Monday, June 30, 2008

2 dalam 1 ( Berhati-Hati Di Jalan Raya)

Malang tidak berbau, kemalangan tidak terjangka. Pagi ini ingin saya berkongsi pengalaman bersama saudara-saudara. Semoga ia menjadi iktibar dan kita sentiasa beringat-ingat semasa berada di dalam jalan raya. Dua kemalangan pada satu pagi.

Peristiwa pertama :
Kemalangan melibatkan dua buah biji motor. Betul-betul di laluan motor berhadapan angkasapuri. Sebuah motor yang mana pemandunya telah patah bahu dan penumpangnya patah kaki, sementara seorang lagi pakcik cedera di bahu. Orang awam telah membantu dan sebuah ambulans daripada Hospital Universiti telah bergegas ke tempat kejadian. Antara gambar yang sempat dirakam menggunakan kamera telefon berevolusi rendah(maaflah pakcik takde telefon revolusi tinggi.)














Gambar 1 - Penumpang motorsikal yang patah kakinya
Gambar 2 - Penunggang motorsikal yang patah bahunya
Gambar 3 - Penunggang motorsikal ke-2 seorang pakcik di bahu jalan.

Kita tidak menyalahkan sesiapa, cuma apa yang mampu berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan kemalangan dari menimpa.


Peristiwa kedua :
Kemalangan melibatkan dua buah biji kereta. Sebelah jer dengan officeku. Rupa-rupanya yang kena itu kawanku juga. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa. Yang pasti hanyalah kemalangan poket sahaja.

Gambar pertama : Sebuah Gen-2 hitam telah menghentam kereta wira rakanku. Si Wira ingin membuat U-turn sementara si Gen-2 sedang bergerak pantas ke depan.


Gambar ke 2: Gen-2 mengalami kecederaan yang agak ringan. Cuma karburetor sahaja sedikit pecah. Bahagian dalaman tidak mengalami luka yang parah.




Gambar 3: Si Wira remuk dihentam si Gen-2. Bahagian pintu belakang dihentam si Gen-2. Tayar dan rimnya pecah. Agak parah juga keadaan si Wira ini. (Dah 2 kali accident, wa cadangkan lu tukar je la pakai Livina Abas ooo).

Gambar 4: close up untuk tayar . Dua-dua belah bahagian belakang sudah ancus ma..






Yang pasti, berhati-hati di jalanraya. Ingat orang tersayang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails