Thursday, June 19, 2008

Ooo.. Gaji CEO GLC Naik 100%!!

Mak aii.. Berapa punya banyak naik daa. Depa tak kaya-kaya ke? Baca kat sini. Khazanah Berhad mempertahankan cadangan untuk menaikkan gaji-gaji para CEO yang miskin-miskin ini bagi menampung kenaikan minyak yang semakin membarah. Tak faham!! Tak faham!! Ada sesiapa boleh tolong fahamkan aku logik di sebalik perkara ini ??

Rakyat dapat kenaikan 40% kenaikan harga minyak. Ni tak masuk satu bulan, tak berapa terasa lagi. Tunggu 3 bulan lagi, siaplah. Tapi gaji CEO naik 100%. Nak tanya sikit. Berapa gaji CEO ni biasanya depa bayar sebulan? RM 30 ribu? RM 40 ribu? RM 50 ribu. Nak tanya sikit, gaji orang macam aku sebulan ni average berapa? RM 3 ribu? RM 2 ribu ke RM 1 ribu ?? Tak sampai RM 1 ribu pun melambak.

Dah tu, mentang-mentang lah company tu GLC punya suka hati depa lah nak naikkan gaji CEO-CEO ni ? Bukan dia orang ambik duit orang lain pun kata Azman Mokhtar. Banyak cantik hang punya muka. Kata GLC tu kerajaan punya. Duit kerajaan tu dari mana? Datang dari orang-orang cikai macam kami ini lah. Habis tu syarikat tu kerajaan punya ke kami punya? kerajaan tu siapa?

Amboi-amboi, hang pa suruh kita orang ubah cara hidup. Ya lah, dulu pakai kereta honda tukar kereta kancil. Kalau pakai kancil tukar pakai motor. Kalau pakai motor tukar naik basikal. Tapi hang pa tukar dari kereta pakai jet, pakai helikopter pakai kapal laut.

Nak tanya lagi, kalau gaji depa dah RM 30 ribu tu paling cokia x 100% = RM 60,000. RM 30,000 tu kalau average rakyat gaji RM 2 ribu = boleh upah 15 orang pekerja baru. Mak ai. Berapa korang punya increament? 10 percent? 5 percent? ke 2 percent jer.

Ni lah contoh kerajaan tercekap dalam dunia ni. Naikkan harga minyak, suruh rakyat berjimat. Lepas tu naikkan gaji CEO. Al-mangkuk wal hayun punya kerajaan.

CEO TNB tu apa kerja dia?? Naikkan tarif elektrik je setiap tahun. Itupun korang kata dia tu perform. Warghh!!! Tak faham aku. Performance GLC tang tu gak. CEO yang perform bagus ke? Dia buat kerja sorang-sorang ke?? Yang balaci-balaci, macai-macai cam aku nih tak buat kerja ke? Memang tak bagus buat kerja ke? Patut dapat increament 2 percent je setahun. Lainlah macam hangpa, baguihhh dok ada. Sebab tu naik 100%. Cadangnya nak naikkan 200%, tapi pasal diaorang prihatin gak kat kita. So, naikkan 100% udahlah. Kami masih prihatin terhadap rakyat-rakyat bawahan ni.

So, terima sahajalah wahai sahabat-sahabat. Kita ni siapalah. Merempat kat negara sendiri. Tak apa, pasal kerajaan kita memang prihatin. Sudi membela dan berjuang untuk kita dari dulu, kini dan selamanya. Jadi korang tak payah susah hati lah. Even kalau kita kena makan pasir pun, kita tetap akan sokongan diaorang. Hidup Pak Lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails