- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
- Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).- Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal dihari kiamat.
- Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
- Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
- Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintuneraka.
- Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintusyurga.
- Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
- Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparanperhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di harikiamat.
- Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajahAllah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allahdi dalam syurga.
- Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuahmahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan NabiAllah Adam a.s.
- Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripadaumurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atassegala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluhtahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqimdi hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadatseumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya sepertipuasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
- Diampunkan dosanya yang lalu.
- Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekahtiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah padabulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiapsehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejabseperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik danseribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allahdaripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allahjadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab memintaampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkantubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin padabulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalamsyurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf(ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulanRejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadaphamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
No comments:
Post a Comment