Nampaknya kekecohan yang berlaku di Perak dan Kedah nampaknya berjangkit ke Selangor pula. Kini muncul pula isu gambar bogel seorang Exco negeri Selangor. Seperti biasa, 'jaguh-jaguh' itu akan melompat sakan meminta exco yang berkenaan meletakkan jawatan. Walaupun masih di dalam penyiasatan polis dan dalam masa yang sama gambar itu diambil secara sembunyi dan tanpa pengetahuan tetapi ia dihukum sama seperti seorang pembesar MCA suatu masa dulu yang jelas beraksi di atas ranjang.
Nampaknya begitulah contoh pemikiran jumud pemimpin mereka masa kini. Jika seorang perempuan itu diragut barangnya ataupun dicabul kehormatannya, maka wanita itulah yang wajar dipersalahkan. Ini kerana wanita itu dari awal-awal lagi tidak belajar mana-mana jenis silat bagi mempertahankan dirinya. Walaupun ternyata yang melakukannya itu adalah jenis lelaki jahanam dan buas, namun jangan sekali-kali menyalahkan mereka. Khir Toyo sudah pasti bersetuju dengan saya!
Apa yang bermain di fikiran ini, adakah rentetan peristiwa ini adalah satu kebetulan semata-mata ataupun satu perancangan yang strategik untuk menyerang kedudukan kerajaan Negeri Selangor pula. Ini perlu diperhatikan dan diawasi dengan serius untuk mengelakkan situasi yang terjadi di Perak berulang di Selangor.

Seharusnya PR di negeri Selangor ini berada di dalam keadaan yang darurat. Ini kerana BN dan Umno di bawah kepimpinan yang baru sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak mustahil dalam masa dua tiga tahun ini kerajaan PR akan mengalami luka parah dan serangan padu yang bertubi-tubi dari setiap penjuru.
Taktik keji yang digunakan oleh politikus di Malaysia ini sudah sampai ke tahap yang meloyakan. Tidak kira peribadi ataupun keluarga semuanya digunakan untuk mencapai matlamat dan sasaran. Hakikatnya objektif yang ingin dicapai adalah lebih besar dari yang dijangkakan. Mungkinkah untuk terus melenyapkan sokongan kepada PR seterusnya menghapuskan kewujudan PR di bumi Malaysia Boleh ini.
Kejadian yang berlaku di Perak hanyalah secebis dari kisah akan datang yang penuh dengan onak dan duri. Ia seharusnya menjadi amaran tsunami terbesar kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Orang apabila gila kuasa akan hilang kewarasan dan boleh sampai ke tahap gila meroyan. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menghadapi situasi yang sebegini.
Penulis meramalkan situasi yang akan dihadapi oleh kerajaan PR yang akan datang semakin mencabar dan penuh dengan ranjau. Segala taktik dan strategi samada baik atau tidak baik akan digunakan. Jadi kepada pemimpin-pemimpin PR fikirkanlah sesuatu dari sekarang daripada mengelakkan satu demi satu kerajaan yang ada sekarang runtuh. Sudah pasti semuanya halal kerana bagi mereka dosa dan pahala itu milik masing-masing. Orang lain tengok sahaja jangan cuba-cuba nak menegur atau menyapa.
2 comments:
salam sejahtera.
sememangnya apa yang dinyatakan oleh penulis itu benar. Kerajaan PR selangor sekarang dalam keadaan yang kritikal. Banyak cabaran yang pasti akan ditempuh menjelang PR13. Isu yang terbaru ini adalah mainan pakatan pembangkang di Selangor. Dalam kes Eli, jika dilihat, difikir akan dimana salah dan silap. Kita kembali ke pokok cerita asalnya. Kes itu adalah merupakan serangan peribadi oleh sesetengah pihak yang cuba mengambil peluang yang ada.Kisah ini juga adalah merupakan cermin kepada kerajaan yang lalu. Samada sedar atau pun tidak, marilah kita cuba bermuhasabah diri. Semakin dijolok, semakin nampaklah kecacatan pimpinan khir toyo disuatu ketika dahulu. Kita sebagai rakyat biasa cuma mampu untuk melihat dan memikirkan akan dimana kebenarannya. Jangan terlalu cepat melatah. Akibatnya, kita juga akan rugi.
Banyak yang perlu diperbaiki. Tak apa sementara masa masih ada. Kalau semuanya berjalan lancar PRU 13 menjanjikan masa depan yang cerah dan gemilang
Post a Comment