Tak tahulah saya apa strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Kulim sebagai destinasi beliau sebagai tempat untuk beliau bertanding. Keputusan di makhamah bagi petisyen Parlimen Bandar Baru Kulim belum lagi diputuskan. Dan perbicaraan juga masih berjalan.
Memang tak salah untuk DSAI memilih mana-mana tempat untuk bertanding. Rakyat juga menantikan kehadiran beliau di Parlimen Malaysia bagi mengetuai barisan rakyat. Namun pandangan peribadi saya, saya kurang bersetuju DSAI memilih Kulim sebagai destinasi beliau bertanding. Atas faktor-faktor berikut saya merasakan DSAI patut memilih Kelana Jaya atau tempat yang lain kerana :-
i) Prestasi Sdr. Zulkifli Nordin amat memberansangkan. Dengan menggunakan pendekatannya yang tersendiri, beliau dapat menarik perhatian media. Antaranya bermotosikal dan berbasikal ke Parlimen. Secara tidak langsung ia memberi nafas baru kepada suasana politik yang dicitakan rakyat di Malaysia.
ii) Pada saya, rakyat marhaen di Kulim lebih memerlukan Sdr. Zulkifli Nordin lebih daripada DSAI. Ini kerana, mereka lebih mengenali dan lebih rapat dengan Sdr. Zulkifli Nordin. Dengan status sebagai ketua pakatan rakyat nanti, Anwar tidak mungkin dapat bersama rakyat Kulim sebagaimana Sdr. Zulkifli Nordin.
iii) Ada prestasi di kalangan MP amat mengecewakan. Terlalu muda dan cetek pengatahuan politiknya. Saya rasa DSAI lebih patut mengambil kerusi parlimen Kelana Jaya. Rakyat sentiasa menilai prestasi MP Pakatan Rakyat. Janganlah kerana susu setitik, rosak susu sebelanga. Pemilihan beliau bukan atas kapasiti kebolehan beliau, tetapi kerana arus perubahan yang terlalu kencang.
Gambar : RoslanSMSi) Prestasi Sdr. Zulkifli Nordin amat memberansangkan. Dengan menggunakan pendekatannya yang tersendiri, beliau dapat menarik perhatian media. Antaranya bermotosikal dan berbasikal ke Parlimen. Secara tidak langsung ia memberi nafas baru kepada suasana politik yang dicitakan rakyat di Malaysia.
ii) Pada saya, rakyat marhaen di Kulim lebih memerlukan Sdr. Zulkifli Nordin lebih daripada DSAI. Ini kerana, mereka lebih mengenali dan lebih rapat dengan Sdr. Zulkifli Nordin. Dengan status sebagai ketua pakatan rakyat nanti, Anwar tidak mungkin dapat bersama rakyat Kulim sebagaimana Sdr. Zulkifli Nordin.
iii) Ada prestasi di kalangan MP amat mengecewakan. Terlalu muda dan cetek pengatahuan politiknya. Saya rasa DSAI lebih patut mengambil kerusi parlimen Kelana Jaya. Rakyat sentiasa menilai prestasi MP Pakatan Rakyat. Janganlah kerana susu setitik, rosak susu sebelanga. Pemilihan beliau bukan atas kapasiti kebolehan beliau, tetapi kerana arus perubahan yang terlalu kencang.
iv) Sdr. Zulkifli Nordin juga merupakan antara MP yang berpotensi. Adalah kurang cerdik kita mencantas dahan yang sedang merimbun. Sedangkan banyak lagi dahan-dahan yang bantut dan sakit.
Akhir kalam, saya bukanlah penulis upahan ataupun bertujuan memburukkan keadaan. Pandangan di atas ikhlas demi untuk kebaikan rakyat. Di harapkan sesiapa yang terbaca di luar sana mengenai catatan ini boleh menyampaikannya kepada DSAI. Janganlah keikhlasan Sdr. Zulkifli Nordin dipergunakan dan dikorbankan atas sesuatu yang tidak hak. Salam perjuangan.

3 comments:
Cerita lebihkurang sama di blog saya.
http://hasbullahpit.blogspot.com/2008/07/zulkifly-nordin-sebagai-ahli-parlimen.html
Salam Ciklee..
Kja sebenarnya dah tahu tentang ni a few days ago.. melalui our alumni.. Sememangnya even di kalangan alumni members pun semuanya tak bersetuju kalau Sdr Zul beralah utk memberi laluan kpd DSAI.. Tapi kalau dia kalah dgn petisyen tu, itu lain citerlah, kan?
Kja kenal Sdr Zul.. senior dan juga jiran kja di varsity dulu, malah pernah tumpang bermlm di rumah parents kja semasa cuti musim panas dulu.. Apa yg kja boleh katakan, sememangnya org mcm Sdr Zul lah yg diperlukan oleh penduduk2 Kulim Bandar Baru..Dan kja bersetuju sgt kalau DSAI bertanding saja di Kelana Jaya...
sebol : ha'ah lebih kurang sama. Kepala kita boleh sync kot.
Kak Ja: ouch.. camtu boleh la jadi informer ciklee. Dapat berita fresh cengitu.
Post a Comment