Maka dijawablah oleh Dato Dr Hasan Ahmad… “Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita…yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya), saya ada ilmu, saya boleh berfikir, SAYA BUKAN MONYET, SAYA BUKAN BERUK!
Maka saya pun nak jawab kami datang bukan atas kapasiti kepartian. Kami datang atas dasar untuk mempertahankan Bahasa Melayu daripada kepupusan. Sedangkan orang luar sibuk nak belajar bahasa Melayu, mereka yang kononnya berjuang untuk bangsa inilah yang bertanggungjawab untuk mengkebumikan terus bahasa Melayu.
Di luar sana juga ramai yang bersorak gembira kerana kami ditembak dengan bom asap dan disembur dengan water cannon. Tidak mengapa! Mereka tidak mengerti! Atau mengerti tetapi buat-buat tidak mengerti. Tetapi ia akan menjadi bukti kepada anak cucu kami bahawa datuk mereka pernah berjuang untuk menyelamatkan bahasa. Juga menyelamatkan anak bangsa dari keciciran dalam pelajaran Sains dan Matematik. Di bandar mungkin tidak terasa, tetapi di ceruk hulu kampung sana dengan kemudahan yang terhad siapa yang cakna?
Hishamuddin nampak tetapi tidak melihat, dengar tetapi ada masalah pendengaran. Sikapnya juga akan memberi peluang cerah untuk Umno dikapankan dan dikebumikan terus pada masa akan datang. Kegagalan memahami kehendak rakyat akar umbi akan memberikan natijah dan bencana yang akan besar. Sama seperti Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar Selangor, gagal untuk memahami rintihan dan sengsara yang ditanggung oleh rakyat Selangor. Kesannya beliau disapu daripada tampuk pemerintahannya.
Kuasa itu amanah. Tetapi persetankan dengan amanah. Siapa peduli dengan amanah. Yang penting PPMSI mesti diteruskan. Jika tidak akan mengamuk kontraktor-kontraktor pembekal buku, laptop dan sebagainya. Nasib anak bangsa? Siapa peduli. Jadi inilah peranan media massa untuk mencantikkan mana yang lopong. Pusing sahaja. Yang bobrok itulah baik. Yang baik itulah bobrok. Bab kata Ibrahim Lincoln(ops.. Abraham Lincoln daa) - Kamu boleh menipu semua orang, tetapi tidak semua orang akan tertipu pada satu masa. Kita tunggu dan lihat!
No comments:
Post a Comment