Walau sesingkat mana pun perjalanan ini, yang terlupa terlalu ramai. Hanya kerana Rm yang sedikit lupa dosa pahala. Lupa syurga dan neraka. Jangan alpa dan lupa, kelak di padang masyhar nanti kita akan dikumpulkan bersama pemimpin-pemimpin kita. Baik pemimpin kita ke syurgalah kita, jahat pemimpin kita ke nerakalah kita. Oleh itu hati-hati dalam memilih pemimpin yang ingin diikuti.
Walaupun tidak mengenali Haji Roslan Shaharum secara peribadi, namun tidak dapat dinafikan beliau seorang pejuang yang ikhlas, berani dan disenangi tidak kira dari Umno atau Pas sekalipun. Ribuan rakyat menyembahyangkan jenazah dan mengiringi ke kubur. Tidak terkecuali MB Perak dan isteri dan DSAI sendiri. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.Sumber dan lagi gambar-gambar berkaitan di Ajijoi dan Manjung Mari .

No comments:
Post a Comment