Tuesday, July 1, 2008

1 Julai - Selamat Menyambut Kenaikan Eletrik

Sekali lagi rakyat berjaya dilenakan. Terlalu banyak isu yang ditimbulkan 2-3 hari ini. Isu Raja Petra dan Rosmah Mansor, isu keselamatan anwar terancam dan yang berjaya mendentumkan negara adalah isu liwat Dato' Anwar Ibrahim dan si budak Shaiful. Lalu rakyat pun terlupa. Dalam banyak-banyak bising atau 'geger' rupanya satu lagi kenaikan yang masih lagi 'murah' sedang menekan mereka. Sudah pastinya tarif baru untuk kadar elektrik dinaikkan semalam.




Gambar ehsan : Kasim Selamat

Inilah buktinya betapa kerajaan kita amat menyayangi kita. Dah banyak hadiah pilihanraya yang kita dapat. Minyak naik, harga barang naik, gaji sahaja yang tak naik-naik. Sekarang kita masih dapat elektrik naik.

Ini pula yang saya dapat daripada Malaysiakini:



Seperti biasa, kadar ini tak akan membebankan rakyat. Jadilah warga Malaysia yang lurus bendul dan ikut kerajaan walaupun mereka suruh kita terjun longkang.. Aduhai malaysiaku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails