Tuesday, February 10, 2009

Pakej Ransangan Ekonomi Najib

Nampaknya ekonomi dunia makin tenat. Namun ia tidak dirasai di Malaysia. Ini kerana seperti yang diberitahu oleh Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini - bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjejas langsung oleh kegawatan ekonomi gobal hari ini. Biarpun disana- dan sini kedengaran majikan-majikan terpaksa memberhentikan pekerja di pelbagai sektor dalam negara, tapi percayalah cakap menteri tu. Kita tidak terjejas langsung.

Tetapi kerajaan akan menawarkan lebih banyak bonus selepas ini kepada rakyat jelata (exco-exco dan adun-adun PR) untuk membantu mengukuhkan ekonomi (kerusi ) Malaysia. Oleh itu, TPM selaku juga Menteri Kewangan akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi di beberapa buah negeri yang terpilih. Negeri yang tidak dipilih itu dianggap negeri yang mempunyai ketahanan yang lebih dan tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk menangani sebarang kegawatan.

Pakej yang ditawarkan adalah sama seperti pakej yang ditawarkan kepada rakyat (exco-exco) Perak. Negeri yang terpilih untuk menerima pakej ransangan ini adalah Perak, Kedah dan Selangor. Ini kerana ia didapati sesuai untuk mengatasi kegawatan(jumlah kerusi) ekonomi yang dihadapai oleh kerajaan sedia ada. Seperti mana Perak, pakej yang akan ditawarkan adalah seperti berikut :-

i) Adun - 5 juta seorang
ii) Adun + exco - 25 juta seorang

Jika pakej ransangan ekonomi ini berjaya, maka kita akan melihat kerajaan negeri yang sedia ini akan ditukar bila-bila masa sahaja. Ini kerana nampaknya exco-exco kerajaan sedia ada tidak mampu menangani krisis ekonomi dan godaan yang sedia ada. Jadi ia akan diserahkan kepada mereka-mereka yang dapat menangani dan menguruskan pentadbiran kerajaan dengan lebih baik.

Oleh itu, diharapkan kerajaan negeri Perak, Kedah dan Selangor akan merebut peluang ini sebaik-baiknya. Adalah bukan mudah sebuah kerajaan pusat menyediakan pakej ransangan ekonomi yang banyak khusus untuk 3 buah negeri sahaja. (Mungkin akan ditambah kepada 2 lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Kelantan pada masa hadapan jika ia berjaya di 3 buah negeri ini). Dengan pakej ransangan ini, diharap ekonomi Malaysia akan kembali teguh dan bersaing dengan negara-negara lain di dunia ini. Sekian sidang berita pot-pet melaporkan

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Ciklee,

Pakej Ranngsangan ekonomi untuk menegakkan tembolok beta tak ada ke?.Bukankankah , beta kerabat diraja yang menjadi payung kepada hantu kopek?

Beta nak jugak, kalau tidak beta tak mahu subahat dengan hantu kopek lagi....

Cik Lee said...

Alamak tuanku : Kena review balik la pakej ni kalau gitu. Patik bagi pakej 2 + 1 mau tak ? Tuanku dapat isteri kedua optional sorang lagi.. 3 isteri tu.. okey tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails