Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal Yang Mulia

Diucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini. Betapa pentingnya tarikh ini untuk diingati kerana lahirnya seorang manusia yang paling mulia dan paling agung di alam semesta ini. Kelahirannya membawa rahmat kepada seluruh alam. Setiap makhluk menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan tidak kira burung, katak, pokok, bukit dan lain-lain. Oleh itu sebagai manusia yang punya akal dan hati, seharusnya kita lebih bersyukur daripada makhluk yang tidak dikurniakan akal dan hati tersebut.

Maulidur Rasul bukan sekadar perhimpunan perarakan semata-mata. Tetapi untuk dihayati akan perjuangan dan segala perintah dan larangan yang dibawa oleh Rasulullah sallahualaih wasalam. Iman tidak lengkap tanpa syahadah yang disebut nama Rasulullah. Mencintai Rasulullah automatik membawa kepada cintakan Allah! Cintakan Pencipta! Cintakan Illahi. Jadi marilah sama-sama kita memelihara nikmat Islam dan Iman yang begitu besar yang dikurniakan kepada kita. Mari kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik sebagai tanda mencintai Nabi Muhammad Sallahualaih wasalam.

Tidak sempurna iman manusia itu jika tidak mencintai Rasulullah melebihi cinta kepada dirinya sendiri. Oleh itu mari kita memulakan perubahan! Sukar untuk menyuruh orang lain berubah tetapi yang paling baik untuk dilakukan adalah dengan kita berubah terlebih dahulu. Perubahan itu bermula dari diri kita sendiri. Ayuh! Semarakkan perjuangan Rasulullah Sallahualaih wasalam! Salam Maulidur Rasul!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails