapakah yang akan menjadi pembela kepada remaja-remaja Melayu ini. Lebih malang lagi keluarga mereka turut memberi sokongan bagi menjadi gadis yang badannya diimpikan oleh rakyat Malaysia.







Acha, Farah, Maya dan Liana semuanya mengaku Islam. Oleh itu, siapakah yang akan menegur dan memberitahu apa yang dibuat oleh mereka ini salah di sisi hukum agama. Jadi inilah masanya kepada pejuang-pejuang yang mengaku membela bangsa dan agama di luar sana tolonglah bertindak. Tidak kira anda dari PAS, Umno, badan NGO dan sesiapa sahaja. Jagalah maruah diri dan janganlah turut sama menyumbang dosa. Selamatkanlah mereka dari kejahilan dan dosa yang membelenggu anak-anak bangsa kita.

Nak tahu lebih lanjut, carilah sendiri linknya. Blog ini tidak sanggup mempromosikan sama dosa free dan pertunjukan badan mereka. Akhir kalam, selamatkanlah mereka.

Barisan Kabinet Najib (Cik Det)

Berikut adalah senarai-senarai Barisan Manteri Kabinet Yang Baru

Perdana menteri
- Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Ulasan : Nazri Aziz masih kekal dalam kabinet. (Boleh terus bercakap besar)
Masitah Ibrahim tak dipilih bertanding pun masih dapat jadi Timbalan Menteri
KJ out - Tapi dia cakap dia tidak kecewa
Mukhriz dapat jadi Timbalan Menteri - Pasal bapak yang suruh
Hishamuddin pegang portfolio dengan Fru - mesti dia pun dah jadi tak lembik macam
sebelum ini
Mahyuddin pegang Menteri Pelajaran - Agak-agak PPMSI dimansuhkan ke tak?
Rais masih menteri kebudayaan tarian tapi pegang rtm sekali. (agak-agak ok ke)
Shabbery pegang belia dan sukan - boleh banyakkan senaman mulut
Keseluruhan kabinet dikecilkan, tapi bilangan Timbalan Menteri sampai 2 orang.
(Berapa banyak timbalan menteri daaa...)

Gambar Keranda Altantuya Yang Menjadi Kontroversi!

Patutlah geng-geng ni kena cekup ngan Polis. Patutlah sampai Najib tak terkata apa-apa masa kat Bukit Gantang hari itu. Banyak seram wooo...

Nota: Siapa tengok gambar ni sila jangan gelak!

Ehsan Dari : Fuziah Salleh

Tuesday, April 7, 2009

Amanah Semakin Berat!

Tahniah diucapkan kepada yang menang! Kepada yang kalah, silalah berubah! Kalau boleh, tukarlah kapal yang semakin bocor dan hanya menunggu masa untuk karam itu. Rakyat masa kini bukan lagi berperangai sama seperti zaman 80 an dahulu. Dahulu undi mereka boleh dibeli dengan kain pelikat, anak ayam, gula dan duit. Tapi rakyat kini terima semua itu, tapi undi mereka belum tentu.

Kegembiraan sudah tentu dizahirkan. Sujud syukur dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas anugerah dari yang Maha Esa. Namun, janganlah sampai melampaui batas. Lebih-lebih lagi perjalanan di depan masih jauh. Tanggungjawab yang diberikan haruslah dipikul dengan amanah. Jangan pemimpin hanya merayau ke ceruk kampung hanya semasa pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya hilang begitu sahaja.

Kepada UBN, ia petanda bahawa rakyat terus menolak parti yang mendokong rasuah, yang menyalahgunakan kuasa, yang memperbodohkan rakyat, yang menggunakan rakyat untuk kepentingan perut masing-masing. Yang terus-terusan menganggap intelektual rakyat di tahap minda budak sekolah. Yang tidak menganggap rakyat sudah matang dan sudah muak dengan lakonan spastik pemimpin-pemimpin mereka.

Namun, ia bukan laluan mudah untuk pejuang-pejuang rakyat mencapai kejayaan. Ia bukan ibarat karpet merah yang akan menjadi lesen untuk negara ini dibebaskan daripada kekuasaan UBN. Ia bermakna kita perlu bekerja lebih kuat lagi. Jika tiada air mata, jika tiada darah yang tertumpah merah, jika tiada peluh yang basa, jika tiada jerih perih bukan perjuangan namanya. Namun, kita hanya mampu merancang, Allahlah penentu segalanya.

Syabas dan jutaan tahniah kepada semua pejuang-pejuang tiada nama, kepada Bloggers Network Perak, bloggers-bloggers yang bernama dan tidak bernama, kepada Makcik temah, Pakcik Zarip, Hussein, Ah Kow, Ramasamy dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya semua orang terlibat meskipun hanya dengan sekadar kiriman doa. Kepada Datuk Seri Nizar selamat berbahas di Parlimen. Rakyat ingin melihat suara rakyat berkumandang di Dewan Rakyat. Tahniah juga kepada S. Manikumar yang akan memegang amanah menjaga Bukit Selambau. Sambil menghayati kemenangan - kita lawan tetap lawan!

Alhamdulillah.. Dua Bukit Milik Pakatan Rakyat

[Terkini]
Sudah confirm! Dua Bukit Milik Pakatan Rakyat. Hanya menunggu secara rasmi. Calon Pas Datuk Sri Ir. Mohd Nizar menang majoriti 2789 undi. Bukit Selambau juga milik PKR dengan majoriti 1,239 undi. Nampaknya tak dapatlah tv3, tv1 dan media-media UBN nak bersorak sakan macam masa menang Batang Ai. Nampaknya, pukul 12 lah baru depa buat announcement. Hidup Rakyat!



Monday, April 6, 2009

Harapanku Semoga Melayu Berubah!

Dalam 8 jam lagi, warga Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan memilih wakil-wakil mereka untuk mewakili DUN dan Parlimen mereka. Sememangnya PRK ini ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan maruah kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat atau Umno Barisan Nasional manakah yang terpelihara dan menjadi pilihan rakyat. Kalah memberi makna bukan sedikit kecalaran yang berlaku dan mesej penting samada sokongan rakyat meningkat atau sebaliknya.

Harapanku kepada bangsaku Melayu yang mengaku beragama Islam. Mengaku dengan sesungguhnya dan tanpa keyakinan yang tidak goyah bahawa 'Aku naik saksi bahawa Allah itu tuhanku dan Muhammad itu pesuruh Allah'. Yang setiap hari lima kali sehari semalam sekurang-kurangnya mengucapkan bahawa ' Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah'. Apakah mulut sekadar berkata dan mengucap, tetapi hati langsung tidak menghayati apa yang diucapkan dan perbuatan tidak mencerminkan apa yang sebenarnya di'itikadkan.

Aku mengharapkan bangsaku tidak akan layu dengan huluran-huluran pelaku rasuah. Tidak kira dalam bentuk wang, basikal, kain pelikat, anak ayam, atap zin dan apa sahaja demi satu pangkahan undi. Apakah begitu murah harga maruah kita. Adakah hanya dengan RM300 atau RM50 kita boleh dibeli dan seterusnya sujud ke lantai perasuah. Ingatlah perasuah dan yang menerimanya - kedua-duanya dijanjikan neraka Jahannam. Itu janji pencipta bukan diucapkan saja-saja.

Aku mengharapkan bangsaku tidak leka dek janji-janji kosong. Omong-omongan kosong. Sampai bila bangsaku akan sedar. Kononnya membela bangsa, agama dan tanahair. Sedangkan bangsaku di anaktiri dan di anak bangsatkan di bumi sendiri. Setinggan-setinggan dirobohkan tanpa menghiraukan hiruk pekik, tangis darah anak-anak bangsa dan darah keringat bangsa sendiri. Dek angkara perut dan poket sendiri, tanah bangsaku dirampas dan rumah mereka dihancurkan. Tanpa sebarang belas kasihan. Lalu mereka menjerit apabila waktunya kamilah pembela bangsa Melayu.

Aku mengharapkan bangsaku sedar siapa yang mengkhianati agamanya sendiri. Siapa yang menyekat dakwah-dakwah ulama' di masjid-masjid. Di surau-surau. Anak-anak bangsa kita dibiarkan berpeleseran, menjadi bohsia dan bohjan, menjadi mat rempit dan minah rempit. Menjadi penagih dadah dan tengkorak hidup. Sibuk mengejar glamour siang dan malam. Kerana pemimpin yang hanya berlakon memperjuangkan agama, sedangkan norma-norma hidup mereka jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar. Siapa yang begitu dambakan Bollywood? Siapa yang begitu gilakan Hollywood. Siapakah yang memenuhkan televisyen dan suratkhabar dengan cerita-cerita artis yang langsung tidak membawa manfaat. Siapa yang akan mengkafankanmu dan menyembahyangkan kamu? Adakah artis-artis ini juga?

Aku mengharapkan bangsaku sedar. Betapa mereka sedang dijual oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Pulau Batu Putih sudah tergadai. Biar air mata darah mengalir, tidak mungkin dapat diambil kembali. Sedikit demi sedikit tanahair dijual kepada warga asing, dek polisi yang dihalimunankan daripada rakyat. Dirompak, dicincang dan dilumatkan tanah rizab Melayu. Jasa siapakah ini semua?

Aku mengharapkan bangsaku sedar. Betapa seorang tua yang dahulu pernah mencaci hukum-hukum agamanya sendiri sedang menagih simpati. Mengharapkan undian daripada penyokong-penyokongnya satu masa dahulu. Sedarlah bangsaku. Betapa kuasa sultanmu dilucut dan dibogelkan oleh orang ini. Maka hari ini dia menjadi pembela Sultanmu? Betapa murahnya air mata buaya dan diri anak-anak bangsa tertipu begitu sahaja?

Sedarlah bangsaku. Terjemahkanlah kefahamanmu pada esok hari. Cukuplah segala janji kosong. Janji rasuah. Janji kroni yang korup. Betapa kita mengidamkan sebuah negara yang cukup syaratnya untuk menerima rahmat tuhan. Ingatlah bangsaku - kita sebuah bangsa yang gagah perkasa dahulu kerana agama Islam ini, begitu juga kita menjadi mundur dan terhina di bumi sendiri kerana meninggalkan agama yang mulia ini. Oleh itu aku menyeru bangsaku - undilah kepada yang menyokong Islam. Kerana kita mengharapkan Islam di daulatkan bukan diperintah. Undilah Pakatan Rakyat demi bangsa, agama dan negara.

Sunday, April 5, 2009

24 Jam Yang Kritikal

Saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Malaysia kian hampir. PRK di tiga buah tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ia akan menjadi penanda aras samada UBN masih diterima oleh rakyat Malaysia ataupun sebaliknya. Ia juga akan menjadi petanda aras samada rampasan kuasa oleh UBN di Perak diterima oleh rakyat Perak atau sebaliknya.

Ketiganya diadakan secara serentak. Selepas sesi pemilihan oleh perwakilan Pekembar baru-baru ini. Ianya telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu peralihan kuasa daripada 'Mr. Clean' kepada Najib Tun Razak. Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli-ahli tertinggi Pekembar. Sudah tentu Pakatan Rakyat mengharapkan parti Pekembar ini akan terus bergolak selepas daripada pemilihan itu, namun ia tidak terjadi.

Begitu juga dengan perlantikan PM yang baru. Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada ia menjadi kenyataan. Sehingga ke saat-saat terakhir, pelbagai usaha terus dilakukan. Malangnya, sejarah telah menukilkan bahawa teori Rahman telah menjadi kenyataan seterusnya Najib berjaya mengangkat sumpah dan Pakatan Rakyat terus ternganga.

Kini saat yang yang kritikal telah hampir tiba. 3 PRK ini membawa bersama maruah Pakatan Rakyat. Walaupun begitu, kelihatannya Pakatan Rakyat begitu selesa dengan keadaan di Bukit Gantang. Aura Nizar nampaknya terus menyelubungi persekitaran Bukit Gantang dan PR terus dibelai untuk terus selesa dan leka dalam keadaan ini.

Jangan terleka wahai Pakatan Rakyat. Pekembar merupakan parti yang ajaib yang boleh melakukan apa sahaja. Saat-saat akhir pengundian merupakan saat-saat yang dinantikan oleh geng-geng Pekembar. Mereka bisa sahaja mengambil kesempatan untuk menyelinap dan melakukan kejutan di saat-saat akhir. Seribu satu strategi bisa sahaja dilakukan oleh mereka. Pakatan Rakyat terutamanya parti PAS sudah pasti masak dengan strategi-strategi seperti ini. Jangan sampai kita diberi pukulan maut tanpa bunyi seperti yang berlaku di Terengganu pada 2004.

Segalanya berlaku begitu pantas. Tanpa kesan. Tanpa kata. Hasilnya negeri Terengganu Darul Iman terlepas daripada genggaman PAS. Penyokong-penyokong semuanya terlopong tanpa kata. Semua mengeleng dan mengalirkan air mata seolah-olah tidak percaya apa yang terjadi kepada negeri yang begitu disayangi.

Nah! Jangan jadikan sejarah ini berulang kembali. Berwaspadalah. Dan kuatkan semangat. Memang penat tetapi stamina perlu dikekalkan sehingga ke saat terakhir. Sehinggalah kemenangan diistiharkan barulah kita boleh berehat sebentar. Namun, sebelum itu jangan sampai kita lupa, kita alpa, kita leka. Jangan lupa mantan Memanda Menteri sudah kembali kepada Pekembar. Sudah pasti otak beliau bisa sahaja memikir 1001 strategi kotor untuk memenangkan parti mereka! Jangan sampai kita termasuk ke dalam perangkap mereka.

Kepada semua petugas-petugas Pakatan Rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai syabas diucapkan. Betapa ramai pejuang tanpa nama yang bekerja sepenuh hati dan keikhlasan kerana mengharapkan redha sang Pencipta. Oleh itu jangan lupa untuk kita sama-sama menadah tangan dan mengharapkan doa dengan penuh harapan. Sesungguhnya makhluk yang berkuasa melainkan Dia jualah. Oleh itu teruskan perjuangan. Jaga Yop Jaga! Kita Lawan tetap lawan!

Politik Gempak!

Gempar! Memang Gempar! Satu Malaysia gempar! Macam biasa apa sahaja yang Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan, apa saja yang dia cakap akan di masukkan ke dalam kategori 'gempar'. Seawal pasca PRU-12 sehinggalah hari ini, DSAI tak habis-habis buat cerita gempar. Tapi hasil atau keputusan daripada pengemuman-pengumuman ini tidaklah gempar macam ceritanya. Lebih banyak yang melantun balik kat muka Pakatan Rakyat daripada muka Umno Barisan Nasional(UBN).

Kalau dalam dunia artis kita kategorikan ia sebagai publisiti murahan. Contohnya di dalam majalah mangga. Pakai dedah dada, dedah betis, pakai bogel 3/4 suku - ambil gambar lepas itu cakap saya inginkan seorang suami yang beriman. Suami yang tak tinggal solat, suami yang rajin mengaji, yang akan membimbing hidup dia ke arah hidup yang lebih beragama. Sambil-sambil tu posing dekat kolam renang sambil tunjuk lurah dendam sampai orang yang tengok naik geram.

Semalam pun diwar-warkan bahawa DSAI akan membuat pengumuman kategori tergempar. Ingatkan berita gempar tu mampu mengegarkan bukit Selambau atau Bukit Gantang. Cuba-cuba juga merisik di mana gemparnya. Rupa-rupanya naib Presiden PPP nak masuk PKR. Alahai. PPP tu parti mana? Saya tak tahu pun PPP tu parti komponen UBN. Kiranya itu ke berita yang bertaraf gempar itu?

Dengar khabarnya 6,000 orang yang akan mengikut jejak langkah beliau. Semua sokong Pakatan Rakyat dan akan sertai PKR. Persoalannya betulkah jumlah ahlinya seramai itu. Juga adakah kategori 6,000 orang dibahagikan dengan 22 juta orang rakyat Malaysia boleh termasuk dalam berita gempar?

Saya rasa DSAI perlulah menukar strategi. Tidak usahlah lagi sibuk dengan publisiti murahan dan politik gempar ni. Kata orang muda gempak beb! Yang ditakuti bukan sahaja UBN nanti yang gelak dan meluat dengar berita yang gempak tapi sekadar tahap picisan - malah penyokong-penyokong pakatan Rakyat pun turut tersengih nanti bila momokan itu diulang-ulang. Belajarlah daripada kesilapan lalu.

Sepertimana isu lompatan parti ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat suatu masa dulu, isu ini turut memakan Pakatan Rakyat di Perak. Ia, memang Pakatan Rakyat di pihak yang benar. Cuma ia bukan satu tugas mudah untuk memberi penerangan dan memotong hujah pihak UBN yang dilengkapi jentera-jentera media berat daripada televisyen dan surat khabar. Ia turut menjadi satu beban kepada jentera-jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan semula terutamanya kepada mereka yang di atas pagar. Juga menjadi modal untuk penyokong-penyokong UBN menghalalkan apa yang terjadi di Perak.

Dan bagi saya ia telah berjangkit kepada Hindraf pula. Malaysiakini mengatakan masyarakat India akan memberi sokongan penuh kembali kepada BN jika pemimpin mereka dibebaskan. Ia umpama serampang dua mata. Memberi harapan kepada PM yang baru dan juga sebagai umpan supaya pemimpin mereka dibebaskan. Andai kata pemimpin mereka berjaya dibebaskan ia sudah tentu satu rahmat buat mereka.

Sokongan masyarakat India adalah satu yang subjektif. Akhir-akhir ini banyak isu tuntutan Hindraf dan juga isu Kugan menjadi pemangkin kemarahan masyarakat India. Ia akan memakan masa yang panjang untuk menarik kembali sokongan yang pernah diberi kepada BN kerana luka mereka sudah terlalu dalam. Dalam masa yang sama, masyarakat India telah mula mengenali ketulusan PAS dan Pakatan Rakyat yang sebelum ini amat ditakuti mereka untuk didekati. Kejayaan media-media UBN menjadikan ia satu mitos yang akhirnya berjaya diruntuhkan masa kini.

Namun kita mengharapkan politik gempak ini tidak akan berterusan dan menjadi satu budaya baru kepada suasana politik tanahair. Cukuplah dengan budaya politik yang tidak sihat yang mewarnai politik Malaysia hari ini. Pulihkanlah kembali suasana politik yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Kepada DSAI eloklah kita menumpukan perhatian kepada memperkukuhkan Pakatan Rakyat supaya setiakawan yang dibentuk tidak akan menjadi sia-sia. Juga memberi fokus kepada PM baru yang akan menjadi senjata baru kepada UBN.

sumber gambar : Malaysiakini

Friday, April 3, 2009

Jangan Gembira Dahulu!

Dalam masa beberapa jam sahaja dari sekarang rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin yang akan memegang amanah di tempat mereka. Mereka turut membawa suara rakyat untuk memberi isyarat kepada pemerintah sekarang iaitu Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lupa diri. Rakyat masih ingat bagaimana apabila kuasa dan rasuah disalahgunakan sehingga suara rakyat dikerdilkan.

Kini Umno dan Barisan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang baru. Yang lebih berwibawa kononnya daripada Pak Lah. Maka seronoklah kita apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan dibebaskan dari tahanan. Begitu juga dengan 13 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Dan dalam masa yang sama kerajaan akan turut mengkaji semula akta ISA. Tapi tunggu dulu. Mari kita huraikan satu-persatu permasalahan di atas.

Pertamanya - siapa yang menyekat akhbar Harakah dan Suara Keadilan? Adakah yang menyekat itu pemimpin dari Pakatan Rakyat? Adakah PAS, Keadilan atau DAP yang menyekat kebebasan akhbar-akhbar ini? Atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional? Jika demikian, mereka yang menyekat dan mereka membebaskan - apa yang peliknya? Ia ibarat bermain silap mata. Tetapi bisa sahaja menjolok psikologi rakyat supaya gembira dan tidak pelik jika tidak berfikir panjang, kita terdorong untuk bersorak sorai dengan mereka.

Keduanya - siapa yang menahan dan memasukkan tahanan-tahanan ini dalam ISA. Sudah tentu mereka yang berkuasa dari Umno dan Barisan Nasional. Tidak bolehkah tahanan ini dimasukkan kembali? Sudah tentu tiada jaminan. Dan mungkin juga 13 tempat kosong ini akan diisi kembali oleh 13 tahanan baru sesudah berlalunya pengundian di ketiga tempat itu pada 7hb April nanti. Pendekatan populis digunakan oleh Najib sudah tentu daripada penasihat-penasihat di sekeliling beliau sedikit sebanyak memberi 'kejutan' dan mengambus sedikit isu pembersihan diri Najib daripada pelbagai kontroversi yang menyelubungi diri beliau ketika ini.

Mari kita berbalik kepada perkara pokok mengapa rakyat begitu ghairah menantikan keputusan pengundian di ketiga tempat ini? Pertama di Perak - mengapa Bukit Gantang begitu menaikkan keghairahan rakyat untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional? Ia akibat daripada krisis di Perak yang mana jangan lupa jasa yang dihulurkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Beranikah kiranya Perdana Menteri ini menjejakkan kakinya di Perak kerana jasa beliaulah maka krisis di Perak ini terus berterusan dan bergolak.

Begitu juga dengan apa yang terjadi di Bukit Selambau. Mengapakah kerusi Adun di Bukit Selambau dikosongkan. Tidak teringatkah kita kenyataan bekas Adun Selambau yang mana beliau tidak tahan lagi di ugut siang dan malam supaya melompat parti. Kerana maruah beliau tekad untuk meletakkan jawatan. Untuk apa? Supaya pergolakan di Perak akan berjangkit kepada negeri Kedah pula. Jasa siapa itu? Siapa di balik tirai semua agenda ini? Jangan kita lupa itu.

Begitu juga dengan air muka Malaysia di seluruh dunia ketika ini. Ternyata wajah Malaysia memang dimalukan dan jatuh aibnya kerana menerima seorang pemimpin yang diselubungi isu antarabangsa. Pembunuhan Sang Matahari dari Mongolia. Isu politik wang di dalam Umno usahlah dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin sahaja. Adakah pemimpin lain bebas daripada politik wang dan memang bersih? Jangan lupa! Nanti kena ketawan dengan Che Det pasal dia kata Melayu mudah lupa!

Hari Ini Dalam Sejarah!

Maka tercatitlah akan tarikh 3hb April 2009 sebagai satu tarikh besar. Pada hari ini lengkaplah teori RAHMAN yang sering bermain-main di mulut peminat-peminat politik. Hari ini juga maka lengkaplah Malaysia apabila memiliki seorang Perdana Menteri yang keenam. Pada hari ini jugalah menjadi saksi terlantiknya seorang Perdana Menteri yang penuh kontroversi. Walau apapun kata rakyat di luar sana, Najib Tun Razak telah nyata menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Ironinya, sesetengah pihak suka. Ada yang tidak suka. Walaupun Perdana Menteri yang sebelum ini dilantik dikenali sebagai 'Mr. Clean', anak didik mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ini penuh dengan cerita-cerita yang sudah lama tersohor di kalangan rakyat. Walaupun banyak juga kebaikan yang dibuat beliau tetapi cerita-cerita yang tersebar kebanyakannya tidak beberapa baik adanya.

Mungkin akan ada orang yang mengatakan Malaysia hari yang malang pada hari ini. Demokrasi yang memang telah lama mati kini mati lagi. Ibarat seekor kucing yang dikatakan ada 9 nyawa. Biar apapun telahan kita, dunia belum kiamat. Ia tidak akan kiamat selagi matahari belum terbit dari sebelah barat. Ia tidak akan kiamat sebelum Imam Mahadi yang sebenar muncul. Ia tidak akan tamat sebelum Yahudi dibinasakan dari muka bumi. Ia tidak akan tamat selagi Yajuj dan Ma'juj keluar dari perut bumu. Ia tidak akan kiamat selagi Dajjal belum keluar menampakkan diri. Ia tidak akan kiamat selagi Nabi Isa turun semula untuk membunuh Dajjal.

Oleh itu, tidak perlu berkeluh resah. Memang liku-liku perjuangan itu penuh dengan onak dan duri. Manisnya sebentar, pahitnya kekal sampai ke mati. Berapa ramai pahlawan sejati mati di dalam medan perjuangan, beberapa ramai tokoh negarawan yang mati di dalam penjara. Berapa ramai rakyat yang tidak bernama terkorban angkara nafsu serakah manusia. Namun ia tidak akan merencatkan langsung semangat yang dinamakan perjuangan.

Perjuangan yang batil dan hak itu akan sentiasa berterusan. Ia tidak akan selesai sehinggalah hari kiamat. Mati seorang pemimpin akan diganti dengan pemimpin yang lain. Mati seorang ulama' akan muncul ulama' yang lain. Mati seorang lelaki akan muncul lelaki yang lain. Namun ingatlah. Perjuangan untuk menegakkan Islam di muka bumi sebagai pemerintah tidak akan terpadam. Sehinggalah Islam itu berjaya didaulatkan.

Semakin pahit semakin manislah nilai perjuangan itu. Tidak sedikit yang teluka, cedera parah, digomol dan terkorban. Ia hanyalah secebis kisah perjuangan. Oleh itu, kita perlu istiqamahkan diri dalam perjuangan ini. Kerana perjuangan yang pahit itu matlamatnya hanya satu. Kepada keredhaan Illahi dan membawa ke syurga. Ayuh! Berkorbanlah walaupun pengorbanan itu pahit.

Thursday, April 2, 2009

Kami Berjuang Kerana Bangsa, Agama Dan Negara!

Kami memang benar-benar berjuang untuk anak-anak bangsa. Berjuang demi agama kami dan berjuang untuk negara yang tercinta. Mesti kita dah biasa akan kata-kata yang diucapkan. Tak salah pun! Biasa yang pakai ayat-ayat ini apabila waktu persidangan Agung Pekembar. Banyak ucapan-ucapan berapi yang akan ditayangkan di Tv, Suratkhabar dan radio untuk memberitahu rakyat betapa tulus dan ikhlasnya mereka berjuang untuk rakyat.

Jadi anggaplah ia semuanya benar. Rakyat akan menelan bulat-bulat apa sahaja yang diucapkan oleh tv dan surat khabar ini. Al maklumlah saingan utama akhbar Harakah dan Suara Keadilan pun telah berjaya di'isa'kan oleh pejuang-pejuang ini. Jadi siapa lagi rakyat nak dengar.

Tapi kami terlupa nak beritahu, kami pun berjuang kerana fulus beb. Kalau tak ada fulus macam mana nak buat kerja. Macam mana nak gantung poster, macam mana nak beli bendera, upah budak-budak gi berkempen. Ada fulus baru lah semua kerja jadi deras.

Jadi, sekadar peruntukan sikit-sikit tu apa salahnya. Sikit ya? Habis duit ayah aku, mak aku, atuk aku, aku , bini aku hangpa kebas hang kata sikit? Tak caya? Jeling sebelah. Tu dia. Peruntukan Bukit Gantang.

A. Ahli Umno Seisi Keluarga - RM 1,000
B. Penyokong Seisi Rumah - RM 500
C. Pemuda / Wanita/ Umno - RM 100 setiap hari
D. Minyak kereta - RM 100 setiap hari
E. Minyak Motosikal - RM 50 setiap hari

Mak ai. Agak-agak le kalau nak merompak pun. Kalau aku ahli Umno aku at least dapat RM 1,000. Itu kalau aku pusing-pusing claim mesti dapat senang-senang RM 2- 3 ribu. Mana agaknya dia orang dapat duit banyak-banyak ni. Kalau 20,000 orang penyokong kiralah banyak mana fulus yang dia orang pakai ni.

Sumber Gambar: Anje Online

Patutlah bersungguh-sungguh depa cakap kami berjuang demi bangsa, agama dan negara. Percaya sangatlah tu. Hang pa tipu orang-orang tak sekolah boleh la. Kami ni pergi sekolah, belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu lagi. Oleh itu lagu ini didedikasikan kepada semua mereka yang terlibat dengan surat di atas.



Zahid Hamidi Hina Budaya Orang Cina?

Boleh tahan juga kempen BN di Kampung Baru Kuala Sepetang - Bukit Gantang. Berkempen tak salah. Cuma janganlah sampai melampaui etika dan moral. Tidak kiralah parti mana pun, dalam pilihanraya siapa sahaja tidak di larang untuk berkempen. Gunakanlah apa sahaja daripada banner, pemplate, poster, ceramah dan apa saja.

Tapi kali ini ia memang membuka mata. Juga mampu membeliakkan mata sesiapa sahaja yang melihat. Zahid Hamidi yang seringkali menonjolkan diri sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama kerana latar belakang beliau dari aliran agama menyokong konsert gadis seksi sewaktu menghadiri kempen di situ. Pentas tarian hanya diletakkan di belakang Zahid Hamidi yang pada masa itu sedang mengadakan sidang akhbar.

Tidak pasti samada untuk membodek atau mengampu, Zahid Hamidi secara sedar atau tidak dia telah menghina kaum Cina. Kata beliau dia memahami mengapa tarian ini dibuat kerana ia adalah budaya Cina. Pertama kali rasanya kita diperkenalkan budaya tarian seksi ini adalah berasal dari kaum Cina.

Sebelum ini tidak pernah pula kita diperkenalkan tarian ala Barat ini sebahagian daripada budaya masyarakat Cina. Dengan mengatakan ini adalah budaya masyarakat Cina ia seolah-olah satu penghinaan kerana budaya Cina juga mengetahui batas-batas susila dan kesopanan. Pakaian penari-penari dan juga gerak tari yang lebih kepada tarian tiger show bukanlah budaya yang ingin ditonjolkan oleh masyarakat Cina. Ia adalah satu budaya sonsang dari Barat yang tidak ingin diperkenalkan langsung kepada golongan muda kerana ini mengundang kepada masalah sosial dan budaya seperti hari ini.

Seingat saya ini bukan kali pertama BN Perak menggunakan konsert seperti ini bagi kempen pilihan raya. Semasa PRU 12 dahulu ia pernah digunakan di Tambun, Ipoh. Bagaimana agaknya Pak Haji dan Mak Haji yang tengok tarian ini dekat majlis itu. Mesti dia orang seronok sambil-sambil goyang badan dan ikut lenggok tarian. Ke ini bukan budaya kita? Pak-pak Aji Umno mesti suka kan ? Patutlah Umno Parti Ajaib. Umno juga yang kena!

Gambar sumber: Malaysiakini. Untuk video boleh lihat di sini

Wednesday, April 1, 2009

MB Haram Perak Merapu Di Tv1

Ingatkan apa lah halnya dekat rtm ini. Siang malam dok bising. Rupa-rupanya depa dok kempen pilihanraya. Tak kira siang malam pagi petang. Kerjanya asyik kutuk Pakatan Rakyat. Ngomel-ngomel bla bla bla. Umno sahajalah bawa kemajuan.. bla bla bla.. Jangan lupa jasa Umno... bla bla bla.. Pakatan Rakyat mengamalkan politik perkauman.. bla bla bla.. Pakatan Rakyat tak bagus.. bla bla bla..

Pagi petang siang malam kempen. Live pulak tu. Itupun masa persidangan hari tu depa kata tak cukup. Maklumat tak sampai. Kena gunakan IT juga. Kena lawan media IT Pakatan rakyat. Tak faham aku. Surat khabar, tv semua depa sapu. Tak cukup lagi rupanya. Internet pun dia sapu. Lepas tu sibuk cakap orang fitnah itu ini. Agaknya apa yang orang lain cerita semua fitnah, kalau dia orang cerita semua betul!

Aku pun tak faham macam mana tadi aku boleh terlayan tv1 pulak. Macam kenal la seorang mamat ni, tapi di mana ya! Oh, Zambry. Kempen Bukit Gantang rupa-rupanya. Macam best! Pentas lawa. Tapi bila tengok kat bawah kenapa semua orang tua-tua je yang join. Orang muda tak de ke? Lepas tu soalan yang dia orang tanya pun macam baca skrip jer. Rasa-rasa dah plan kot. Takde tokoh pun macam orang rajin tanya soalan.

Oh, sibuk cerita pasal Nizar take over dia masa dekat masjid masa hari penamaan calon tu. Bukan main marah dalam senyum nampaknya. Bising dia pasal Nizar cerita apa yang jadi dekat blog. Kononnya benda-benda macam itu pun dibesar-besarkan. Kasihan sungguh dia ni. Dah jadi MB haram pun emosional lagi. Last-last sekali dia punya ayat - siapa-siapa boleh jadi imam, saya pun boleh jadi imam. Mak ai. Hang mengaji kat mana ni Zambry? Kitab mana hang pakai. Kalau nak goreng pun ingat-ingatlah. Nampak sangat kejahilan tu tanpa dapat dicover lagi.

Macam mana lah orang Perak nak terima kalau MB dia sejahil macam ini. Kalau Ali Rustam cakap macam tu mungkin boleh terima pasal dah tengok cd dia cakap Haji Hadi Kafir. Cakap terang-terang je tak ada cover-cover. Cuma confirm tak masuk tv. Sibuk dia kecoh Nizar politikkan masjid. Yang hairannya sejak bila Umno guna masjid buat majlis depa ni? Kata tak nak politikkan masjid. Pergilah baca Yassin kat rumah ke. Nak guna masjid juga. Tapi yang sensasikan cerita ini siang malam aku tengok tv, suratkhabar. Tv, suratkhabar. Lepas tu salahkan Nizar. Yenadeyyy!!!

Kemudian sibuk pusing pasal kuasa Sultan dekat Perak. Lepas tu tuduh Pakatan Rakyat amalkan politik perkauman. Hairan betul! Yang aku baca kat blog-blog depa semua pakat tuduh Nizar jadi boneka pasal bagi tanah kat kaum Cina. Marah betul dia orang. Tapi yang Umno bagi satu bukit Genting dekat Lim Goh Tong tak apa pulak. Betul-betul kerjanya kasik pusing sahaja. Corner baring pun takpe.

Tun Mahathir Pun Nak Turun Kempen Di Bukit Gantang

Dalam hal ini Pakatan Rakyat kena berhati-hati. Tidak dapat dinafikan Mahathir masih lagi mempunyai auranya yang tersendiri. Walaupun diri ini memang dah lama meluat dengan dia, tetapi orang lain belum tentu. Walaupun kalau kita menilai secara rasional, kemasukan Tun kembali ke dalam Umno tidak akan memberi kesan kepada kadar kebersihan Umno, tetapi sebagai orang lama beliau sudah masak dengan permainan politik.

Biarpun di akhir hayat pemerintahan beliau, kebanyakan orang membenci beliau di atas kediktatoran beliau tetapi masa bisa sahaja memadamkan ingatan-ingatan tersebut. Namun saya juga menasihatkan beliau supaya berehat sahaja. Sesungguhnya sisa-sisa umur yang ada eloklah digunakan sepenuhnya. Namun jika beliau masih juga ingin meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau membela parti yang sudah reput, dipersilakan sahaja.

Kini, akan berlaku pertembungan aura lama dan baru. Aura mahathir dan Nizar. Najib sudah pasti tidak berani menunjukkan rupanya di Perak. Osman Jailu tiga bersaudara pun sudah tentu tidak sudi membantu jentera BN. Seperti kelihatan jentera mereka tidak bersemangat untuk mengempur Bukit Gantang, tetapi jangan kita alpa dan leka. Yang penting konsentrasi jangan hilang. Lawan tetap lawan tidak kira siapa pun yang datang. Kepada Tun semoga kekal di dalam Umno - dulu, kini dan selamanya. Seeloknya biarlah Tun menjadi presiden Umno antara yang meninggal dan terus kekal di dalam Umno.


Anak-Anak Kita!

Hari ini, mari kita berkongsi sedikit pengalaman cik daung mengenai perilaku ataupun peribadi anak-anak bangsa kita. Setiap hari cik daung akan menghantar anak-anak ke taska mereka yang terletak berhampiran rumah. Taska mereka ini terletak di sebuah apartment kos rendah. Sebenarnya ia sebuah rumah yang dijadikan tempat jagaan kanak-kanak. Namun apa yang agak menyedihkan dan mengkusutkan kepala cik daung adalah tingkah laku anak-anak remaja dan sekolah rendah yang rata-ratanya adalah anak bangsa kita.

Senario 1:
Sesudah menghantar anak-anak cik daung, seperti biasa cik daung masuk ke dalam lif. Sudah ada di dalam itu seorang remaja perempuan dalam tingkatan 2 atau 3 kot. Pakaian baju singlet yang macam baju pagoda yang nampak ketiak tu dan seluar pendek. Ada iras baru bangun tidur pun ada. Bangsanya sama dengan cik daung. Tapi yang sedihnya lepas sahaja keluar lif dia lihat kiri kanan. Ternampak seorang budak lelaki yang mungkin adiknya. Celak* kau. Bab*, lahan*t, orang tunggu dah lama kau duduk kat sini je. &^*(%#@. Masya Allah. Tak dapat cik daung bayangkan anak bangsa cik daung - seorang remaja perempuan boleh mengeluarkan kata-kata kesat yang sedemikian rupa.

Agaknya bagaimana dia dididik dalam keluarganya. Adakah kerana di bandar ini memang penuh dengan sosial sana sini maka anak-anak kita telah hilang kelembutan bahasa dan pakaian?

Senario 2:
Cik daung ingin menaiki lif seorang diri untuk balik ke rumah. Kemudian datang dua orang remaja perempuan Melayu yang turut ingin pulang. Kemudian apabila lif sampai kami masuk sekali. Tapi yang tak tahannya, sambil duduk dalam lif tu dia orang punya sembang macam kat kedai mamak. Punya kuat. Tak ada cover-cover ataupun rasa sikit malu dekat orang laki seorang ini. Sebaliknya cik daung pula yang rasa malu. Dunia sudah terbalik agaknya. Ke mana budi bahasa wanita-wanita Melayu. Masih ada tersisa ke atau dah dimamah dek hidup di bandar yang serba-serbi moden ini. Rasanya elok lah kalau mereka cover-cover suara sikit, takkan dah hilang rasa malu kot.

Senario 3:
Keluar dari lif, ternampak seorang lelaki sedang menunggu rakannya. Ada kawan dia seorang perempuan Melayu dalam umur 25-27 tahun. Cik daung pergi tengok-tengok surat kat tepi lif(almaklum rumah apartment). Tengah-tengah cari kot-kot ada surat yang sangkut si perempuan ini selamba sahaja cakap kat member dia yang seorang tu ," Tunggu aku kejap. Nak pergi kencing ah!". Mak ai bahasa. Nak pitam cik daung dengar.

Senario 4:
Sekumpulan budak-budak sekolah dalam tingkatan 2-3 masuk ke dalam lif sama-sama cik daung dan beberapa orang remaja tua. Dia orang seronok bercerita macam lif itu mak bapak dia orang yang punya. Gelak ramai-ramai. Sambil cakap kasar-kasar. Agaknya tak belajar tatabahasa kot. Istilah yang dia orang guna susah nak sebut pasal indah-indah sangat. Hakikatnya cik daung sedih sungguh kerana anak bangsa cik daung dah tak tau hormat orang tua dan sedikit bersopan santun.

Sekurang-kurangnya hormatlah orang yang lebih tua. Dulu cik daung pun pernah remaja macam dia orang. Tapi cik daung rasa tak berani nak bertindak di luar batasan dan masih hormat dengan orang tua. Di mana salahnya semua yang senario di atas ini. Didikan ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya atau masyarakat kita sendiri?

Remaja-remaja ini merupakan pemangkin kepada pemimpin-pemimpin yang akan datang. Merekalah yang akan mengepalai negara ini satu hari nanti. Bagaimana rupa anak-anak bangsa apabila mereka telah menjadi dewasa kelak. Adakah kerana pembangunan yang dikejar oleh kita selama ini memakan segala nilai budi bahasa dan jati diri Melayu yang ada pada diri kita. Atau anak-anak kita ini salah dididik oleh kita kerana kita sibuk mengejar wang dan kebendaan. Inikah harga satu kemajuan?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails