Wednesday, July 23, 2008

Penyembelih Umat Islam Di tangkap

Penat cerita pasal politik dalam negara, kita tukar angin sikit. Kali ini kita pusing balik masa kita pada suatu masa dahulu. Mari kita himbau kembali tragedi perang Bosnia-Hezergovina pada suatu masa dahulu. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya 'Massacre In Bosnia'.

Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa. Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri.

Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.

Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.

Karadzic telah menyamar dan menjadi pengamal perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini.

Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails