Tuesday, March 24, 2009

Nizar Calon Bukit Gantang

Maka jawapan teka-teki terhangat untuk PRK Bukit Gantang terjawab. Menteri Besar Perak akan mengikuti jejak langkah Menteri Besar Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor yang memegang dua kerusi iaitu Dun dan Parlimen secara serentak sekiranya mencapai kemenangan di Bukit Gantang. Ekoran krisis kepimpinan yang melanda di Perak yang belumlagi berakhir, sememangnya beban di bahu Dr. Seri Nizar memang berat. Diikuti tanggungjawab baru yang menanti di Bukit Gantang maka hanya calang-calang orang sahaja yang dapat memikulnya.

Bagaimanapun, memang pada awal kontroversi lompat si katak lompat, pru di bukit gantang ini dapat memberi gambaran sebenar bagaimana sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat oleh rakyat Perak. Ia juga akan menjadi paras tanda sejauh mana rakyat menolak keputusan sultan Perak yang secara tergesa-gesa melantik Menteri Besar yang baru sedangkan Menteri Besar yang sah masih belum meletakkan jawatan.

Yang nyatanya, PRK ini akan menguji stamina kedua-dua belah pihak. Umno yang akan menghadapi PRK Bukit Gantang akan sedikit letih kerana terpaksa berpencak silat terlebih dahulu untuk menghadapi pemilihan Umno. Bukan sedikit tenaga, minda dan duit yang terpaksa dihabiskan bagi menjamin kemenangan masing-masing.

Malaysia ke Arah Negara Diktator
Sedikit demi sedikit Malaysia kembali semula ke arah corak pemerintahan yang diamalkan oleh mantan PM ke -4 sedikit masa dahulu. Sememangnya pemerintahan Pak Lah dicalit dengan pelbagai noda dan daki-daki yang sukar dibersihkan, namun rakyat harus menyiapkan minda dan mental bagi menghadapi masa depan yang lebih sukar lagi.

Krisis ekonomi yang melanda Malaysia hari ini sedikit sebanyak turut memberi kesan secara langsung kepada pelbagai golongan rakyat marhaen. Bukan sedikit yang kehilangan pekerjaan dan merana, namun pakej ransangan ekonomi sebanyak rm6o billion yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini diharap dapat membantu rakyat. Usah ditanya di mana mau digali dan dicari rm60 billion itu. Namun, seperti juga zaman-zaman terdahulu pakej ini mementingkan syarikat-syarikat besar yang berkepentingan dan hanya sedikit yang dinikmati oleh rakyat bawahan.

Namun, tidak semena-mena taktik lama digunakan kembali. Akibat kemabukan kepada kuasa yang membuak-buak maka media alternatif yang dimilik selain daripada kerajaan disekat. Akibatnya penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Namun tiada alasan yang diberikan kerana sememangnya kuasa mengantung mana-mana akhbar adalah milik mutlak mak bapak mereka. Rakyat semestinya dicadangkan menelan bulat-bulat dan menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka melalui TV1, TV2, Tv3, Utusan dan Berita Hairan.

Begitu juga dengan provokasi yang dibuat semasa ceramah Dr. Seri Anwar Ibrahim. Apakah perlu dilakukan provokasi sebegini? Jelas sedikit demi sedikit cengkaman kukubesi mula menular ke dalam pemerintahan negara. FRU dan polis dipergunakan untuk kepentingan satu jenis parti sahaja. Mana-mana parti lain yang tidak sekufu akan dikenakan tindakan seolah-olah merekalah yang mengaji dan memberi elaun anggota-anggota keselamatan ini. Rakyat yang mana duit mereka dikutip untuk membayar gaji dan elaun pula yang dihentam, dipukul, ditembak dan diperlakukan sesuka hati mereka.

Mereka sesuka hatinya menggunakan gas pemedih mata, mencederakan orang awam dan memukul orang yang tidak bersalah. Adakah ini ciri-ciri polis yang tegas, adil dan berhemah? Amat malang sekali mereka ini lupa akan hari pembalasan. Lupa akan tuhan yang satu. Dalam pada mereka sibuk memperkatakan tentang perpecahan umat Melayu - mereka inilah yang sebenarnya menjadi dalang kepada perpecahan dan kerosakan ini. Aku tidak akan halalkan walau satu sen pun duit aku digunakan bagi sebarang salahlaku dan kejahatan ini. Bak kata pepatah Cina " Apabila keranda dibawa barulah bercucuran airmata".

Hakikatnya ini semua berlaku apabila kekuasaan yang menjadi idaman mereka hanya menanti masa untuk berpindah kepada rakyat. Golongan yang terdesak sanggup menggunakan segala taktik tidak kira komunis, mafia atau apa sahaja untuk menakutkan golongan rakyat marhaen atau pemimpin yang tidak sekufu dan sealiran dengan mereka. Namun, biarkanlah si luncai meloncat dengan labu-labunya. Kerana tidak lama lagi parti yang bergelumang dengan bangkai dan nanah rasuah akan ditalkinkan dan dikafankan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails