Begitu juga dengan Omar Osman yang bergelar Presiden Cuepacs ini. Mungkin niat beliau untuk membela kaum bukan Islam, tapi ternampak kedangkalannya. Takkanlah perkara itu dipratikkan sekali kepada bukan Islam, cukuplah kepada yang beragama Islam sahaja.
Banyak hikmah sebenarnya di sebalik syarat ini. Umumnya, umat Islam tidak menganggap solat itu sebagai satu perkara yang penting. Lihat sahaja di sekeliling anda. Sewaktu azan Maghrib berkumandang, siapakah yang paling ramai memenuhi gerai-gerai dan kedai-kedai di keliling anda. Begitu juga dengan peniaga-peniaga. Adakah ada di antara mereka yang bergegas meninggalkan kedai mereka sekejap untuk bersolat. Mungkin ada, tetapi jarang-jarang.
Tempoh hari kita membaca kisah seorang peragut dipukul sehingga mati. Memang nasibnya malang. Tetapi orang awam pada hari ini menganggap dosa meragut itu lebih besar hukumnya dari hukum meninggalkan solat. Si ibu tidak lagi membebel bila anak mereka tidak bersolat. Si ayah tidak juga bertanya kepada anak-anak jika mereka sudah bersolat. Kadang-kadang dan mungkin selalu ibu bapa turut tumpang sekali 'ponteng' solat.
Bagi ibu bapa hari ini, yang dipentingkan adalah akademi anak-anak. Tuisyen anak-anak, keputusan peperiksaan anak-anak. Soal solat atau tidak mungkin jatuh nombor 5 atau 6. Atau kadang-kadang tak terlintas langsung di kepala ibu bapa. Di sinilah kesedaran amat penting terutama dari ibu dan bapa sendiri. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah ia.
Dari sedar kepada lebih sedar. Dari kurang prihatin kepada lebih prihatin. Rasulullah sebelum meninggalkan kita menekankan perkataan 'solat! solat! solat!.. Betapa Rasulullah menekannya sebelum pemergian Baginda yang mulia meninggalkan dunia yang fana ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama memahami mesej yang ingin di sampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Pekara terpenting di dalam hidup seorang muslim itu, sudah pastinya adalah solat.
Apa dah jadi negaraku ??
Remaja dakwa dirogol bapa, abang
KUALA TERENGGANU 9 Julai - Seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram apabila dirogol bapa dan abang kandungnya sejak dua tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa mendakwa pertama kali dirogol abang kandungnya ketika tidur di biliknya di rumah mereka di Felda Neram 11, Kemaman pada awal 2006.
''Mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang hanya bertindak memarahi abangnya yang berusia 21 tahun tetapi gadis tersebut terus dirogol beberapa kali selepas kejadian pertama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau menambah, gadis itu juga mendakwa bapanya yang bekerja sebagai peneroka turut merogolnya beberapa kali sejak pertengahan 2006.
Mohd. Fauzi berkata, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Chukai, Kemaman kira-kira pukul 5.27 petang semalam selepas sekali lagi dirogol oleh abangnya.
''Abangnya merogolnya kira-kira pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan mangsa membuat laporan polis," katanya.
Ekoran laporan itu, katanya, bapa mangsa berusia 47 tahun dan abangnya yang bekerja sebagai buruh ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 7.30 petang semalam.
''Mangsa turut dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan namun polis masih belum mendapat keputusan pemeriksaan tersebut," ujarnya.
Mengapakah ia seolah-olah terjadi kepada masyarakat kita yang rata-ratanya Melayu dan beragama Islam. Bagaimana seorang bapa dan seorang abang dalam masa yang sama, berkenduri anak dan adik perempuan mereka. Sukar diterima akal, tetapi ia telah terjadi. Nampaknya maruah kita sebagai manusia telah jatuh ke satu martabat yang lebih hina dari binatang.
Mungkin kita belum tahu lagi bangsanya. Namun, rata-rata yang berada di tanah rancangan sudah pastinya bangsa Melayu dan Islam. Di manakah penawar segala kejadian ini? Bagaimana untuk mempratikkannya. Ubatnya sudah tentu kembali kepada agama. Tetapi bagaimana perlaksanaanya kepada masyarakat peneroka khasnya dan masyarakat umum amnya masih lagi menjadi persoalan yang tidak terjawab. Ternyata moral di kalangan masyarakat kita telah merudum sebawah-bawahnya. Namun, adakah mereka yang memerintah negara kita pada hari ini prihatin atau terfikir akan permasalahan ini. Mungkin mereka sibuk bercitra warna, berakademi fantasia, berganstarz sehingga terlupa masalah-masalah besar(atau remeh bagi mereka) seperti ini?
No comments:
Post a Comment