Wednesday, July 9, 2008

Cerita Sedih Terjadi Lagi

Baru hari itu, sahabat saya saudara Syeikh Teluk Intan menulis apa yang terjadi kepada kenalan beliau yang meninggal kerana kemalangan motorsikal. Tambah tragis lagi, isterinya turut meninggal dunia dan meninggalkan anak-anak mereka yang masih kecil.

Kenalan tersebut sebelum ini berulang-alik ke tempat kerja menaiki kereta. Tetapi akibat kenaikan harga minyak yang 'murah' pada hari itu, beliau terpaksa menaiki motorsikal bersama isterinya dari Rawang ke Kuala Lumpur. Di tambah lagi, kesihatan beliau yang tidak stabil beliau terpaksa juga untuk membawa motorsikal. Dan tragedi yang menimpa, sebuah lori telah merempuh motorsikal beliau.

Itu satu cerita. Dan ini ada satu lagi cerita. Yang menambahkan duka dan bara akibat Protes yang tidak menjadi itu semakin membengkak. Seorang rakan sekerja En. Mohammad Mazlan Marjhan(Azrul) dan isterinya Puan Hafizah Abd Rahman telah mendapat kemalangan jalanraya. Dikategorikan sebagai kemalangan 'hit and run'. Bertambah sadis, isteri beliau yang sedang mengandung 7 bulan dan bayi beliau tidak dapat diselamatkan. Kedua-duanya kini sedang berada di dalam keadaan kritikal di Hospital Sungai Buluh. Tiga anak beliau telah dijaga oleh ibu Puan Hafizah pada masa ini.

Sama juga seperti kes kenalan Tuk Syeikh, rakan ini turut terkesan dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Lalu berapa ramai lagikah yang perlu menderita sebelum kerajaan sedikit prihatin untuk menurunkan kembali harga minyak. Semakin banyak bilangan motorsikal di jalan raya kita, semakin tinggi kadar kemalangan yang mungkin terjadi. Walaupun kemalangan yang terjadi itu sedikit sahaja, tetapi ia boleh memberikan impak yang besar kepada penunggang dan pembonceng motorsikal.

Mari lah kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita ini. Janganlah sampai tragedi pertama berulang kembali. Yang menjadi mangsa bukan setakat seorang tetapi banyak pihak. Jika keluarga Azrul ada terbaca blog ini, banyakkan bersabar dan doa kami bersama mereka. Mungkin kami tidak merasai apa yang dirasa, tetapi secebis simpati kami hulurkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails