Di satu sudut, di sebuah tempat di bumi Malaysia - dua orang rakan sedang minum teh dan bersembang-sembang. Macam-macam cerita terkeluar dari mulut mereka. Ikutilah perbualan mereka yang tak adalah best sangat pun.
Rahman memberitahu Ali," Sharlinie hampir dijumpai. Petunjuknya sudah menjurus kepada tempat di mana Sharlinie disembunyikan oleh abang Kucing."
Lantas Ali menukas," Mana mung tau ? Tak dengar apa-apa berita pasal Sharlinie pun semusim-dua ni?".
Rahman menyambung balik," Cuba tengok kiri dan kanan. Apa yang disibukkan sangat 2-3 hari ini?"
Ali menjawab, " Banyak. Pasal liwat, pasal fitnah, pasal undi tak percaya."
Rahman mengangguk," Sebab itulah aku kata Sharlinie hampir dijumpai. Tengok kiri dan kanan polis-polis kita sibuk buat road-block, sibuk cari C4, sibuk soal orang itu, orang ini. Kalau kita tengok, betapa cekapnya polis. Hari Ahad pun makhamah dapat keluarkan perintah supaya Anwar jangan dekat dengan makhamah. Kalau dah sebegitu cekap, takkan susah sangat nak jumpa Sharlinie. Betul tidak?"
Ali mengangguk," Ha'ah. Betullah. Aku pun perasan. Polis kita memang cekap jalankan tugas. Seminggu dua ini banyak kes, sekejap sahaja dia orang cari bukti. Kes Bala, Saiful dan macam-macam kes lagi."
Rahman menyambung lagi," Habis itu, percaya tidak Sharlinie memang bila-bila masa sahaja boleh ditemui?"
Ali menjawab," Separuh aku percaya, separuh tidak".
Rahman kehairanan, " Kenapa pula separuh sahaja yang percaya? Separuh lagi tidak?"
Ali menyambung, " Emak ayah Sharlinie itu tiada kepentingan politik. Bukan orang besar-besar, orang kecil-kecil saja. Jadi, jumpa atau tidak Sharlinie itu tak sepenting masalah orang besar-besar. Masalah liwat dan Bala."
Rahman menepuk dahi, " Aiseh, macam mana terlupa hal ini. Tinggi sangat harapan aku. Lupa aku dekat negara Malaysia boleh! Alahai".
Ali tersenyum melihat Rahman, sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu. Katanya," Tau takpe".
(p/s: sorrylah, ada ayat-ayat dia yang agak berbunga-bunga. Tak dapat dielakkan pasal baru sahaja balik dari kelas bahasa. Ada apa-apa komen, silalah)

No comments:
Post a Comment