Sunday, April 26, 2009

Mencari Jati Diri - Siri 1

Ironinya, ramai di antara kita kebelakangan ini mempersoalkan soal ketuanan Melayu. Siapa Melayu itu, bagaimana rupa melayu itu yang sebenarnya. Mengapa yang mata sepek juga dipanggil Melayu, yang bermuka arab turut dipanggil Melayu, yang kulit sawo matang dipanggil Melayu, yang kulit merah dipanggil melayu. Jadi siapakah Melayu yang sebenarnya?

Yang pastinya ia berkait dengan satu perkara - semua yang di atas adalah beragama Islam. Di sini, terdapat kemungkinan Melayu itu bukan sahaja dinilai dari rupa, bahasa dan agama - tetapi lebih kepada proses pembentukan mukmin sejati. Tidak salah jika dikatakan bumi berkat di Nusantara ini merupakan satu tempat dakwah dan proses untuk pengembangan agama Islam yang tercinta.

Manakan tidak, nusantara suatu masa dulu dikunjungi daripada pelbagai bangsa di seluruh dunia. Dan nyata, kebanyakan mereka ada yang terus bermastautin di sini dan berasimilasi dengan masyarakat setempat. Dan disinilah proses dakwah berjalan yang mana kebanyakan mereka ini telah tertarik dengan keindahan Islam dan seterusnya menganut agama Islam yang tercinta.

Di sinilah pentingnya kita mengetahui jati diri Melayu itu. Adakah seorang Melayu itu layak digelar Melayu jika agamanya jauh dari dihayati. Setakat namanya sahaja Melayu, agamanya sahaja diletakkan di dalam kad pengenalan tetapi segala hukum Allah itu dikesampingkan ?

Di sinilah letak keindahan adab dan tradisi Melayu. Ianya bertunjangkan kepada syariah dan terus berakar umbi di dalam masyarakat Melayu. Namun, malangnya ia semakin longgar dan golongan muda hari ini terus melupai susur-galur mereka. Apabila agama semakin jauh, pegangan juga semakin longgar dan melahirkan kerosakan yang besar dalam masyarakat hari ini.

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

ini yg saya tahu... melayu adalah satu kaum yg baru ujud... dulu tanah malaysia ini adalah terdiri dari org asli... kemudia dataglahh parameswara dengan agama hindu gan kaum jawa... kenapa parameswara datang ke tanah ini... tak siapa pasti... tapi kite fikir sejenak melayu bermaksud LARI dalam jawa... kalau di jawa kita tak boleh marah org jawa kata "babi melayu kejar2" kerana bermaksud "babi lari kejar2"
jadi jawa menamakan ini adalah tanah melayu kerana parameswara lari ke sini... iatu tanah pelarian... salam itu yg sy tau...
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails