Sunday, June 8, 2008

Ramainya Yang Taksub Dengan Super Det!!

Akhirnya, Tun Det telah menyatakan apakah sebabnya beliau memecat Tun Salleh Abas. Anda boleh baca sendiri petikannya di sini. Antara sebab-sebab yang dinyatakan adalah :-

i) Surat-surat Tun Salleh Abas mengenai aduan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih istana YDP Agong yang hampir dengan rumah Tun Salleh Abas. Ia dianggap Tun Mahathir melanggar tatasusila dan menghina Agong.

ii) Beliau turut membuat salinan surat-surat tersebut dan menghantarnya kepada Raja-Raja yang lain untuk memberi tekanan kepada YDP Agong.

iii) Tun Salleh turut menghantar sepucuk surat kepada YDP Agong untuk mengadu berkaitan perilaku Perdana Menteri. Surat-surat ini turut dihantar salinannya kepada Raja-Raja.

Di dalam blognya, Tun turut mengakui Tun Salleh Abas tidak berat sebelah dalam pengadilannya terhadap kerajaan. Namun, beliau menekankan bahawa YDP Agong sendiri yang menyuruh beliau untuk memecat Tun Salleh Abas. Akhirnya beliau memecat Tun Salleh Abas kerana Tun Salleh Abas telah menghina YDP Agong dan Baginda sendiri yang meminta supaya Tun Salleh Abas dipecat. Pembaca-pembaca boleh membacanya sendiri di blog beliau.

Tetapi yang paling menarik adalah komentar-komentar yang dikemukakan oleh pembaca-pembaca beliau. Sekali baca, pada saya taraf Tun ini boleh diibaratkan seorang dewa. Apa sahaja hujah yang dinyatakan diterima dan ditelan bulat-bulat oleh mereka. Atau mungkin komentar yang kontra di tapis dahulu. Ia lah itukan blog Tun, beliau boleh buat apa sahaja terhadap komentar-komentar ini. Sama juga seperti blog saya dan blog orang lain.

Ramai yang menyatakan betapa mereka sedar betapa Tun Salleh Abas telah menfitnah Tun Mahathir. Penerangan ini seterusnya berjaya membuka minda mereka. Pada saya Tun berjaya melakukan satu proses 'turning-over' yang berjaya. Betapa Tun menyatakan yang difitnah itu adalah beliau dan bukannya Tun Salleh Abas. Dan lebih-lebih lagi orang tahu bahawa Tun Salleh Abas itu seorang pendokong PAS kini.

Rupa-rupanya rakyat belum celik lagi. Betapa kekaguman mereka terhadap Tun Mahathir menyebabkan mereka terlebih mendewakan beliau hampir sama dengan taraf dewa-dewa. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Itu adalah hak saya. Tetapi dalam hal-hal ini banyak perkara yang perlu diperhalusi dan diteliti di sini.

Pertamanya, bukan Tun Salleh Abas yang menghadkan kuasa Sultan-sultan Melayu, tetapi Tun Mahathir lah yang menghadkannya.

Kedua, terlalu dangkal kerana hanya surat aduan Tun Salleh Abas sahaja, maka beliau dipecat daripada jawatan sebagai seorang Ketua Hakim Negara. Dalam persoalan ini akan timbul persoalan, benarkah beliau yang menulis atau direka-reka sahaja oleh Tun. Dalam masa yang sama juga seolah-olah hilang kewarasan YDP Agong kerana memecat seorang Ketua Hakim Negara kerana aduan bunyi bising. Secara halusnya, Tun Mahathir menghina pemikiran seorang YDP Agong pada masa tersebut.

Ketiga - surat khabar dan media-media berperanan besar memalukan institusi raja-raja dan badan kehakiman itu sendiri. Dalam hal ini, Tun bertindak seolah-olah beliau seorang yang tidak berdosa kerana telah difitnah oleh Tun Salleh Abas. Sedangkan betapa surat khabar dan media-media saban hari mengutuk Tun Salleh Abas dan menjatuhkan kewibawaan beliau sebagai seorang Ketua Hakim Negara.

Keempat - siapakah yang memusuhi raja-raja, hakim-hakim dan mufti-mufti jika tidak Tun sendiri? Semasa Tun berkuasa, langsung tiada perasaan belas kasihan dan tolak ansur kepada golongan berkenaan. Mereka dibelasah sehingga lunyai oleh media-media dan akhbar-akhbar yang sememangnya dikuasai Tun Mahathir.

Kelimanya - pembongkaran video klip Linggam. Adakah ia hanya satu lakonan yang dibuat-buat dan pada masa yang sama Tun Mahathir mengelak sama sekali seolah-olah tidak tahu segala yang terjadi. Sesungguhnya kebobrokan itu akan terbongkar juga akhirnya.

Sesungguhnya, keadilan itu hanya di perolehi melalui Islam. Mungkin bukan di duni tetapi di sana masih ada. Tun mungkin terlepas dan menggunakan kebijaksanaan Tun memutar-belitkan fakta. Saya tidak berniat untuk menidakkan segala jasa Tun terhadap negara, tetapi menuduh Tun Salleh Abas dengan sedemikian rupa adalah tindakan yang tidak wajar sekali.

Kepada pengkagum-pengkagum Tun Mahathir di luar sana. Silalah baca sejarah-sejarah dan sirah-sirah Islam. Anda sepatutnya lebih mengkagumi tokoh-tokoh Islam dan bandingkanlah dengan Tun Mahathir anda. Sesungguhnya manusia itu akan dihisab di hari pembalasan dan tidak akan terlepas satu pun daripada apa yang dikerjakannya di dunia. Setiap kita tidak lari daripada kesilapan dan kesalahan. Justeru itu, sama-samalah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

5 comments:

Anonymous said...

Betul tu cik lee, menyampah tengok komen2 org yang buta minda.

Berkenaan kes Tun salleh, kalau itu lah sebabnya mengapa terdapat tuduhan2 lain terhadap tun salleh. setahu saya ada dalam enam tuduhan lain....kenapa che det tak sebut pasal yang itu. isu surat pertama tidak dibawa ke tengah semasa tribunal sebagai satu pertuduhan.

Amin Hasan said...

betul, saya setuju tentang pemerintah ISLAM dulu sepatutnya kita besarkan jika dibandingkan dgn Tun M.

tapi kurang setuju tentang kes Tun Salleh. kemungkinan utk TS malukn YDP Agong ttap ada. kena tanya Sultan Iskandar dulu la apa cerita sebenar. dan sytakfikir Tun M nk menipu kisah tu dlm blog beliau. sebab kalau boleh dia nk simpan cerita ni, tak nk libatkan Sultan. ni bila dia dah terdesak kena defend.. kalu kita dlm situasi dia pon kita akn buat cam tu.

satu lg, ada logiknya Sultan rasa malu sebab Tun Salleh cc surat tu pd semua raja2 lain. haa.. ni nk kena tanya Raja2 lain pulak.. kan dah panjng cerita dia ni... kalu setakat pada Agong sorang masa tu boleh la panggil TSA in person.

pengajaran kt sini sapa ketua negara ? PM ker YDP Agong? hehe..

Anonymous said...

eden dah baca article ni dalam versi inggeris pagi tadi... gaya seakan sama dengan 2-3 article yang dulu den dah baca... mungkin orang sama.

itulah yang dipanggil dunia, terasa macam hidup selama lamanya dan tak mati mati...

p/s macam lah bila mati tu jasad akan naik ke langit... ish ish ish

Zahid said...

Ha ha ha, klu kamu rasa hebat, cuba bandingkan bloq kamu dgn bloq chedet, jauh langit dengan bumi. Ini pon dah menunjukkan mana yang betul dan mana yang salah. Itu pon klu sedar diri la

Anonymous said...

betul tue kata che.. tapi tengok ler pemikiran beliau sendiri sebagaimana tuan guru pun begitu gembira sekali beliau dah keluar dari umno... pikirkanler... beliau sendiri pun kagum dengan cara pendekatan beiau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails