Sekali lagi tidak!! Tidak!! Dan tidak!!! Sesak nafas hari ini. Mula-mula tak rasa nak ulas, tapi bila melibatkan negeri tanah tumpah darahku nak juga ulas. Walaupun sedikit terlambat dan sudah kurang panas isu ini, itu bukan tujuan yang dituju. Memperhalusi justifikasi yang diberi itulah yang dicari.
Bila kerajaan negeri Terengganu mengistiharkan membeli 14 buah Mercedes E200 Compressor, kepala ini tidak dapat melihat di mana kebaikan yang cuba diberikan kepada rakyat. Dengan keadaan rakyat yang makin menyempit angkara kenaikan harga minyak dan harga barang, ini bukanlah masa untuk bermewah-mewah dan membazir-bazir. Waima, kesan inflasi yang besar sudah mulai terasa sedikit demi sedikit.
Dulu tiada wang royalti, cuma ada wang ehsan. Dalam keadaan itupun, pembaziran yang dibuat langsung tidak ditapis-tapis. Seperti diwar-warkan oleh bekas menteri besar sebelum ini, rakyat Terengganu akan melihat pembangunan yang tidak pernah dilihat dek mata. Memang betul. Tak pernah lagi tengok pembaziran sedemikian rupa. Monsoon Cup dan Masjid Kristal. Langsung tiada faedah apa-apa. Projek yang tak nampak dek mata pula tak taulah banyak mana.
Alih-alih belum masuk 100 hari pentadbiran kerajaan baru yang dipenuhi kontroversi hari itu, menteri besar baru dah tumpang membazir sekaki. Memang terdengar di telinga ini akan perihal dan sifat-sifat Menteri Besar baru ini, tetapi hati cuba untuk bersangka baik dan memberi ruang. Dalam masa yang sama, kita juga bersama-sama mempertahankan beliau kerana beliau telah dipilih oleh Sultan Mirzan dan bukan atas kapasiti kebolehan atau keupayaan beliau.
Kini, sepatutnya beliau memberikan contoh yang terbaik. Jika kita teliti harga barangan makanan di Terengganu, ia merupakan antara yang termahal di Malaysia. Kadang-kadang boleh sama taraf dan melebihi Kuala Lumpur sendiri. Pernah satu ketika tekak terasa ingin menjamah mee bandung special di Bandar Kuala Terengganu. Lalu pergilah kami sekeluarga. Selesai makan agak terkejut juga. Harga semangkuk mee bandung adalah RM3.50 dan harga segelas teh ais adalah RM 1.
Ianya adalah sama dengan kadar di Kuala Lumpur. Di manakah hilangnya harga barangan yang murah di Kuala Terengganu suatu masa dahulu. Jika tidak percaya, cubalah pergi ke Kuala Terengganu dan menjamu selera di sana. Jangan terkejut jika harga makanannya agak meng'kekoh' leher anda sedangkan anda berada di Terengganu dan bukan Kuala Lumpur.
Lalu kita rujuk kembali kepada pendapatan rakyat Terengganu itu sendiri. Rata-ratanya adalah bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan yang rendah. Jika sebegini tinggi harga barangan di Terengganu, agak-agak kitalah bagaimana kehidupan mereka. Jika di Kuala Lumpur harga barangnya mahal tapi dalam masa yang sama, pendapatan orang Kuala Lumpur agak tinggi sedikit dari tempat lain. Tetapi di Terengganu lain ceritanya, pendapatan rendah tapi harga barangnya tinggi.
Jadi, tidakkah mungkin ia perlu diberi keutamaan oleh kerajaan negeri yang baru. Mungkin cuba untuk mengurangkan dan mengawal harga-harga barang yang melampau tinggi di negeri ini. Lalu, di manakah agaknya justifikasi keutamaan ini diberikan untuk menukarkan Proton Perdana kepada Merz Comprosser?(orang kampung nak sebut pun terpeleot lidah).
Menteri Besar Terengganu cuba menjustifikasikannya dengan data-data berikut :-
- Gear box perdana selalu rosak dan perlu di perbaiki.
- Kos membaikinya mahal - contoh diberikan boleh mencecah RM50 ribu. Kos
penyelenggaraan V6 ini mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh
empat tahun.
- Walaupun harga Mercedes itu mahal, tetapi ekonomik dari segi masa panjang
- Pembelian tidak melibatkan wang royalty minyak, kerana belum dapat lagi.
Wow! Tingginya kos penyelenggaraan V6 ini. Bengkel manalah agaknya dia orang hantar kan?? Kos selenggara lagi mahal dok ada dari kos kereta itu sendiri. Okeylah, gaduh pun tak guna. Mari kita buat sedikit perbandingan.
Perdana V6 Executive sekitar RM 130,000. (Mana standard, orang biasa pun mampu beli. Camry pun lagi mahal dari harga kereta perdana). Manakala harga sebuah Mercedes diperolehi dengan harga yang lebih murah dari pasaran hanya RM 245,000 sahaja sebuah. Jadi, kerajaan hanya menggunakan RM3.43 juta duit kerajaan(ke duit rakyat) sahaja. Ini sememangnya murah. Lagipun Menteri Besar menambah,“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive".
Untuk pengetahuan, Proton Perdana V6 Executive ini dah lama dipakai. Dibeli pada 2004. Jadi dah empat tahun digunakan. Sememangnya layak untuk diganti(kata MB la). Kalau proton V6 itu pun kos penyelenggaraan tinggi, agak-agaknya berapalah murahnya kos penyelenggaraan Mercedes ini kan? Agak-agak berapa ramai rakyat Terengganu atau Malaysia ini yang mampu tukar kereta baru setiap 4 tahun sekali. Boleh dikira agaknya.
Agaknya lagi, berapa ramai yang boleh termakan dengan hujah-hujah dangkal ini nanti. Ramai jugalah kerana mereka akan menyokong apa sahaja yang dibuat kerana mereka akan tetap menyokong dari dulu, kini dan selamanya. Berbeza negeri lain yang mana Menteri Besarnya memaksa exco-exco mereka memakai kereta lama, dasar ini lebih pratikal? Tidakkah tindakan menteri besar sebuah negeri lain ini memberi iktibar kepada Menteri Besar Terengganu akan perihal pembaziran ini?
Lalu kini bukan setakat penyu sahaja yang menangis, segala peringkat rakyat marhaen di negeri ini turut menangis. Pemimpin yang diharapkan untuk menolong meringankan beban dan jerih perih rakyat nampaknya belum lagi berusaha ke arah itu. Mungkin tunggu duit royalti. Tapi tak tahulah kalau dah duit depan mata. Bukan sikit-sikit. RM 5 billion tu. Nampaknya terlepas mulut buaya, masuk ke mulut naga kita ini. Alahai rakyat negeriku!
4 comments:
hmm, bila mentaliti pemimpin kita tak setanding dgn jawatan. inilah jadinya. bila kebajikan rakyat tidak diutamakan.
Hari ini semue menanggis meratapi pembaziran,dicari surrah Alquraan bagi menguatkan dalil,namun bila pilihanraya menjelang,beras sekampit duit RM10-rm20(Rial)di hulur tangisan hilang,quraan diatas almari lupa segala galanya,janji undi sidia yang berjasa mamberi makan untuk sehari dua,lepas itu menanggis pula,Baru ingat balik Quraan itu ada kebenaranya.
Sudah berpengaalaman dari dulu kala.
bro azizi : apo nak dikato...
rajazainudin : betullah tu. Harapnya generasi baru tak ulangi perkara yang sama.
MB said ni cam shilake je jwb time jwb soklan pasal nie...mmg kalo org dah kaya..kepala gangster ke?
Post a Comment