Rasanya malam tadi, setiap rumah pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan debat yang ulung-ulung kalinya di adakan secara langsung di TV9. Sudah pasti setiap orang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan perdebatan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Shabery Chik. Anwar Ibrahim yang sudah lama tidak diberi peluang untuk berbicara di Televisyen sememangnya ditunggu-ditunggu oleh ramai golongan rakyat marhaen di seluruh ceruk kampung, desa dan bandar.
Debat yang diadakan secara langsung itu diberi tajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Sudah pasti hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak diteliti untuk memastikan kebaikan kepada rakyat.
Anwar Ibrahim seperti biasa menyerlahkan karismanya dan memberi hujah-hujah yang ringkas dan padat kepada Shabery. Malangnya, di pihak Shabery beliau lebih banyak menyerang peribadi Anwar daripada menumpukan kepada tajuk yang telah disediakan.
1. Anwar memberikan formula bagaimana untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen. Namun, Shabery memperlekehkan dan hanya sibuk mengatakan itu susah bagi kerajaan dan ini senang bagi pembangkang pasal tak memerintah. Tiada langsung tolak-ansur dan usaha untuk membantu rakyat langsung tidak terlintas di fikiran Shabery.
2. Anwar menyuruh Shabery turun sendiri ke kedai, pasar untuk meneliti harga barang. Shabery mengatakan kadar inflasi di Malaysia masih lagi rendah. Sekali lagi jelas, Shabery dan kerajaan Barisan Nasional tidak memahami masalah rakyat dan kadar inflasi yang semakin menjerut tengkuk rakyat.
3. Anwar meminta Shabery mengkaji perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikah IPP. Tetapi Shabery sibuk pusing mengatakan perjanjian itu dibuat semasa zaman Anwar menjadi menteri kewangan. Maka terpaksalah, Anwar passing bottom dekat che det pula. Ikut cakap Anwar lepas tu kamu buat apa??
4. Shabery juga tidak menjawab hujah Zulkifli Sulong yang bertanya kepada perginya duit subsidi minyak yang sebelum ini. Apa yang Shabery pusing, semua orang tengok sampai berbuih-buih mulut dia.
Pendek kata, satu Malaysia nampak bagaimana Shabery dibelasah oleh Anwar Ibrahim. Malang, seorang yang bertaraf menteri pun tak faham akan tajuk yang dibincangkan. Alahai. Itu pun Anwar dah terang banyak kali tak faham-faham jugak. Orang cerita pasal ketirisan dan cara urus ekonomi negara, dia sibuk cerita pasal Petronas. Memusing-musing tang tu.
Tapi, jika ramai yang tengok siri Nightline, lagi bertambah sakit hati. Terang-terang Shabery dibelasah, tiada hujah konkrit, tak membela rakyat - namun dipusing-pusing, diedit-edit oleh Tv3, ambik mana yang okey untuk memperlihatkan Anwar pula yang berjaya di pulas lehernya oleh Shabery.
Maka di ulaslah oleh beberapa malaun yang mengatakan Shabery berjaya memberi penerangan tentang sejarah.. opss.. tentang kenaikan harga minyak. Ditepuk-tepuk bahu Shabery dan dipuja-puji oleh setiap media kerajaan. Hakikatnya, satu Malaysia sendiri menilai. Saya sendiri tidak faham bagaimana mentaliti mereka ini. Hakikat media kita sampai ke satu tahap yang begitu bobrok dan memualkan jelas sekali pada edisi Nightline malam itu.
Baca surat khabar hari ini tak payah cerita. Semua memuji Shabery. Tang mana pujian yang patut di beri kepada Shabery saya pun tak tau. Dan jangan lupa, memang tak terlintas langsung di kepala Shabery untuk menurunkan walau satu sen pun harga minyak kini. Ya, lah tak ada lagi orang yang tak dapat makan dekat negara kita ini. Tahniah kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional.
Apa-apahal pun tahniah kepada DSAI. Hujah yang diberi memikirkan kepentingan rakyat dan golongan bawahan. Sekurang-kurangnya ada juga yang mendengar, bukannya buta dan tuli seperti menteri-menteri Malaysia hari ini. Tak ada rasa simpati langsung walau sekelumit terhadap rakyat. Media?? Korang pusing lah berita itu, ikut suka hati kau orang. Satu hari nanti, jangan pulak korang jilat balik apa yang korang dah buat dan pusing dekat kami.

No comments:
Post a Comment