Mahu tak mahu, hendak tak hendak - institusi korporat adalah satu institusi penting dalam memacu ekonomi dan menjana pasaran di dalam dan luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung apa yang berlaku di dalamnya turut memberi kesan secara tidak langsung kepada suasana ekonomi di dalam negara ini. Contohnya apabila satu polisi syarikat di ubah, ia memberi kesan kepada beratus-ratus malah beribu-ribu pekerja yang bekerja di dalamnya.
Di negara kita, syarikat-syarikat korporat boleh dibahagi kepada GLC dan non-GLC. GLC - Government Link Company atau mempunyai sangkut-paut dengan kerajaan seperti TM, TMI, TNB, Petronas, Sime Darby dan lain-lain. Di sinilah jika mereka yang familiar dengan politik korporat, pelbagai tindakan dan keputusan dibuat. Kadang-kadang selaras dengan arah tuju syarikat dan kadang-kadang untuk kepentingan sendiri.
Dalam pada itu, kebanyakan CEO,CFO, VP dan pegawai-pegawai eksekutif ini mempunyai kroni-kroni atau sahabat-sahabat kegemaran mereka. Ada pro dan kontra dengan budaya sedia ada ini. Dari satu segi, ianya adalah baik kerana mereka mudah untuk berinteraksi dan menyampaikan strategi kepada orang yang telah lama bekerja bersama. Oleh itu, mereka sudah sedia tahu akan keupayaan dan kebolehan masing-masing. Namun jika ia disalahguna, ia akan menyebabkan pelbagai keputusan dibuat bukan atas kepentingan syarikat tetapi kepentingan diri semata-mata.
Cerita yang ingin dibawa adalah berkaitan dengan apa yang terjadi di dalam Sime Darby baru-baru ini. Umum mengetahui, bahawa Sime Darby baru sahaja digabungkan dengan Golden Hope dan Kumpulan Guthrie Berhad(KGB) melalui Synergy Drive. Pada mulanya, dijangkakan melalui proses pengabungan ini satu syarikat baru akan dibentuk. Kebanyakan pekerja GH dan Guthrie hanya mengetahui nama baru setelah ia diumumkan kerana sebelum itu ia begitu dijaga.
Malangnya, Synergy Drive mengekalkan nama Sime Darby dan melupuskan nama Golden Hope dan Guthrie. Di situ timbul kecurigaan yang mana ia bukanlah satu proses pengabungan tetapi lebih kepada proses pengambil alihan. Walhasilnya, biasalah. Apabila sebuah syarikat induk mengambil alih, maka pekerja syarikat yang diambil alih akan dilayan sedikit 'berlainan' dari syarikat induk. Namun bukan itu yang ingin difokuskan oleh saya.
Terbaru lima orang penting Sime Darby dipecat dari jawatan masing-masing. Mereka adalah :
1. Dato' Sabri Ahmad, bekas Ketua Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Berhad (sekarang memegang jawatan Sime Darby's Plantations Integration Advisor)
2. Razidan Ghazalli, Golden Hope's bekas Pengarah Kewangan (sekarang Sime Darby's Group Financial Officer) dipecat kerana transaksi rm120 juta selepas pengabungan yang mana kerugian itu dalam 'paper loss' dalam pasaran hadapan oleh Golden Hope. Anda boleh membacanya secara terperinci di sini.
3. Dr Anhar Suki, sebagai Senior Vice President II, Oils & Fats/Bio-fuel-Downstream meletakkan jawatannya.
4. Muhammad Mohan Kittu Abdullah bekas GM Jomalina (VP I Downstream/Biofuel)
5. Azmir Yahya, bekas Golden Hope's General Manager of Commodities Trading (now Sime Darby's vice-President I of Commodities Trading and Marketing) dipecat serta-merta .
Persoalan yang timbul di mana tiadanya siasatan daripada Domestic Inquiry dilakukan. Kelimanya tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri masing-masing. Adakah ini yang disebutkan dengan 'pembersihan etnik' oleh saudara RockyBru.

Di sinilah dimana kelihatan satu agenda pembersihan di dalam organisasi Sime Darby kerana yang terlibat itu bukan daripada orang kuat Sime Darby yang asal. Kita meminta ahli politik pakatan rakyat untuk membangkitkan perkara ini supaya organisasi korporat kita sentiasa dalam keadaan sihat dan tidak dipaliti oleh politik tidak sihat kerana kepentingan diri.
Seperti mana kesalahan-kesalahan besar yang lain, ia seharusnya diteliti dengan cermat. Sumber yang rapat dengan saya menegaskan bahawa yang dipecat itu merupakan aset penting dan ketua yang berdedikasi dan dihormati. Tidak seharusnya mereka diperlakukan dan dibuang kerana kebolehan mereka sudah terbukti dan diiktiraf. Majlis solat hajat akan diadakan di masjid KLCC hari ini untuk mereka-mereka yang teraniayai. Anda boleh merujuk di sini.

No comments:
Post a Comment