Nampaknya keadaan huru-hara di Bangkok telah mula sedikit demi sedikit berjangkit kepada politik di negeri-negeri kecil tanah air. Selepas kekalahan di dua bukit, politik dalaman UBN terus bergolak. Dan punca yang dikenalpasti adalah kuasa. Jadi dalam proses mendapatkan kuasa inilah maka segala matlamat dan cara dihalalkan. Sebagai manusia yang beragama maka sebaiknyalah tradisi matlamat menghalalkan cara ini tidak diamalkan kerana ia bukan sahaja mengundang marah manusia malahan murka Sang Pencipta itu sendiri.
Pergolakan ini bermula selepas hampir semua Menteri Besar kalah dalam pemilihan MT. Maka di utara muncullah seorang bekas MB meminta supaya jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. Pendek kata, serahkan balik jawatan MB kepadanya. Shahidan yang memang terkenal dengan ketaatan kepada Najib cuba untuk menilai popularitinya dengan menyatakan jika dia tidak diperlukan lagi dalam Umno, maka lantiklah TPM iaitu Muhyiddin menjadi pengerusi badan perhubungan negeri Perlis. Pendek cerita, Shahidan test water bagi melihat adakah popularitinya masih seperti dahulu atau sudah semakin menurun.Ia mula berjangkit kepada Umno Terengganu yang sejak dari dahulu lagi telah berpecah kepada 3 kem. Khabar-khabar angin yang menyatakan Dun Terengganu akan dibubarkan mula bertiup kencang. Ini berikutan dinyatakan terdapatnya Dun akan mengemukakan undi tidak percaya kepada Ahmad Said sebagai MB.
Namun ia tidak terjadi. Tetapi yang menariknya ekoran kehilangan 10 Dun Umno yang didakwa diugut dan tidak hadir ke sidang Dun. Masing-masing berceloteh mengatakan mereka menerima mesej yang berupa ugutan. (Agak-agak kerja PR ke?). Oleh yang demikian, mereka merasa terancam dan menyembunyikan diri masing-masing. Agaknya sejak bila politik ugut mengugut ini telah berkembang di negara kita ini?
Nampaknya politik matlamat menghalalkan cara tidak mengenal kawan dan lawan. Ugutan yang dihantar kepada YB-YB yang terlibat ekoran mereka dikatakan terlibat dalam ura-ura untuk menyingkirkan MB yang sedia ada.
Maka dirasakan adanya satu grand design untuk menyingkirkan saki-baki pendokong-pendokong PM yang lama. Seperti biasa, apabila berlakunya perubahan kuasa yang ataslah paling cepat disapu. Yang dibawah pula akan hanya mengikut siapa yang akan naik. Masing-masing bersedia untuk melompat kem dan mendokong ketua yang baru. Kesetiaan diletakkan di tempat nombor dua.

Di sini Pakatan Rakyat perlu bijak untuk mengambil kesempatan. Biarkan sahaja pergolakan ini berlarutan. Apa yang diperlukan ialah mengemaskan jentera-jentera Pakatan Rakyat dan terus memberi maklumat kepada rakyat bawahan. Biarkan rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang terjadi. Kita perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan pada PRU 13. Jangan lupa juga memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya untuk mengurangkan pening kepala kita terhadap pengundi-pengundi hantu. Sementara itu, biarkan luncai terjun dengan labunya.
No comments:
Post a Comment