Agak menarik tajuk khutbah pada minggu ini. Tajuknya sahaja sudah menyebabkan kita berfikir, apakah agaknya isi yang ingin disampaikan. Seribu satu kemungkinan tajuk yang boleh diceritakan. Namun, fokus khutbah kali ini lebih menjurus kepada gejala dan permasalah sosial yang semakin membarah pada akhir-akhir ini.
Buang anak. Itulah hakikat yang mana akal yang sihat tidak dapat memikirkan bagaimanakah anak-anak yang comel dan tidak berdosa itu dibuang dan ditinggalkan begitu sahaja. Di tambah pula jika seseorang itu sudah lama mendirikan rumah tangga namun tidak dikurniakan anak atau zuriat. Pada masa itulah kita menghargai betapa besarnya anugerah Illahi yang digelar anak itu.
Pada zaman jahiliah dahulu, pembunuhan anak ini terjadi kepada anak-anak perempuan. Satu keaiban apabila sesebuah keluarga mendapat anak perempuan. Maka ia akan dibawa ke satu tempat untuk dibunuh atau di tanam hidup-hidup. Namun, pada masa ini. Anak-anak dibunuh tidak kira samada lelaki atau perempuan. Dibuang di mana-mana dan ada juga yang menjadi mangsa kepada binatang-binatang liar. Oleh itu, khatib menyatakan mereka yang melakukan perbuatan ini, bukan sahaja keji tetapi lebih zalim dari binatang. Ini kerana, binatang juga sayangkan anak mereka lebih dari nyawa mereka sendiri.
Pelbagai punca yang menyebabkan gejala ini semakin bercambah dan membarah di dalam masyarakat kita pada hari ini. Antaranya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku dalam rumahtangga, kekurangan pendidikan agama, kejahilan dalam agama, pengaruh rakan sebaya, hiburan yang melampau dan sebagainya.
Antara yang ditekankan sebagai langkah untuk mengatasinya adalah :-
i) Memberi penekanan kepada pendidikan agama anak-anak
ii) Menyepadukan peranan dakwah kepada masyarakat
iii) Ibu bapa perlu berperanan memantau anak-anak
iv) Memberi hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat
v) Menyedarkan mereka yang terlibat supaya tidak sewenangnya membuang anak-anak yang
tidak berdosa ini tetapi memberi kepada mereka yang sanggup untuk memelihara mereka.
vi) Mengurangkan hiburan yang melampau
Sesungguhnya di dalam Islam, dosa membunuh itu amatlah besar. Dalam hal ini, orang yang terlibat bukan sahaja terlibat dengan dosa zina tetapi juga turut membunuh jiwa yang tidak berdosa. Masyarakat juga perlu berperanan untuk memantau dan membantu membanteras gejala ini dari terus berleluasa. Pihak yang berkuasa juga terlibat untuk memantau hiburan-hiburan yang pada masa ini begitu berleluasa tanpa tapisan. Ibu bapa juga berperanan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang secukupnya dalam bidang agama. Kepada yang terlibat kembalilah ke pangkal jalan, walaupun perjalanannya penuh liku-liku dan onak duri. Malulah kepada tuhanmu yang mana kamu akan berhadapan dengan-Nya pada satu hari nanti. Wallahualam.

No comments:
Post a Comment