Tuesday, July 29, 2008

Surat Cinta Untuk Janna

Nak dakwa DSAI ini. Tapi laporan doktor dah membocori internet. Jadi macam mana si Saiful ini nak letak muka dia. Suruh cabar bersumpah, tapi belum apa-apa lagi dah pecah rahsia. Tapi malas pulak nak cerita pasal benda alah ini. Cuma nak berkongsi satu surat yang dikepil di dalam blog pinkturtle. Enjoy!

Surat Untuk Tunang Seypol

Assalamualaikum Cik Janna Syariza,

Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya
hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang
mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf. Terlupa pula saya
bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat
selalu.

Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat
berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan
waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini
hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal
kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup.

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya
mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung
suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan
mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu
saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy
Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya
mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis
mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat.

Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini
sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak
tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk
sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi)

Cik Janna,

Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil
yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh
sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga
inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki?
Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur
menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya
sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,
saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit
tulang belakang,mestilah saya menangkan?
Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna.

Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya
dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan
pilihan hidup Cik.

Nama : Man
Umur : 27 tahun
Alamat : Kuala Lumpur
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Teh Ais
Hobi : Mengumpul setem dan menulis
Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari

Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama
anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan
saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak
perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.
Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,
saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.
Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar
bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC.

Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah
tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan
berputih mata.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Ikhlas,

Mantot

Thank You.
M.Irwan
irwan@internet-webhosting.com


2 comments:

kak ja said...

Salam Ciklee...
Alahai Ciklee.. Kalaulah kja yg dpt surat chenta mcm ni, siap dgn senarai nama 'bakal2' zuriat sekali, mau cayaq kja.....

Cik Lee said...

Ye ke Kak Ja? Agaknya orang perempuan ni senang cayaq ek.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails