Thursday, August 28, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Jadi pada hari ini secara rasminya satu lembaran sejarah penting terpahat. Secara rasminya DSAI telah mengangkat sumpah sebagai seorang ahli Parlimen Malaysia yang sah pada hari ini. Dan turut berperanan besar sebagai Ketua Pembangkang Malaysia. Ironinya, jawatan ini mungkin dilucutkan tidak lama lagi. Kerana beliau tidak lagi berperanan sebagai ketua pembangkang tetapi memegang jawatan baru sebagai Perdana Menteri Malaysia ke - 6.

Sebelum ini, ramai yang kabur. Termasuklah saya tidak terkecuali. Apabila Anwar menguwar-uwarkan pertukaran kerajaan pada September 2008, ramai yang memandang sinis akan kenyataan tersebut. Lagilah media-media perdana. Mereka seolah-olah begitu berselera sekali setelah mendapat satu bahan baru untuk memperlekehkan dan memperkecilkan agenda berkenaan. Ekoran serangan bertalu-talu yang dilemparkan oleh media perdana tanpa kenal batas belas kasihan, kita turut menjadi keliru dan kadang-kadang hilang punca.

Bukan sahaja rakyat marhaen, golongan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga ragu-ragu adakah perlaksanaan agenda ini boleh menjadi kenyataan. Sepintas lalu ia mungkin hanya angan-angan. Ditambah dengan serangan kiri dan kanan ekoran isu demi isu terhadap DSAI. Namun ternyata selepas majlis angkat sumpah yang disempurnakan oleh DSAI pada pagi tadi terlihat begitu terang sekali jalan untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Persoalan samada DSAI layak atau tidak menjadi Perdana Menteri kita tolak ke tepi dahulu. Yang nyatanya jelas percaturan yang dibuat telah membuahkan hasil. Seperti yang dinyatakan di dalam tajuk politik dan catur yang terdahulu, jelas pemikiran orang politik begitu kompleks sekali. Jelasnya plan A hinggalah plan Z sudah berada di dalam saku mereka.

Maka hari ini juga, jelas kebimbangan memuncak di pihak yang satu lagi. Apapun kita mengharapkan segala yang berlaku akan memberi sedikit kelegaan dan kebaikan kepada rakyat setelah puas diganyang oleh pemerintah yang langsung tidak peduli akan keperitan, kejerihan dan penderitaan rakyat bawahan. Seperti juga harapan seorang pemberita NTV 7 yang tersiar di internet, semoga perkataan liwat dan bersumpah dapat dilupuskan sementara. Cukuplah buat masa kini.

Tuesday, August 26, 2008

Mari Bersantai

Penat berkempen, mari kita minum dulu...

Puteri Umno yang Insaf



Mari Mengegar Parlimen!!




Sumber : hanief.blogspot.com
nuraflah.blogspot.com

Lembaran Baru Untuk Malaysia

Setelah pelbagai halangan ditempuhi, segala onak duri telah diredahi, setelah keringat membasahi bumi akhirnya hasil yang dinanti menunggu masa untuk dituai. Bukan seorang dua yang menanti untuk menuai hasilnya tetapi hampir keseluruhan rakyat marhaen menunggunya. Menanti hari yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah. Masa depan yang lebih baik untuk bangsa Malaysia. Bukan masa depan perut hanya sesetengah golongan yang berkepentingan untuk kroni-kroni dan keluarga sahaja.

Akhirnya Anwar Ibrahim telah berjaya kembali menjadi seorang MP dengan begitu bergaya. Walaupun dengan pelbagai strategi yang disusun oleh SPR untuk menjadikan pilihanraya ini yang terkotor dalam sejarah namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Biarpun dengan hari pilihanraya yang diadakan pada hari kerja, senarai daftar pemiih yang meragukan, konspirasi-konspirasi yang memualkan dan pelbagai taktik yang dilakukan - ia akhirnya tidak berjaya menghalang penduduk Permatang Pauh untuk membuat pilihan yang bijak.

Undian mereka bukan hanya mewakili undi penduduk Permatang Pauh sahaja. Tetapi ia mewakili kesuluruhan rakyat Malaysia yang mengharapkan negara Malaysia akan berubah ke arah yang lebih baik. Sebelum ini Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama hampir 51 tahun. Tetapi pengisian kemerdekaan yang boleh diingati oleh minda kita adalah kadar rasuah yang semakin meruncing, kenaikan harga barang yang terus menekan, kehidupan yang semakin sempit dan kerosakan sosial yang semakin menghancurkan generasi muda.

Lalu adakah kita cuba untuk melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza. Kita ditakut-takutkan dan sering dimomokkan dengan ungkapan jika kita berubah maka kita akan menderita. Akan berlaku pelbagai keadaan yang akan semakin buruk dan menghantui bangsa kita. Lalu kita menunggu hampir 51 tahun untuk menolak segala tomahan yang jelas tiada asas tersebut.

Britain sering bertukar kerajaan. Amerika juga demikian. Parti Demokrat dan Parti Liberal sering berubah-rubah untuk menguasai kerajaan. Rakyat berfikiran rasional untuk memilih kerajaan yang telus dan berfikir untuk kebajikan masyarakat akan diberi keutamaan. Sedangkan di negara ini jelas segala kebobrokan dan penyelewangan dihidangkan kepada rakyat namun mereka takut untuk berubah. Takut jika keluar dari tempurung, maka dunia yang luas terbentang itu terpaksa dihadapi oleh kita.

Manusia akan memusuhi apa yang tidak mereka ketahui. Oleh itu, dengan konkongan media massa yang terus menghantui kita segala sumber maklumat dikuasai dan dimanipulasi sedemikian rupa. Sumpah yang dibuat sedemikian rupa di'make-up' sedemikian rupa untuk membenarkan apa yang dirancang. Lalu ia menghasilkan tindakan yang begitu memualkan sehingga terpaksa didedahkan sendiri oleh seorang iman muda masjid wilayah. Lalu bukan seorang dua yang terkena tempias dosanya, tetapi terus berjangkit kepada hampir seluruh rakyat Malaysia.

Lalu dengan kemenangan ini kita mengharapkan masa depan negara Malaysia yang semakin cerah. Politik yang lebih telus. Kebajikan rakyat yang lebih telus. Pasukan polis yang lebih baik. Pegawai kerajaan yang lebih cekap. Dan pelbagai harapan yang mengunung. Harap-harapnya dengan keadaan yang akan berubah ini, negara dapat menghasilkan suasana yang lebih harmoni. Lebih beragama dan lebih selamat untuk anak-anak dan generasi-generasi kita masa depan.


Sambutan Ramadhan Ala Malaysia

Dalam pada kita sibuk-sibuk membuat persiapan Ramadhan Al-Mubarak, lain pula yang terjadi di tanah air ini. Sambutannya begitu pelik dan tidak pernah dibuat dek orang-orang yang terdahulu. Namun tidak pada alaf millenium ini. Ya! Barisan kabinet kita yang kita gelar jemaah menteri telah memberi kelulusan untuk menjamu mata dan telinga kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan konsert Avril Lavigne. Secara tidak langsung untuk menghormati kedatang Ramadhan yang mulia.

Awalnya konsert ini telah dibatalkan oleh Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL yang akan diadakan pada 29 Ogos ini. Namun peliknya ia telah kembali diluluskan oleh jemaah menteri yang baru sahaja dilantik selepas PRU 12 baru-baru ini. Puas kepala saya mencari di mana justifikasi untuk mengaitkan Avril Lavigne dan Ramadhan Al-Mubarak namun minda saya yang terhad kepandaiannya ini tidak berjumpa sebarang petunjuk.

Saya pun tidak kenal sangat siapa Avril Lavigne. Namun saya tahu beberapa lagu beliau yang memang 'hits' dan video-video klipnya yang memang serasi dengan anak-anak muda masa kini. Namun dari segi moralnya ia tidak sama langsung dengan moral agama yang kita anuti dan cuba kita terapkan kepada anak-anak muda Islam pada hari ini.

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan. Yang mana tiada bulan-bulan yang sama dengannya. Pada bulan inilah perokok-perokok tegar berjaya membuang ketegaran mereka akibat daripada perintah berpuasa. Pada bulan ini jugalah masjid-masjid di mana sahaja berjaya dipenuhi pada waktu malamnya. Pada bulan ini jugalah Al-Quran dibaca dan diperdengarkan seoptimum mungkin. Pada bulan inilah manusia berbondong-bondong mengejar malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan. Dan pelbagai lagi keajaiban yang boleh terjadi pada bulan ini sesuai dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Lalu ada sesuatu yang tidak kena apabila konsert ini diadakan pada ketika ini. Walhasil ia datang daripada sebuah parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu sendiri. Dan juga daripada sebuah negara yang dikatakan sebagai negara Islam. Tidak bolehkah Ramadhan itu dibiarkan dengan kesuciannya sendiri. Atau sudah menjadi tradisi ianya perlu dicemari sebagaimana satu masa dahulu pada sambutan alaf baru millenium. Tidak kira lah samada ia bulan Ramadhan, sambutan perlu diteruskan.

Di sini terasa kagum dengan ketegasan jemaah menteri hatta Shafie Apdal itu sendiri. Walaupun dengan bantahan yang keras daripada Dewan Pemuda Pas mereka masih bertegas untuk meneruskannya dengan alasan penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini. Jika begini dangkal alasan yang diberikan oleh seorang menteri apatah lagi yang diharapkan. Ke mana perginya penasihat-penasihat agama yang berada di dalam jemaah menteri itu sendiri?

Kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi parti yang memerintah sekarang ini - bergembiralah. Kerana anda juga turut sama-sama mendapat habuan khas mencemarkan bulan yang mulia ini. Tidak mengapa, persetankan sahaja. Kubur masing-masing. Kami hanya mengundi mereka yang membuat keputusan. Islam hadhari lah katakan, apa nak dikata. Yang penting bagi kami perut kami sahaja. Alahai.

Monday, August 25, 2008

Selamat Membuat Pilihan

Jadi pada hari ini semua mata akan tertumpu kepada keputusan pada malam ini. Nampaknya, orang akan menantinya lebih daripada orang menanti keputusan anak bulan Ramadhan. Kalau anak bulan dinanti maksudnya untuk tahu jadi atau tidak puasanya pada esok hari. Kalau jadi maka berduyun-duyunlah manusia untuk ke masjid nak solat tarawih. Orang-orang yang sebelum ini tak pernah nampak dekat masjid boleh dilihat pada masa ini. Apatah lagi malam pertama pun dah ada jamuan 'more'.

Namun malam ini lain pula ceritanya. Seperti juga anak bulan Ramadhan keputusan ini untuk melihat jadi atau tidaknya pertukaran kerajaan yang diwar-warkan. Jika menang, cerahlah peluangnya. Jika kalah maka dunia seolah-olah akan menjadi gelap gulita. Mungkin lebih gelap daripada dunia Kassim Selamat lagi.

Dah macam-macam ulasan pasal 'pertempuran maut' di Permatang Pauh. Boleh kata 'winners takes all' - (betul ke ayat ni?). Kerananya Permatang Pauh ini menjadi penentu samada agenda pertukaran kerajaan yang diwar-warkan itu akan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan atau tidak. Bagi satu pihak memang keputusan ini akan menentukan hidup dan mati mereka dalam arena politik.

Masakan tidak - berpuluh biji fail sudah menunggu untuk dibuka jika pertukaran kerajaan menjadi kenyataan. Sudah pasti semuanya akan dikorek sehingga ke lubang cacing. Dan rakyat sendiri menunggu saat tersebut untuk menghukum semua pemimpin yang selama ini telah mengkhianati amanah yang telah diberi kepada mereka. Bukan sahaja harta rakyat telah licin disapu tetapi juga segala harta milik negara juga turut habis diberi kepada negara asing yang tiada kena mengena dengan negara.

Sementara satu pihak lagi akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus bernafas dan berkuasa di bumi Malaysia ini. Strategi disusun dari strategi a, b, c, d sampai lah z. Malangnya, kerana mereka terlalu berkuasa maka tiada batasan bentuk strategi yang disusun. Ia boleh melangkaui apa jua batasan. Dari batasan agama, bangsa dan kemanusiaan. Asalkan matlamat yang ditujui berjaya, cara apa sahaja secara automatiknya akan menjadi halal.

Di sinilah kita melihat betapa manusia itu lupa segala-galanya. Begitu juga diri kita. Dalam keghairahan diri kita untuk menyokong pihak yang disokongi kita, janganlah kita melangkau batas-batas dan sempadan diri kita sebagai seorang yang beragama. Jelasnya, Islam itu agama yang sempurna. Yang telah memberi jalan yang jelas bagaimana untuk kita melaksanakan dan menuju kepada matlamat kita secara halal dan diberkati.

Di sini janganlah kita turut sama terbabit dengan keadaan yang tidak sihat yang memungkinkan segala amalan yang diperbuat kepada kita menjadi sia-sia sahaja. Marah memang marah. Sakit hati juga sakit hati. Geram juga hampir sampai ke batasnya. Tetapi bila marah haruslah mengikut marah kerana agama, sakit hati kerana agama dan juga geram kerana agama. Islam tidak menghalang kita marah, sakit hati dan geram. Namun semuanya perlu diletakkan pada tempatnya.

Jadi jagalah diri kita dan etika kita sewaktu suasana yang getir ini. Janganlah kita juga turut mengikut hawa nafsu dan menggunakan konsep matlamat menghalalkan cara. Sesungguhnya yang hak itu akan sentiasa menang ke atas kebatilan. Jika kita percaya sepenuhnya apa yang telah dijanjikan di dalam Al-Quran maka tiada perasaan gundah gulana yang melanda diri kita.

Akhir kalam selamat mengundi kepada semua pengundi-pengundi di Permatang Pauh. Doa kami supaya kebenaran akan sentiasa di atas dan agama akan sentiasa menjadi junjungan. Sesungguhnya solat kita, ibadat kita, , hidup kita dan mati kita hanyalah keranaNya. Atau kita akan ditempelak kerana ia hanyalah sekadar di bibir sahaja tidak pernah dilakukan dengan hati dan perbuatan. Kita sahaja yang tahu jawapannya. Dari Dia kita datang dan dariNya juga kita akan kembali.

Sunday, August 24, 2008

Bolehkah Cuti Hari Ahad Ditukar Kepada Jumaat?

Kadang-kadang kita tak terfikir pun. Mengapa cuti hari Ahad hendak ditukar kepada hari Jumaat pula? Ada perbezaan apa-apakah? Selama ini hidup kita pun berjalan lancar sahaja. Lagipun bukankah semua hari-hari itu sama sahaja?

Sekali kilas nampak betulnya juga kan? Kita tidak pernah pun terfikir adakah hari itu mempunyai peranan yang besar dalam hidup kita. Angkara sikap kita yang sering terlupa dan kadang-kadang tak ambil cakna(peduli), kita sering terlepas banyak perkara-perkara besar yang nampak seperti kecil.


Sememangnya hampir semua orang mengetahui hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Dan kita pun mengetahuinya. Dan banyak saranan-saranan diselitkan di dalam khutbah-khutbah Jumaat. Antaranya supaya kita berpagi-pagian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Begitu juga kita digalakkan membersihkan diri dan mandi sunat Jumaat sebelum ke Masjid.

Di dalam kitab-kitab pengajuan agama juga banyak terdapat bab kelebihan hari Jumaat. Mungkin satu hari nanti akan saya berkongsi kelebihan hari Jumaat ini. Terlalu banyak amalan yang besar pahalanya pada hari Jumaat. Lalu beruntunglah orang Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Lalu bagaimana kita yang bekerja di hari-hari negeri yang cuti umumnya bukan hari Jumaat?

Persoalannya dengan kesibukan kita pada hari Jumaat dengan urusan pejabat bagaimana ia mampu dilaksanakan. Tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz di sebuah masjid baru-baru ini. Beliau menceritakan segala kelebihan-kelebihan yang dinyatakan pada hari Jumaat begitu banyak sekali. Namun apa yang pada saya tidak kena apabila dia mencadangkan melakukannya apabila kita sudah pencen nanti. Mungkin niat beliau baik kerana rata-rata jemaah adalah pekerja kerajaan.

Namun adakah untuk beramal kita perlu menunggu sehingga pencen? Adakah untuk memuliakan dan melakukan segala pekerjaan yang begitu besar ganjarannya perlu kita menunggu selepas pencen. Apakah jaminannya nyawa kita tidak dicabut sebelum masa itu sampai?

Lalu disini muncul persoalan apakah cuti umum hari Ahad boleh ditukar kepada hari Jumaat? Sudah tentu jika ia ditukar kepada hari Jumaat, kita sebagai umat Islam dapat mengambil barakah dan kelebihan pada hari Jumaat.

Wednesday, August 20, 2008

Cekapnya BPR Kita

Kagum! Cukup kagum! Terlebih kagum pun ada! Jangan salah sangka kerana kekaguman saya pada kecekapan pegawai-pegawai BPR pada hari ini membuatkan saya kagum kepada diri saya sendiri. Tidak pernah diri saya sekagum ini. Jika sebelum ini pihak BPR seolah-olah bertapa di gua hantu hampir berpuluh-puluh tahun tanpa melakukan apa-apa tindakan yang drastik, tetapi hari ini mereka seolah-olah si buta dari gua hantu yang keluar dari pertapaannya. Sudah cukup tempoh pertapaan dan ilmu di dada sudah bertambah, maka mereka pun mula menunjukkan kebolehan dan ilmu yang dipelajari selama ini.

Tidak salah mereka bertindak secekap itu. Memang begitu pun yang kita kehendaki. Jika terbukti enam orang yang ditangkap termasuk exco Kerajaan Perak, dakwa sahaja mereka. Kita memang tidak mahu berkompromi dengan rasuah yang membarah di dalam masyarakat hari ini. (Boleh rujuk disini). Tetapi kita tidak mahu tindakan dan penangkapan itu dibuat secara terpilih. Mana yang kawan, dibiarkan. Mana yang lawan, dipijak sehingga tidak bermaya.

Umumnya, gejala rasuah ini bukanlah sesuatu yang baru. Rata-rata masyarakat tidak buta dan begitu celik untuk melihat gejala ini berleluasa dan membarah di dalam negara ini. Tidak kiralah sektor apa pun. Tidak ada yang terkecuali daripada dilanda barah rasuah. Dan keputusan PRU 12 yang mengejut kali ini juga atas kesedaran rakyat untuk menghapuskan dan membendung barah rasuah dari terus kronik.

Sebelum PRU-12 itu, bukan satu dua laporan mengenai rasuah dilaporkan oleh pihak-pihak pembangkang. Kemanakah pergi nya siasatan dan tindakan yang dibuat. Begitu juga dengan masalah royalti minyak di Terengganu. Pembinaan masjid kristal dan monsoon cup. Runtuhnya bangunan dewan sekolah yang bisa sahaja meragut beratus-ratus nyawa murid sekolah didiamkan begitu sahaja. Itu hanya di Terengganu.

Belum lagi laporan rasuah oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu sendiri. Pelbagai-bagai laporan salah laku rasuah yang dilaporkan. Namun kemanakah perginya siasatan dan laporan tersebut. Begitu juga dengan salah laku rasuah pelbagai pihak pentadbiran awam. Jauh panggang dari api jika tindakan rasuah ini diambil tindakan. Yang nyatanya kita semakin menjadi negara yang mesra rasuah di mata dunia.

Sebagai orang awam, saya cuba untuk bersangka baik kepada BPR. Harap-harapnya mereka akan bertindak untuk membasmi tindakan rasuah yang berleluasa. Yang kuman di seberang laut boleh nampak tanpa mikroskop, tetapi gajah di depan mata kabur dek kerana lena yang panjang. Saya juga ternanti-nanti jika ada tangkapan yang sama dibuat di Terengganu terhadap kes kereta Perdana vs kereta Mercedez di Terengganu. Adakah ia menjadi kenyataan ataupun saya hanya bermimpi di tengah hari?

Tuesday, August 19, 2008

Memperkasakan Pendidikan Seks!

Nampaknya agenda pendidikan seks sudah menjadi keutamaan kepada kerajaan Malaysia hari ini. Biarpun pelbagai masalah sering dibangkitkan sepanjang Program Latihan Khidmat Negara(PLKN), namun isu pendidikan seks juga yang mendapat perhatian. Isu kematian pelatih-pelatih PLKN, keracunan makanan, modul pembelajaran yang diadakan, isu kem PLKN yang runtuh dan 1001 lagi permasalahan namun keutamaanya adalah pendidikan seks!

Saya tidak dapat memikirkan di manakah relevannya isu pendidikan seks diutamakan di PLKN. Dengan pengurangan mata pelajaran agama Islam terutamanya di sekolah-sekolah daripada 5 kali seminggu kepada 3 kali sahaja, ia memberikan impak yang besar kepada pewaris-pewaris harapan bangsa yang sedang berada di bangku sekolah masa ini. Adakah hanya cukup dengan tidak sampai 3 jam sehari kita mampu untuk memberikan ilmu mengenai pendidikan agama yang sepatutnya menjadi tunjang dalam kehidupan kita.

Kita sering ingin menjadikan Islam itu sebagai ad-din. Cara hidup. Menghayati Islam dalam semua hal keadaan. Pekerjaan kita, pergaulan kita, muamalat kita dan dalam segala gerak-geri kita. Malangnya ia bukanlah menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan hari ini. Lalu ia menambahkan barah yang semakin membaham generasi muda dengan pelbagai kerosakan masalah sosial yang bukan sahaja memeningkan kepala guru-guru di sekolah tetapi turut berjangkit kepada ibu bapa di rumah-rumah.

Lalu masalah yang membarah ini turut merebak kepada soal masalah seks bebas dan perzinaan yang semakin berleluasa di negara ini. Cukup menakutkan kepada ibu bapa hari ini untuk melepaskan anak-anak ke sekolah. Pelbagai seribu satu permasalahan menanti di sana. Begitu juga masalah-masalah yang sering dibangkitkan di PLKN ini. Ketiadaan modul-modul agama yang kuat memberikan satu lesen besar untuk membenarkan dan membiarkan apa sahaja perlakuan atas nama kerjasama.

Sudah pastinya dalam mana-mana modul latihan akan diterapkan semangat kerjasama berpasukan dan setiakawan. Namun, ia secara tidak langsung turut merobohkan tembok-tembok pemisahan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki bebas untuk membantu perempuan dalam apa hal jua keadaan atas kerjasama. Lalu timbullah pelbagai isu yang berbangkit dan terus disembunyikan oleh kebanyakan media kita hari ini terhadap kepincangan yang terjadi di PLKN. Yang nyatanya ada masa dan ketika PLKN seolah-olah menjadi alat permainan politik dan kepentingan individu-individu dengan mengorbankan anak bangsa mereka sendiri.

Saya bukannya orang yang anti-PLKN. Tetapi dengan seribu satu permasalah di PLKN, kerajaan sepatutnya bersungguh-sungguh untuk memperkasakan modul-modul dan menambahkan modul-modul agama. Namun, apabila agenda pendidikan seks diutamakan maka kecurigaan saya bertambah membarah. Pada saya, saya melihat dalam konteks ini mungkin di luar kebiasaan. Saya melihat kepada agenda kerosakan total kepada pemuda-pemudi Islam yang akan menjalani latihan PLKN. Sebelum ini memang terdapat kerosakan yang besar, namun belum secara menyeluruh. Kali ini, perancangannya adalah melakukan kerosakan terhadap akhlak mereka secara keseluruhannya.

Sekali pandang mungkin tidak logik. Juga tidak terfikir oleh akal kita yang kecil ini. Namun seikhlasnya mengapa begitu kerajaan mengambil berat akan pendidikan seks di PLKN. Adakah dengan pendidikan hari ini belum memberi gambaran yang jelas kepada pemuda-pemudi kita tentang pendidikan seks. Ataupun kita mengikut pendidikan barat yang jelas memberikan pendidikan seks untuk mereka lebih prihatin terhadap cara-cara yang selamat untuk melakukan seks selamat? Bukannya ditekankan bahawa seks di luar perkahwinan itu sebagai zina dan perbuatan terkeji.

Memang benarlah sabda nabi bahawa di akhir zaman umat Islam akan diratah sesuka hati seperti hidangan di atas meja. Lalu saya bersama dengan muslimah PAS untuk membantah sekeras-kerasnya keutamaan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen. Utamakanlah banyak lagi perkara yang sepatutnya diutamakan. Usahlah menambahkan barah yang semakin menular dalam masyarakat pada hari ini.

Sunday, August 17, 2008

Haul Siti Khadijah (Dedicated to Kak Ja dan semua ibu-ibu diluar sana)

Penulis ingin membawa pembaca ke Majlis Sambutan Nisfu Syaaban dan Haul Siti Khadijah yang diadakan Sabtu lepas di Yayasan Al-Jenderami. Tidak ramai yang tahu akan kewujudan Yayasan Al-Jenderami ini. Penulis sendiri baru sahaja dua kali pergi ke sana untuk mengikuti majlis-majlis maulidur Rasul yang diadakan. Hanya secara kebetulan di ajak oleh sahabat yang sudah lama mengikutinya.

Kali pertama ke sana sudah jatuh cinta. Yayasan Al-Jenderami merupakan sebuah perkampungan dan pondok moden yang didirikan di daerah Jenderam berhampiran Bangi. Di sana kita boleh melihat asrama-asrama perumahan warga emas yang tersusun. Yang mana ia dikhaskan untuk warga emas yang berminat untuk menetap atau tinggal di sana bagi menuntut ilmu.

Ia juga dilengkapi dengan masjid dan bangunan-bangunan sekolah pondok agama moden. Jelas sekali kemeriahan terpancar setiap kali majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul di adakan di sini. Majlis-majlis dipenuhi dengan marhaban, Qasidah, berzanji dan sebagainya. Rata-rata penuntut sekolah pondok di sini yang terdiri daripada anak-anak kecil kurang dan belasan tahun mengalunkan lagu-lagu yang amat menyentuh hati mengenai Nabi besar junjungan kita. Ia juga merupakan satu organisasi tersusun yang anda boleh lihat sendiri di sini.

Di luar sana ramai yang sibuk memperkatakan dan menguwarkan sambutan-sambutan ini merupakan satu bidaah. Segala-galanya jika mungkin bisa - dibidaahkan. Termasuk lah sambutan Maulidur Rasul juga ingin dibidaahkan. Tetapi jika kita bertanya kembali bagaimanakah kita ingin mengingati Nabi dan Rasul kita serta perjungannya? Sudah pasti salah satunya adalah dengan mengenali dan mencarik-carik kembali cebisan sejarah Baginda Rasulullah Sallahualaih wasalam. Sudah pasti segala yang kita cari digabung di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul. Istimewanya majlis sambutan Maulidur Rasul di sini diadakan hampir setiap bulan.

Kebiasaan majlis sambutan Maulidur Rasul di tempat kita disambut dengan berselawat dan marhaban lebih kurang setengah jam sahaja dan kemudian diikuti dengan ceramah. Bayangkan sebuah majlis yang dihadiri oleh Habib-Habib, Syeikh dan Syed yang mana mereka merupakan Ahlil Bait dan titisan warisan Rasulullah Sallahualaih wasalam sendiri. Bukankah satu tuntutan mencintai dan menghormati ahli-ahli bait ini sepertimana setiap kali kita berselawat mengucapkan sejahtera kepada Rasulullah dan ahli keluarganya. Majlis-majlis ini bukan sekadar dipenuhi setengah jam selawat tetapi ia boleh memakan masa selama sejam setengah sehingga dua jam. Lalu bagaimana mungkin kecintaan kita terhadap Rasulullah tidak subur dan berkembang. Pasti hati kita dipenuhi dengan bait-bait Qasidah dan marhaban yang begitu merdu dan membungai hati kita betapa kita perlu mencintai Rasulullah dan perjuangannya sepenuh jiwa dan raga kita.

Lalu betapa tergamak kita mengatakan itu bidaah dan ini bidaah? Begitu juga dengan sambutan nisfu Syaaban dan Haul Sayyidatina Khadijah R.A. ini. Sebelum kita menghukumnya sebagai bidaah, marilah kita sama-sama menyelusuri sejarah. Haul bererti memperingati kewafatan. Adakah Nabi pernah mengadakan sambutan haul Sayyidatina Khadijah R.A? Jawapannya sudah tentu pernah.

Nabi akan mengenang kembali Sayyidatina Khadijah R.A. dengan menyembelih sendiri kambing, memotongnya sendiri dan Baginda sendiri memberikan daging-daging tersebut kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah R.A. Di sini kita dapat menilai betapa mendalamnya kecintaan Baginda kepada Sayyidatina Khadijah R.A. Segala persiapan yang dibuat adalah melalui tangan nabi yang mulia itu sendiri. Bagaimana diri kita jika kita mencintai seseorang dengan mendalam. Tidakkah perkara yang sama kita akan lakukan?

Seperti yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin malam itu. Mari kita sama-sama berkongsi tentang sejarah hidup Ummul Mukminin kita yang pertama.

Peribadi Sayyidatina Siti Khadijah R.A

Sayyidatina Khadijah R.A merupakan anak kepada Khuwalid Bin Assan. Nasab Siti Khadijah R.A bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaih wasalam melalui datuknya yang keempat. Di dalam sejarah pernah dipetik bahawa Khuwalid merupakan seorang yang berani. Diceritakan pernah datang seorang yang hebat bernama Taba' ingin mencabut Hajar Aswad dan membawanya pulang ke negerinya. Berita itu sampai kepada ayah Siti Khadijah dan beliau membawa pedangnya dan menghalang Taba' dari meneruskan perbuatannya itu. Melihat keberanian Khuwalid, Taba' berundur dan membatalkan niatnya untuk mencabut Hajar Aswad.

Ibu beliau bernama Fatimah. Personaliti Siti Khadijah banyak dipengaruhi oleh dua orang yang begitu rapat dengan beliau.

i) Hakim Ibnu Izam(Anak saudaranya)
ii) Waraqah bin Naufal (Sepupunya)

Hakim Ibn Izam merupakan seorang pemuda yang yang bijaksana. Semasa berumur 15 tahun lagi, beliau sudah layak memasuki Najwah(Parlimen) di Mekah pada masa itu. Biasanya golongan yang layak untuk memasuki Najwah adalah pada umur 40 tahun. Namun, beliau lebih banyak berkecimpung dalam bidang perniagaan. Minat ini tertanam kepada Siti Khadijah sehingga menjadi seorang usahawan wanita yang disegani.

Waraqah merupakan seorang yang beragama dan merupakan seorang ahli kitab yang asli. Beliau telah mengetahui dan percaya akan kedatangan nabi akhir zaman dan sentiasa menunggu kedatangannya. Beliau banyak mengajar Khadijah tentang Allah, syurga dan agama.

Suami yang awal :-
i) Atiq Ibn Atib - melahirkan anak bernama Abdullah
ii) Hind Ibn Zuhrah - Hendon, Zainab dan beberapa orang lagi.

Semenjak pada zaman jahiliah lagi, Siti Khadijah R.A disegani dan dihormati. Justeru itu, beberapa gelaran telah diberikan kepada beliau. Antaranya:

1) At-Tohiroh(Suci) - Siti Khadijah R.A. tidak pernah menghadiri sebarang perjumpaan atau pertemuan dengan lelaki berkaitan dengan perniagaan. Walaupun beliau merupakan seorang usahawan wanita yang ulung namun beliau tidak bertemu lelaki untuk berbincang hal perniagaan. Kebanyakannya diserahkan kepada pembantu beliau. Siti Khadijah juga enggan duduk bersama wanita yang suka melakukan maksiat. Beliau begitu menjaga keperibadian beliau.

2) Saidatina Quraisy (Penghulu wanita Quraisy) - Masyarakat begitu menyanjungi beliau. Walaupun beliau begitu kaya-raya, tetapi beliau tidak pernah lalai dan hilang punca kerana harta. Dengan kekayaan yang melimpah-ruah, Siti Khadijah tetap berguru dengan Waraqah bin Naufal.

3) Ummu Mukminin - Setiap wanita yang dinikahi oleh Nabi akan mendapat gelaran ini. Oleh itu Siti Khadijah merupakan Ummu Mukminin yang pertama.

4) Saidatina Nisa Lil Alamin - Penghulu wanita untuk sekalian alam sehingga di syurga nanti.

Sebagai nota tambahan, 4 orang wanita yang merupakan penghulu wanita di dunia dan syurga adalah :-
i) Siti Khadijah R.A
ii) Siti Mariam
iii) Asiah Isteri Firaun
iv) Fatimah Zahra (anak Rasulullah)

Permulaan perkenalan Nabi dan Siti Khadijah

Melalui pembantu beliau iaitu Maisarah, jelas sekali Maisarah melihat tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad Sallahualaih wasalam. Pernah semasa dalam perjalanan untuk berniaga seorang ahli kitab melihat pokok yang mana nabi berlindung di bawahnya tunduk untuk melindungi nabi dari cahaya matahari. Beliau menyatakan kepada Maisarah bahawa jelas manusia yang berada di bawah pokok itu adalah seorang nabi. Begitu juga dengan kumpulan awan yang sentiasa mengekori nabi kemana sahaja baginda bergerak. Dari tanda-tanda itulah Maisarah meminta Khadijah untuk melamar nabi kita.

Anak pertama yang dilahirkan oleh Siti Khadijah adalah seorang anak perempuan iaitu Zainab. Walaupun masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu memandang anak perempuan sebagai satu keaiban, namun nabi tetap ceria menyambut kelahiran tersebut. Seterusnya Siti Khadijah melahirkan Umi Kalthum, Ruqayah dan Qasim. Walaupun belum dilantik menjadi Rasul jelas tanda-tanda kenabian pada Rasulullah. Di sini pertemuan Rasulullah dan Siti Khadijah R.A. telah dirancang oleh Allah dengan persiapan-persiapan yang tersendiri.

Namun, semua anak lelaki nabi meninggal sewaktu kecil. Semasa kematian Qasim, Siti Khadijah mengalami tamparan yang begitu hebat sekali. Ini kerana susu di badan Siti Khadijah masih menitis semasa Qasim meninggal dunia. Akibatnya nabi terpaksa menenangkan Nabi dan Allah mengizinkan nabi memperlihatkan mukjizat beliau dengan memperdengarkan suara Qasim di syurga sehingga Siti Khadijah kembali tenteram.

Semasa nabi berkhalwat dan bersendirian di gua Hira', Siti Khadijah tidak pernah bermasam muka dengan nabi malah menyiapkan makanan dan keperluan Nabi Sallahualaih wasalam. Malah ada ketikanya semasa Khadijah merasakan bekalan makanan nabi telah habis, beliau sendiri mendaki gua Hira' untuk membawa bekalan makanan ke sana walaupun pada masa itu usia beliau sudah lanjut. Jika anda pernah ke sana, anda akan melihat sendiri bagaimana sukarnya untuk mendaki gua Hira'. Namun Siti Khadijah tetap cekal untuk berkorban demi suami tercinta.

Betapa kita kadang-kadang terlepas pandang akan kemuliaan Siti Khadijah R.A. Beliau merupakan orang pertama yang mendengar wahyu yang pertama ketika ia masih hangat di mulut nabi sewaktu menenangkan nabi yang berselimut kerana gementar.

Khadijah menjadi tulang belakang di dalam usaha dakwah nabi sehingga akhir hayat beliau. Segala harta yang dimiliki dihabiskan dalam usaha dakwah meluaskan Islam. Sehinggalah akhir tahun ke-7 kenabian, sekatan yang dikenakan oleh orang Quraisy terhadap umat Islam menyebabkan seluruh Bani Hasyim dipulaukan dengan sekatan yang amat dasyhat. Walaupun Siti Khadijah tidak termasuk dalam pemulauan itu tetapi beliau tetap bersama dengan nabi dalam peristiwa tersebut.

Pada awal pemulauan, usaha Siti Khadijah melalui rangkaian perniagaannya beliau berjaya menyeludup makanan masuk ke tempat pemulauan. Namun ia tidak berjalan lama dan disedari oleh pihak Quraisy dan menyekatnya. Sehinggalah satu keadaan, Ummu Mukminin terpaksa memakan daun-daun kerana ketiadaan bekalan makanan.

Akibat daripada dugaan yang berat tersebut beliau akhirnya sakit tenat. Namun semasa saat kematian beliau yang paling dirisaukannya adalah suami dan anak kesayangan beliau iaitu Fatimah. Fatimah mendapat tempat yang istimewa di hati Siti Khadijah kerana dua perkara :-

i) Fatimah merupakan anak bongsu
ii) Fatimah paling menyerupai Nabi Muhammad

Beliau akhirnya meninggal tanpa merasa sesal terhadap segala penderitaan yang dilalui bersama nabi. Nabi sendiri yang melakukan segala persiapan untuk menyempurnakan jenazah Siti Khadijah. Walaupun Siti Khadijah R.A telah lama meninggalkan nabi, namun baginda sentiasa mengenang Siti Khadijah. Semasa Siti Khadijah R.A masih hidup, Allah telah menyampaikan berita kepada nabi bahawa sebuah rumah di syurga telah disiapkan oleh Allah istimewa untuk Siti Khadijah R.A atas pengorbanan beliau selama ini.

Siti Khadijah R.A juga mendapat salam daripada Allah dan Jibril semasa menziarahi nabi. Ulama'-ulama' berselisih pendapat samada hanya Siti Khadijah R.A. seorang yang mendapat salam dari Allah dan Jibril ataupun Aisyah turut mendapat penghormatan yang sama. Aisyah juga pernah membuat pengakuan bahawa satu-satunya manusia yang beliau sentiasa merasa cemburu adalah Siti Khadijah kerana Nabi sentiasa menceritakan kebaikan beliau kepada isteri-isteri Baginda.


Award??

Tak sangka pulak dalam blog ini pun ada macam-macam award. Dan tak sangka pula diri yang hina ini pun dapat award. Alhamdulillah, sesungguhnya puji-pujian itu hanya bagi Allah. Terima kasih kepada Kak Ja yang sudi bagi award ini. Menulis bukanlah untuk dapat award. Tapi kalau ada bagilah lagi. Di alu-alukan sokmo kata orang Terengganu.

Mari kita tengok dulu apa award yang diberi ini sebenarnya.

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate at least 7 other blogs.
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.


1) Letak logo ?
Cam tak ikhlas jer.

2) Letak link kepada orang yang memberi award?
Ooo.. Dah lama dah letak link tu. Cuma ada tambahan La Tahzan dekat belakang dia tu. Jangan sedih-sedih sokmo Kak Ja. Terlalu banyak nikmat yang Tuhan beri untuk kita gembira dan bersyukur. (Nasihat untuk diri sendiri juga)

3) Kena pilih 7 blog lain sekali?
Kena pilih blog yang macam mana ya? Yang cerita pasal agama ke? Pasal politik ke? Kisah seram ke? Kisah hantu ke?

Tapi tak apalah, sebagai memenuhi permintaan tersebut 7 blog yang menerima anugerah yang sama adalah :-

i) Tuan yang bagi award - Kak Ja La Tahzan
Bila baca blog Kak Ja, banyak benda yang boleh dipelajari. (Bukan bodek ini). Ditulis secara santai dan bersahaja, orang mampu membaca dan memahami hati tuan empunya blog ini. Walaupun kadang-kadang macam gembira, tapi hati seorang ibu hanya Allah yang tahu.

ii) Tok Syeikh Teluk Intan
Kawang suka baca blog Tok Syeikh pasal idea dan gaya penulisan dia yang unik. Memang tak dapat nak tiru. Kalau kawang cuba nak tiru mau kena brainstorming 7 hari 7 malam.

iii) Azizi - Calon menantu kesukaan Kak Ja. Bakal seorang doktor. Bukan doktor gigi tetapi seorang doktor ... susah nak cerita. Banyak sangat teori dia. Cuba lah jenguk blog dia. Macam dia selalu cakap, if you can't convince them- confuse them. Betul bro?

iv) Saiful Islam - Sebenarnya blog ini patut dapat nombor satu. Tapi Kak Ja punya pasal tolak jadi nombor empat. Jangan marah Ustaz Hasrizal. Menjadi sumber rujukan utama kerana banyak falsafah dan pengorbanan yang diterapkan. Erti Hidup Pada Memberi memang bukan calang-calang blog. Tahniah Ustaz! Saya sentiasa sokong Ustaz walaupun Ustaz tak kenal pun saya.

v) Berpetualang Ke Acheh - Dah jumpa sendiri dengan tuan punya blog. Beliau sanggup mengembara demi mencari jati diri. Biar kehilangan keluarga dan harta, namun perjuangan tetap diteruskan. Mengabungkan antara keberanian, keazaman yang teguh dan tasawuf. Silalah masuk ke sana, anda tidak akan kecewa.

vi) Ustaz Nik Abduh - Jangan tak percaya. Beliau merupakan anak kepada Tok Guru Nik Aziz. Hasil tulisan dia memang 5 bintang. Penuh dengan idea. Kalau nak kenal bapak, silalah kenal anaknya. Sila... sila...

vii) Ibnu Hasyim - Dr. Hasyim seorang ahli pemikir. Juga seorang sejarahwan. Kalau terasa hendak membaca perkara-perkara yang tak pernah dibaca, silalah masuk blog beliau. Boleh baca sendiri sejarah-sejarah yang telah dikaji dan beliau terokai.

Sebenarnya banyak blog yang ingin diberi award ini, tetapi tak cukup. Rujukan-rujukan yang bermanfaat terlalu banyak di ruang maya ini. Terserah kepada kita untuk menilainya dan mengambil isi manfaatnya. Kebanyakan link-link di tepi blog ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Sebenarnya blog ini diwujudkan atas rasa kesedaran untuk berkongsi kesedaran tentang masalah-masalah yang menimpa masyarakat pada hari ini. Terlalu banyak kategori yang dijaguhi oleh anak-anak bangsa kita yang sepatutnya sebagai muslim tidak layak langsung untuk dijaguhi kita. Dadah, masalah sosial, politik dan pelbagai masalah yang tak mampu kita hendak kira dan hitung. Dengan sedikit kesedaran harapan kawang menulis sekurang-kurangnya menyedarkan kita betapa hidup kita ini hanyalah satu pengembaraan yang sekejap cuma. Jika kita alpa dan leka, maka rugilah kita.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat-menasihati kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Al-Asr(masa)1-3.

Wednesday, August 13, 2008

To All Those Who Were Born In the 50's, 60's And 70's

Cerita ini dapat daripada slide Presentation PowerPoint. Tapi kawan tulis balik untuk dikongsi bersama. Hayatinya dan jangan baca sahaja.


First, we survived with mothers who had no maids

they cooked/cleaned
while taking care of us at the same time.

They took aspirin, candy floss, fizzy drinks, shaved ice with syrup and
diabetes was rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever

we had no childproof lids on medicine bottles,
doors or cabinets,
and when we rode our bikes, we had no helmets.

as children, we would ride with our parents on
bicycles/motorcycles for
2 or 3
Richer ones in cars with no seat belat or air bags.

Riding in the back of a private taxi was a special treat

we drank water from the tap and NOT from a bottle

We would spend hours on the fields under bright sunlight
flying our kites,
without worrying about UV rays
which never seem to affect us.

we go into the jungle to catch spiders
without worries of Aedes mosquitoes

with mere 5 pebbles(stones) would be a endless game.
With a ball (tennis ball best)
we boys would ran like crazy for hours.

we caught guppy in drains /canals and when it rained we swam there

We shared one soft drink with four friends from one bottle
and NO ONE actually worry about being unhygenic.

we ate salty, very sweet & oily food,
candies, bread and real butter
and drank very sweet soft drinks,
sweet coffee/tea, ice kachang,
but we weren't overweight because....

WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!

we would leave home in the morning and play all day,
till streetlights came on.
No one was able to reach us all day
And we were O.K.

We would spend hours repairing our old bicycles
and wooden scooters out of scraps
and then ride down the hill,
only to find out we forgot the brakes,
After running into the bushes a few times,
we learned to solve the problem.

we did no have Playstations,Nintendo's, X-boxes,
multiple channels on cable TV, DVD movies,
no surround sound, no phones,
no personal computers, no Internet,
WE HAD FRIENDS
and we went outside and found them!

we fell out of trees, got cut, broke bones and teeth
and we still continued the stunts,

we never had birthday parties till we were 21.

we rode bikes or walked to a friend's house
and just yelled for them!

The idea of a parent bailing us out
if we broke the law was unheard of.
They actually sided with the law!

Yet this generation has produced some of the best risk-takers,
problem solvers and inventors ever!

The past 40 years have been
an explosion of innovation
and new ideas.

We had freedom,
failure, success,
and responsibility
and we learned

HOW TO DEAL WITH IT ALL!

And YOU are one of them!

CONGRATULATIONS!

You might want to share this with others who have had the luck
to grow up as kids,
before the government,
regulated our lives
for our own good.

and while you are at it,
forward it to your kids
so they will know
how brave their parents were.

Monday, August 11, 2008

Islam Semakin Dicabar

Mula-mula saya nak tanya pembaca-pembaca sekalian. Perasan atau tidak apa yang berlaku pada Sabtu yang lepas? Dan ia turut mengundang kekecohan dan terpaksa dikawal oleh pihak polis. Kalau tahu sebabnya Alhamdulillah. Bermakna di dalam hati kita masih terdapat secebis perasaan prihatin terhadap kesucian Islam yang semakin diganggu gugat. Tetapi jika kita tidak perasan atau peduli apa yang terjadi pada Sabtu lepas, amatlah malang bagi kita orang yang mengaku sebagai muslim.

Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council telah melakukan sesuatu yang jelas mencabar kesucian agama Islam kita yang tercinta. Selama ini, kita tidak pernah menghalang mereka untuk mengamalkan agama mereka. Tidak pernah pun kita mencerobohi rumah ibadah mereka. Begitu juga kita tidak pernah menyerang amalan mereka sebaliknya bertoleransi dengan upacara keagamaan mereka sehingga ada di antara kita yang sanggup mengadai akidah mereka kerana mengikut upacara-upacara tersebut.

Andai tidak diberhentikan awal forum memeluk Islam. Jelas sekali tanpa berselindung mereka ingin mencabar kekuatan umat Islam di negara ini. Sudahlah dulu ada ura-ura diadakan syarat mereka yang ingin memeluk Islam perlu mendapatkan kebenaran dari keluarga mereka. Kini mereka menambah lagi dengan forum yang berat sebelah. Berforum tidak salah. Tetapi harus mengambil kira pandangan semua pihak. Jangan dijadikan ia tempat untuk memuaskan nafsu kita semata-mata.

Kita membeli rumah kita. Tetapi apabila ada tetamu datang berkunjung mereka memberi pelbagai komen itu dan ini tentang keadaan rumah kita. Malah ada yang biadap lagi mengalihkan itu dan ini sesuka hati mereka. Bagaimana perasaan kita sebagai tuan rumah pada masa itu. Malaysia ini ditukar daripada Tanah Melayu semata-mata sebagai satu platform menunjukkan keterbukaan umat melayu menerima kaum lain. Namun, pengiktirafan tetap diberi kepada agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan orang Melayu mempunyai hak-hak istimewanya.

Apabila dinyatakan yang sedemikian rupa, kita perlu memahami mengapa diadakan syarat yang sedemikian rupa. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa Tanah Melayu ini rata-ratanya didiami oleh orang Melayu sahaja pada suatu masa dahulu.(Bukan saya ingin meniup semangat perkauman, tetapi ini adalah fakta sejarah). Bangsa lain datang ke sini suatu masa dahulu untuk berniaga dan berdagang. Namun, ia semua berubah setelah Inggeris menjajah dan menjalankan operasi pecah dan perintah. Maka mereka membawa kaum Cina dan kaum India ke sini atas perihal-perihal yang tertentu.

Memang yang lepas itu menjadi sejarah. Namun, kita menerima masyarakat Cina dan India dengan hati yang terbuka. Kita rela berkongsi kuasa dan tanah dengan mereka. Cubalah kita mencari bangsa sebaik bangsa Melayu di dunia ini, tak akan berjumpa. Namun dalam masa yang sama kita tetap mempertahankan betapa kesucian agama dan bangsa tidak boleh dinodai oleh sesiapa pun. Dan prinsip itu berjalan dan berjaya mengekalkan keharmonian negara.

Namun hari itu mereka cuba menganggu gugat kestabilan negara. Juga perasaan orang Melayu dan umat Islam. Sudah tentu tidak ada manusia di Malaysia yang inginkan ketidak stabilan terjadi. Oleh itu apabila kehilangan YB Zulkifli Nordin terjadi ia menimbulkan pertanyaan. Polis menafikan mereka terlibat. Dan ia kini menjadi misteri. Andai kata terjadi apa-apa, maka janganlah di salahkan kepada mereka yang akan membela YB Zulkifli Nordin. Sesungguhnya kuasa Allah itu tidak langsung sedikit pun terbanding dengan makhluknya.

Sunday, August 10, 2008

Kita Akan 'Selamat'

Memang Malaysia sebuah negara yang 'selamat', aman dan sejahtera. Bersyukurlah kita berada di sebuah negara yang 'selamat'. Tidak seperti di Palestin, di Iraq atau mana-mana negara Islam yang sedang dijajah dan diratah oleh al-Dajjal dan sekutu-sekutunya di seluruh dunia. Setiap saat dan ketika saudara-saudara kita di sana berdepan dengan pembunuhan, kekejaman dan sebagainya. Namun, 'selamat' di Malaysia juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

Baru sahaja kita dikejutkan dengan kehilangan barang bukti di sebuah balai polis di selatan tanah air. Nilai barang bukti tersebut sahaja bernilai hampir rm48 juta. Rm 48 juta bukanlah jumlah yang sedikit. Saya percaya hanya sedikit sahaja manusia yang di alam maya ini yang pernah melihat angka Rm 1 juta di dalam akaun bank mereka atau rm 100,000 di dalamnya. Namun, jumlah rm48 juta langsung tidak mengecutkan dan terasa banyak oleh anggota-anggota berkenaan. Ini kerana ia boleh hilang di depan mata mereka walaupun secara logiknya ia agak mustahil dilakukan tanpa dilihat sesiapa. Ini kerana secara fizikalnya bukti tersebut bukanlah sebuah laptop atau pda, tetapi mungkin sahaja berkilo-kilo dadah jenis Syabu.

Namun yang paling mengejutkan pada pagi ini apabila terbaca berita yang dipaparkan di Utusan Meloya di sini:-

Lans Koperal saksi kes dadah ditemui mati

JOHOR BAHRU 10 Ogos – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang disiasat berhubung kes kehilangan dadah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.

Mayat Morne Aliamat, 40, ditemui oleh orang awam pada pukul 11.40 pagi ini di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Setia Indah dekat sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa merupakan antara 52 individu yang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan dadah di IPK Johor.

“Bagaimanapun, mangsa tidak melaporkan diri untuk bertugas sejak Khamis lalu menyebabkan isterinya membuat laporan di Balai Polis Tampoi semalam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar memberitahu, sepasukan anggota polis yang dikejar ke tempat kejadian menjumpai sebuah motosikal, sepucuk pistol milik kerajaan dan peluru.

“Mangsa ditemui dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepala. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai empat orang anak mula menyertai pasukan polis pada 7 Januari 1990 dan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Johor pada 16 Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Mokhtar memberitahu, dua anggota polis yang direman berhubung kes kehilangan dadah itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Bagaimanapun, kedua-duanya yang berusia 21 tahun ditahan semula selepas itu mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, sehingga kini tiga anggota polis ditahan di bawah akta berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut berikutan kehilangan sejumlah dadah dari bilik simpanan polis baru-baru ini. Dadah itu sepatutnya menjadi bahan bukti di mahkamah.

Mohd Mokhtar pada sidang akhbarnya Rabu lalu mengesahkan berlakunya kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta, Mac lalu.


Persoalan yang berlegar di sini :-

i) Kesan tembakan di kepala - sudah pasti ia dilakukan dengan niat membunuh.
ii) Mangsa antara saksi kehilangan dadah tersebut.

Apakah sebenarnya yang terjadi. Ia seolah-olah wujudnya sebuah kumpulan kongsi gelap di dalam pasukan pihak polis itu sendiri. Masing-masing mempunyai kepentingan dan akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan diri masing-masing. Seperti sahaja sebuah filem Hong Kong yang mana anggota polis boleh sahaja berkompromi dengan kumpulan kongsi gelap. Ketua kongsi gelap akan membuat konspirasi dengan ketuah Polis dan akan mengorbankan anggota-anggota polis yang tidak berdosa. Namun, mungkinkan sahaja ia merebak ke seluruh bahagian negara ini atau di Johor sahaja?

Tidak mustahil juga jika kes ini akan selesai begitu sahaja seperti mana kes pembunuhan 3 anggota polis di Sungai Buloh suatu masa dahulu. Dengan mengelarkan mereka yang terbunuh ini sebagai 'perwira negara', pembunuh mereka masih lagi bebas dan belum ada sebarang pertuduhan di bawa ke makhamah. Tidak adakah anggota-anggota polis yang menyiasat kes ini? Begitu cekap dan bijakkah penjenayah-penjenayah ini sehingga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan dan jejak?

Jika anda dapat membayangkan anggota polis itu sendiri tidak lagi selamat walaupun mereka sendiri anggota yang mempertahankan keselamatan, adakah kita masih lagi berasa masih selamat kerana cogan kata 'aman, makmur dan sejahtera'.?Atau kita juga bila-bila masa sahaja boleh menjadi 'lauk' di dalam sebuah negara yang selamat. Sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu menjaga keselamatan kita kecuali berserah diri kepada Yang Maha Esa. Oleh itu, marilah beramai-ramai kita kembali kepada-Nya. Insya Allah, sudah pasti kita akan selamat dunia dan akhirat.

Thursday, August 7, 2008

Main Suka Sama Suka?

Ho ho ho!! Hodohnya wajah Malaysiaku hari ini. Betapa kerakusan untuk berkuasa mengatasi segala-galanya. Tak kira lah halal ataupun haram. Semua jalan yang menghalalkan kekuasaan ini akan dipertahankan. Seolah-olah hidup ini hanya untuk dunia semata-mata. Akhirat itu hanya ilusi semata-mata. Tak perlu dan tak payah di ambil kira.

Mula-mula 'si-dia' cakap saya diliwat oleh 'pak Syeikh'. Pak Syed si Menteri Dalam Negeri cakap 'si-dia' tidak dituduh sama kerana beliau telah diliwat.
Kata Pak Syed si menteri " patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?". Nampak macam pandai. Tapi bila pergi ke makhamah kenapa tukar pendakwaan?

Tapi apabila dakwaan dipinda dengan tuduhan hubungan seks luar tabii secara suka sama suka - dah macam terbalik la pulak. Mula-mula laporan cakap diliwat, takkan kali ini laporan mengatakan sama-sama meliwat? Cerita kartun pun tak lawak macam ini. Kalau-kalau suka takkanlah seorang sahaja yang didakwa.

Nampaknya macam ini pemikiran seorang Menteri Dalam Negeri kita. Patutlah Pulau Batu Putih pun terlepas. Satu lagi jangan kita terlepas pandang. Peranan Makhamah Syariah di negara kita yang langsung tak syariah. Anwar sudah membawa kes ini ke makhamah Syariah. Malangnya selama 51 tahun kita merdeka, tiada peruntukan untuk kes liwat? Rupa-rupanya selama ini kita dihadiahkan dengan makhamah syariah yang 'non-syariah' compliance. Aduh, pening kepala pakcik!!

Wednesday, August 6, 2008

Mengapa Tahap I.Q Polis Kita Tahap NULL??

Buat lagi.. Dan lagi.. Dan lagi.. Jangan serik.. Tak payah serik.. Tak akan serik... Biar orang menyampah, orang menyumpah orang menyeranah. Sampai satu tahap di Malaysia ini, pihak polis kita yang dikatakan antara yang tercekap di dunia sekali lagi menyerlahkan kecekapan mereka.

Namun, sekali ini kecekapan mereka ditambah dengan kebebalan tahap maksimum sekali. Itulah Malaysiaku. Itulah negaraku. Polis bukan lagi untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia, tetapi jelas berkhidmat untuk pemerintah yang korup sahaja. Biarkan sahaja kerana mereka makan gaji.

Biarkan sahaja kerana mereka juga seperti kita kerana terpaksa menurut perintah. Apa nak jadi? Seringkali yang berlaku ini hanyalah dalam filem tamil atau hindustan sahaja. Namun, ianya benar-benar terjadi di negara ini. Kalau beginilah tahap pemikiran polis di Malaysia, apalah yang diharapkan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah yang lebih kritikal.

Tidak terkejutlah jika kadar jenayah semakin membukit bukannya menurun, kerana mereka ternyata lebih berminat untuk membuat sekatan jalan raya daripada mencegah jenayah.
Apa kes berprofail tinggi yang telah selesai? Semuanya tergantung tak bertali. Kes Altantuya sama macam cerita wayang gambar. Kes Sharlinie tak penting kerana dia bukan anak menteri. Kes pembunuhan anggota polis sewaktu serbuan dadah sampai sekarang tiada pembelaan. Apa yang penting? Kes liwat, perhimpunan di Parlimen dan benda yang dalam demokrasi semuanya dah termaktub halal tapi diharamkan.

Ke mana perginya kebijaksanaan pihak atasan polis. Juga pihak bawahan ? Semuanya dah letakkan otak mereka di kepala lutut atau di mana? Bayangkanlah dengan kesempitan yang semakin menekan, minyak yang semakin tinggi, harga barang yang semakin meroket naik di tambah lagi dengan sekatan jalan raya - bukan di jalan raya tetapi juga di lebuh raya. Sekatan pula di adakan sewaktu warga negara sibuk untuk ke pejabat masing-masing. Apa tugas anggota polis ?? Lepak-lepak di tepi jalan sambil bersarapan dan tayangkan muka untuk disumpah seranah oleh orang ramai.

Sudah tentu gaji mereka dibayar kami. Bukannya pemimpin-pemimpin mereka yang bobrok. Malah dalam realitinya mereka mungkin tak payah bayar cukai langsung. Walaupun gaji mereka berjuta setahun. Atas kertas mungkin ya ada terlulis sudah dibayar, tetapi realitinya hanya perlukan tandatangan boss mereka dan tak payah bayar langsung cukai berkenaan. Lalu siapa yang menampung kutipan cukai itu? Kamilah yang kerja bulan makan bulan ini. Luahan perasaan ini ditujukan kepada anggota-anggota polis yang meletakkan otak mereka di atas kepala lutut.

Insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan. Jika hidup hanya untuk menjadi hamba manusia sia-sia lah tujuan asal untuk ke dunia ini. Sesungguhnya setiap manusia ada peranan dan tugasnya. Kepada ahli-ahli politik yang bobrok di atas sana sedarlah suatu hari nanti kita semua akan bertilamkan tanah. Tak lama pun makan nasi. Tak nak sedar-sedar ke?
Mintak maaflah kalau entry kali ini sedikit pelik. Luahan perasaan. Aku pun manusia.

Tuesday, August 5, 2008

I Join Syeikh Kickdefella too...

Memang confirm Pak Syeikh Kickdefella tak pernah kenal blog ini. Tak kenal tuan blog ini. Tapi tak apa. Pasal saya peminat setia blog Pak Syeikh walaupun bukan semua entry saya suka. Tapi tak semestinya apa yang kita tak suka itu kita mesti musuhi. Oleh itu tahun ini blog ini akan menyambut hari kemerdekaan secara unik. Nak tahu apakah sebabnya??












Ya! Sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, kita bukan sahaja akan mengibarkan bendera separuh tiang tapi juga bendera secara terbalik. Pilih satu antara dua pun tak ada masalah. (Dekat rumah tak beli lagi bendera, nanti letak terbalik sekali). Sebab dan musababnya?? Simple tapi complex. Tak payah terang dan cerita panjang-panjang, saya copy paste petikan kata-kata Pak Syeikh Kickdefella :

As we were discussing the future of this country, we should realised that Men and Women of this beloved Malaysia begins to suffer more than they have too, some started to lose their jobs while others find it more and more difficult not to lose their sanity.

Some still cry over the lost of Sharlinie and the death of Nurin. These two unfortunate Malaysian are the future of our country and they have brought us together is so many ways; yet, despite the sorrow, what have we achieved?

Yup! Bukan kerana Pilihanraya kecil sahaja yang sekali lagi akan menyaksikan kekotoran dan taktik-taktik keji yang akan dipergunakan sepenuhnya untuk menghasilkan keajaiban, tetapi juga kerana keadaan yang berlaku di negara Malaysia tercinta ini.

Kita kata kita aman - tapi mengapa kadar jenayah semakin naik.
Kita kata kita makin maju - tetapi mengapa makin ramai yang makin mundur ke belakang?
Kita kata ekonomi kita bagus - tetapi mengapa semakin hari ekonomi keluarga makin mengecut.
Kita kata pendidikan makin bagus - tetapi mengapa ranking universiti kita makin menjunam?
Kita kata kita semakin hebat - tetapi kehebatan anak-anak kita kepada merempit, masalah sosial dadah dan pelbagai lagi.
Kita kata kita masih dapat sokongan - Walau dah hilang 5 negeri dan K.L hangus, masih lagi bermimpi.
Kita kata kita makin ke hadapan - Pulau Batu Putih dah tergadai, WPI bakal menyusul dan Johor coming soon.
Kita kata kita ada kuasa - tapi PM kita asyik tidur dan buat keputusan flip-flop setiap masa.

Mimpi kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan berdaulat jauh daripada menjadi kenyataan. Dan sudah pasti kemerdekaan yang ke-51 akan dipenuhi dengan mitos-mitos ciptaan. Adakah sekali lagi sang Saka Bangsa akan memenuhi dataran merdeka. Betapa kerakusan politik pada hari ini mencapai tahap memualkan. Adakah politik itu kotor? Tidak! Tetapi merekalah yang mengotorkan politik dan mengakui politik itu kotor dan memaksa kita menerima kata-kata mereka bahawa politik itu kotor.

Adakah politik Rasulullah Sallahualaih Wasalam kotor? Adakah politik Abu Bakar kotor? Adakah politik Umar kotor? Adakah politik Usman kotor? Adakah politik Ali kotor? Lalu jika bukan dengan politik dengan apakah mereka memerintah dan mentadbir negeri?

Monday, August 4, 2008

Nak Tunggu Bila Nak Perkasakan Bahasa Melayu??

Asyik cerita pasal politik sahaja hari-hari, kita tukar topik sikit. Mari kita cerita pasal topik bahasa dan sejarah pula. Biasa keduanya tidak berkaitan, tapi kita kaitkan keduanya pada hari ini. Sebelum tu mari kita berkongsi 'penemuan' terbaru pasal sejarah Melayu. Dapat dari seorang rakan melalui Ustaz Hafiz semasa kuliah Maghrib baru-baru ini di Kajang. Beliau merupakan seorang pensyarah UPM dan telah berjaya menghasilkan beberapa buku mengenai sejarah Melayu di nusantara.

Pertamanya, mengapa sejarah itu penting? Pada masa ini, tidak ramai orang kita yang berminat tentang sejarah diri mereka, keluarga mereka malah bangsa mereka. Tidak ada apa-apa yang perlu di ambil berat mengenai sejarah sedangkan ia adalah perkara-perkara yang telah lama berlaku. Namun, tahukah kita. Seandainya kita tahu mengenai sejarah diri kita, keluarga kita dan bangsa kita - secara langsung kita akan mengetahui jati diri kita. Tahu siapakah diri kita, kekuatan bangsa kita dan dari mana asal kita.

Seringkali, orang melayu masa kini diperkotak-katikkan oleh bangsa mereka sendiri. Di perlekehkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mengaku membela bangsa Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Kita sering digelar dengan melayu mudah lupa, melayu bodoh, melayu ketinggalan dan pelbagai lagi. Tapi, sedarkah kita? Orang yang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu. Melayu juga pernah mendirikan universiti di India dan orang Melayu juga pernah menghantar pejuang-pejuang Islam ke India untuk berperang dengan askar Jerman.

Andainya kita mengetahui bahawa satu masa dahulu kita adalah bangsa yang perkasa, bangsa yang bermaruah dan menguasai seluruh nusantara sebagai sebuah kerajaan Islam adakah kita akan merasa rendah diri seperti sekarang? Usahlah mengharapkan buku-buku teks sejarah sekolah yang mana hanya memperlekeh-lekehkan bangsa kita sendiri hasil daripada perancangan penjajah. Mengapa mereka begitu menekankan kelemahan bangsa kita? Kerana mereka tahu, andai kata bangsa kita bangkit setelah mengetahui jati diri sendiri maka sudah tentu kita akan bangkit untuk mengugat kekuatan mereka.

Berbalik kepada bahasa, buku sejarah kita sering memomokkan bahawa kedatangan Islam ke nusantara adalah kerana kedatangan pedagang-pedagang dari Tanah Arab ke Tanah Melayu. Secara tidak langsung, ia seolah-olah memperlihatkan kebetulan sahaja agama Islam datang ke Tanah Melayu. Bukannya dengan tujuan dan matlamat yang besar. Secara halusnya, kita menelan sahaja persepsi ini. Tetapi lupakah kita, junjungan besar kita Nabi Muhammad salallahualaih wasalam sendiri telah menekankan betapa peri kepentingan berdakwah itu?

Oleh itu, kedatangan pendakwah Islam ke nusantara ini adalah untuk berdakwah bagi menyahut seruan baginda Nabi. Itu adalah tujuan utamanya. Namun, dalam masa yang sama mereka turut berdagang untuk memudahkan usaha dakwah mereka. Oleh itu disini kita melihat dua aspek yang berbeza iaitu pedagang sambil berdakwah dan berdakwah sambil berdagang. Hanya dengan jarum halus orientalis, kita terpedaya.

Keduanya - apabila pendakwah Islam sampai ke nusantara, mereka terpaksa memilih bahasa yang sesuai untuk dijadikan bahasa dakwah atau dalam erti kata lain bahasa perantaraan untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat. Pada masa itu, di nusantara ini bahasa yang popular dan digunakan secara meluas ketika itu adalah bahasa jawa dan sanskrit. Namun begitu, kedua-dua bahasa ini telah dipenuhi dengan istilah-istilah hindu dan buddha ketika itu. Oleh itu ianya tidak sesuai digunakan sebagai bahasa dakwah.

Oleh yang demikian, pendakwah-pendakwah ketika itu telah beristikharah dan memilih bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai medium bahasa dakwah. Pada masa itu, bahasa melayu merupakan bahasa minoriti dan hanya digunakan di tempat-tempat yang terpencil sahaja. Dalam bahasa senangnya mungkin boleh diistilahkan bahasa hulu. Bangsa Melayu ketika itu juga merupakan golongan minoriti dan tidak ramai. Ia terhad digunakan di daerah-daerah kecil sahaja. Namun, pendakwah-pendakwah dan ulamak-ulamak ini mempunyai pandangan dan visi yang jauh ke hadapan.

Mereka mendapati bahasa Melayu mempunyai potensi yang besar untuk berkembang pada masa hadapan. Selain itu, bahasa Melayu itu sendiri belum dicemari dengan istilah-istilah dari agama hindu dan budha. Disebabkan oleh kesucian bahasa ini mereka telah memilihnya sebagai bahasa dakwah. Dan benarlah pandangan dan visi mereka, bahasa Melayu telah berkembang di seluruh nusantara dan digunakan di pelusuk negeri dan daerah. Kini bahasa Melayu berkembang dan dipenuhi istilah Arab. Jelaslah seperti juga bangsa Arab mereka menjadi mulia kerana Islam - tidak terkecuali umat Islam melayu juga menjadi terkenal dan mulia kerana Islam.

Namun pada hari ini jelas kepada kita terdapatnya usaha-usaha yang berterusan untuk terus mengecilkan dan menghapuskan bahasa Melayu. Sungguh pelik sekali kerana di dunia ini hanya terdapat satu bangsa sahaja yang menolak bahasa mereka sendiri iaitu bangsa melayu. Mereka terus meminggirkannya dan mendaulatkan bahasa asing yang diwar-warkan akan menaikkan martabat bangsa tersebut. Amat dangkal sekali pemikiran tersebut namun ia terus dipertahankan sehingga kini. Lalu apakah lagi yang mahu ditunggu? Adakah sehingga bahasa kita terlondeh dan ditelanjangkan, barulah kita terhegeh-hegeh untuk memartabatkan kembali bahasa kita? Semoga kita merenung kembali apakah kaitan antara bangsa dan bahasa kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails