Dunia ini telah gila,
Kegilaan disana sini,
Buat aku nanar,
Atau aku akan sama-sama gila.
Bukan.. Bukan,
Bukan dunia yang telah gila,
Tapi manusia yang telah gila,
Kuasai dunia bagaikan orang gila,
Kuasai politik bagaikan orang gila,
Kuasai kuasa bagaikan orang gila,
Kuasai rakyat bagaikan orang gila,
Kuasai organisasi bagaikan orang gila,
Kuasai pekerja bagaikan orang gila,
Kuasai keluarga bagaikan orang gila,
Kuasai isteri bagaikan orang gila,
Kuasai suami bagaikan orang gila,
Kuasai anak-anak bagaikan orang gila,
Kuasai diri sendiri bagaikan orang gila.
Sana sini gila,
Gilakan darah, gilakan kuasa,
Gilakan harta, gilakan wang,
Gilakan wanita gilakan kepuasan,
Gila yang semakin menggila,
Makin gila hilang perhitungan,
Gila darah hilanglah nyawa,
Gila kuasa hilanglah negara,
Gila wang hilanglah berkat,
Gila wanita hilanglah keturunan,
Gilakan kepuasan hilanglah halal dan haram.
Apakah ubat untuk gila ini?
Tuhan khabarkan padaku,
Oh Tuhan...
Tuhan?
Engkaulah pengubat gila ini,
Ubatilah penyakit manusia yang semakin gila,
Gila kerana semakin lupa kepada-Mu,
Oh Tuhan!
Engkaulah penyembuh segala penyakit.
Kegilaan disana sini,
Buat aku nanar,
Atau aku akan sama-sama gila.
Bukan.. Bukan,
Bukan dunia yang telah gila,
Tapi manusia yang telah gila,
Kuasai dunia bagaikan orang gila,
Kuasai politik bagaikan orang gila,
Kuasai kuasa bagaikan orang gila,
Kuasai rakyat bagaikan orang gila,
Kuasai organisasi bagaikan orang gila,
Kuasai pekerja bagaikan orang gila,
Kuasai keluarga bagaikan orang gila,
Kuasai isteri bagaikan orang gila,
Kuasai suami bagaikan orang gila,
Kuasai anak-anak bagaikan orang gila,
Kuasai diri sendiri bagaikan orang gila.
Sana sini gila,
Gilakan darah, gilakan kuasa,
Gilakan harta, gilakan wang,
Gilakan wanita gilakan kepuasan,
Gila yang semakin menggila,
Makin gila hilang perhitungan,
Gila darah hilanglah nyawa,
Gila kuasa hilanglah negara,
Gila wang hilanglah berkat,
Gila wanita hilanglah keturunan,
Gilakan kepuasan hilanglah halal dan haram.
Apakah ubat untuk gila ini?
Tuhan khabarkan padaku,
Oh Tuhan...
Tuhan?
Engkaulah pengubat gila ini,
Ubatilah penyakit manusia yang semakin gila,
Gila kerana semakin lupa kepada-Mu,
Oh Tuhan!
Engkaulah penyembuh segala penyakit.
1 comment:
waaa..ni puisi ke syair ni lie..terer mung ni..
Post a Comment