Wednesday, February 4, 2009

Melayu Dan Pemimpin Jadong

Tak sangka. Sungguh tak sangka. Tahap taraf politik Malaysia dah merudum jatuh lebih dari politik negara-negara Afrika. Dek kerana talian hayat yang semakin pendek, maka usaha terakhir adalah melakukan apa sahaja tidak kira yang halal atau yang haram. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka kita tolak ketepi. Lagipun hidup hanya sekali, bila lagi nak buat benda-benda ni semua kan?

Jadong adalah singkatan daripada jahat, bodoh dan sombong. Istilah ini telah direka oleh Syed Hussein Al-Attas. Dan nyatanya negara ini dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang sebegini. Oleh kerana yang mendokong mereka adalah rakyat-rakyat marhaen itu sendiri maka kesannya akan kembali kepada rakyat juga adanya.

Yang nyatanya 2-3 hari ini, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak dah sampai talian hayatnya. Ramai orang marah dan melenting. Tak terkecuali dengan pemimpin pakatan-pakatan rakyat sekali. Tapi jangan lupa dalam musibah ada hikmah dia. Tak ada orang yang tahu apa hikmah di sebalik musibah yang menimpa. Tapi sekurang-kurangnya kita sudah kenal siapa kawan siapa lawan.

Yang nyata keempat YB yang berpaling tadah tidak akan lagi dihormati oleh rakyat. Ternyata saham mereka akan jatuh merundum lebih teruk daripada saham Bursa Malaysia lagi. Yang nyata sokongan yang diberi kepada mereka tidak lagi diguna pakai oleh golongan rakyat marhaen. Mungkin boleh diterima oleh golongan BN dan Umno, tetapi golongan ini sudah semakin pupus. Bahtera Umno juga semakin hari semakin mereput dan hanya menunggu masa untuk karam. Tambahan lagi jika benar-benar Najib yang akan menjadi kaptennya suatu hari nanti.

Duit dan Umno memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ombak dan lautan. Yang nyatanya tidak kira golongan genius atau golongan yang tak pernah sekolah mengetahui punca pergolakan ini adalah disebabkan oleh duit. Semuanya kerana duit. Ini kerana jelas sekali perjuangan mereka adalah berasaskan duit. Jika bukan kerana duit adakah ketiga-tiga mereka yang berubah arah ini sanggup berubah arah. Maka suatu hari nanti, apabila duit menjadi matlamat maka apa jua cara sekalipun akan menjadi halalan toyyibah.

Lalu apabila motto yang sering-sering diucapkan iaitu perjuangan bangsa, agama dan negara sudah tidak relevan lagi. Saya mencadangkan untuk persidangan umno yang akan datang seeloknya digunakanlah motto yang baru iaitu duit!duit! perut! Kepada MB Perak dan orang-orang Perak usahlah berdukacita. Sudah pastinya ia akan digantikan dengan yang lebih baik. Kuncinya - kenalah sabar dahulu.

3 comments:

Pak Brahim said...

Dengan peristiwa yang berlaku, apa yang dapat disimpulkan adalah bahawa rakyat sudah hilang hormat kepada UMNO/BN dan raja/sultan.

Kedaulatan Raja/sultan akan hanyut bersama-sama dengan UMNO/BN dimata rakyat.

Anonymous said...

Semoga pemerintahan UMNO BN akan lebih aman, makmur dan diberkati oleh ALLAH...

Tahniah kepada Sultan Perak atas kebijaksanaan.. Rakyat akan sentiasa menyokong Sultan..

Saya sebagai anak kelahiran Perak sangat bersyukur.. pls jangan salahkan BN.. salahkan Anuar dan anda tahu kenapa?....

Cik Lee said...

Pak Brahim : Sedih memikirkannya, kerana Sultan lambang kedaulatan Melayu jati tp bukan melayu haprak.

Melayu2020 : matlamat tidak menghalalkan cara. Biarpun tujuannya baik, tapi kerana caranya tidak baik juga rosak semuanya. Macam mana Allah nak berkati semua ini kalau ianya kerana kuasa dan duit semata-mata?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails