Teringat saya perihal kejadian yang mengemparkan negara suatu masa dahulu. Seorang pemimpin telah dibunuh dengan kejam iaitu dipotong kepada 18 bahagian. Apabila disiasat beliau didapati mati kerana melakukan ritual tertentu untuk membantu beliau menang dalam pertandingan parti. Dan tentunya usaha beliau itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal iaitu nyawanya sendiri.
Yang terlibat sudah tentu ramai orang masih teringat. Mona Fandey yang dipercayai mempunyai kemampuan bagi memenuhi permintaan tersebut. Amat malang sekali perkara yang membawa kepada perkara khurafat dan syirik seperti ini masih berleluasa dalam masyarakat kita. Mungkin tidak hairan jika ia menjadi mainan masyarakat kampung dan golongan bawahan, tetapi apabila mereka yang terpelajar dan golongan pemimpin juga terlibat maka ini sudah amat parah.
Apabila dua kertas putih dan sepotong kayu kecil dijumpai di bawah meja Pak Lah baru-baru ini, ia menimbulkan pelbagai persoalan. Pertamanya, siapakah yang meletakkan benda-benda ini di bawah meja Pak Lah. Kedua - apakah niatnya meletakkan kertas tersebut di bawah meja. Dan yang menjadi permasalahan terbesar - adakah golongan pemimpin tertinggi negara turut terlibat dalam mempercayai bomoh ini?
Kebiasaanya dalam masyarakat Melayu, benda-benda yang biasanya digunakan ini bertujuan tidak baik. Terutamanya dalam perniagaan, masyarakat melayu amat sinonim menggunakan bomoh untuk mencari pelaris, menjatuhkan saingan dan seterusnya berniat jahat kepada orang lain. Namun, apabila golongan politik turut menggunakan teknik ini, ia bermakna tahap politik kita telah semakin mundur ke belakang.
Kami menyeru mana-mana yang pihak - berhentilah dari mempercayai perkara yang tidak berfaedah ini. Di dalam Islam, kita dilarang untuk menyakiti orang lain menggunakan cara mistik atau sihir ini. Ia boleh membawa kepada kepada syirik dan hukumannya terlalu berat sehingga tidak mampu ditanggung di akhirat nanti. Ingatlah kita singgah di dunia hanya sebentar sahaja - akhirat juga yang ditujui.

No comments:
Post a Comment