Monday, March 30, 2009

Apabila Hati Kita Berpenyakit!

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Benarlah apabila disebut itu hati adalah sebagai raja. Ia memproses apa sahaja kemahuan manusia samada yang buruk ataupun baik. Hatilah yang menjadi nakhoda badan kerana ia bisa sahaja membawa manusia ke barat, timur, selatan ataupun utara. Jika hati membawa ke jalan yang lurus, maka luruslah keseluruhan hidup kita, namun jika hati membawa kita ke jalan yang bengkok dan sesat, maka jadilah kita orang yang bengkok dan sesat.

Terlalu banyak kerosakan kepada manusia pada hari ini adalah berpunca daripada hati yang telah rosak. Hati yang rosak ini menyebabkan manusia hilang punca. Lebih terdorong kepada perkara-perkara maksiat dan haram. Apa yang dilarang oleh Pencipta, itulah yang menjadi kesukaan dan dorongan kepada hati untuk melanggarnya. Justeru itu, hati perlu dibersihkan dengan bersungguh-sungguh supaya kita tidak terjerumus ke jerangkap samar yang disediakan musuh manusia yang nyata iaitu syaitan.

Membersihkan hati bukanlah semudah yang disangka. Hati yang sudah dipenuhi dengan segala hasad dengki, khianat, sombong, takabur, riak dan sebagainya perlu ditarbiah dan dididik secara berterusan. Lambat untuk mengubati hati, ia akan menjadi mati. Seterusnya ia akan melahirkan manusia yang hilang pedoman, menurut kata nafsu dan hati. Seterusnya diri menjadi seronok dan terus menerus melakukan maksiat dan kejahatan tanpa langsung sedikit rasa bersalah.

Walaupun fizikal kelihatan gagah, kaya, senang dan mantap tetapi hakikatnya diri sentiasa terasa kosong, tidak tenang, tiada kebahagiaan kerana telah dijangkiti oleh kuman mazmumah. Justeru memilih sahabat yang baik, pemimpin yang baik, guru yang baik dan makanan yang baik adalah terlalu penting. Kerana segala nya berpunca dari hati. Apabila manusia menurut kata nafsu maka akan lahirlah perbuatan seperti di bawah :-


Betapa betuahnya orang kampung Datuk kerana bukan senang untuk mempunyai perkuburan yang khusus untuk ahli-ahli pertubuhan parti yang tertentu.







Andai kata kita terlalu ghairah berkempen sekalipun takkanlah sampai replika zionis pun ditiru. Agak-agaklah kempen tu.












Apabila hati sudah gelap, maka hilanglah pedoman. Segala yang ditegur atau dilarang akan dijuih sahaja kerana pada dirinya sentiasa benar dan betul. Oleh itu sama-samalah kita menjaga diri dan hati. Jagalah diri daripada memakan perkara-perkara yang haram dan syubahah. Kerana ia akan membuat hati menjadi gelap.

Maka kita menjerit orang itu rasuah, orang ini rasuah. Padahal kita pun turut sama menjamah rasuah?



Sama-samalah bersihkan hati. Banyak-banyak baca Al-Quran dan mengaji. Di samping sentiasa duduk di majlis-majlis ilmu. Seperti kata Opick ubat hati itu ada lima perkara :-
i) Baca Al-Quran dan maknanya
ii) Dirikan Solat malam
iii) Puasa Sunat
iv) Berkumpullah dengan Orang Soleh
v) Berzikirlah.

Jadi, betulkanlah hati. Dan mari kita menghisab diri kita.


Tambahan Sekitar Penamaan Calon Di Bukit Gantang

Mari kita sama-sama nyanyi lagu di bawah. Nak?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails