Senario di bawah jelas memperlihatkan siapa yang lebih prihatin terhadap nasib rakyat.
Peristiwa 1.
Pembangkang gagal - Usul subsidi minyak dibawa kerajaan lulus dengan undi majoriti
Berita utama Utusan dengan bangganya memaparkan kegagalan ahli-ahli Parlimen Pakatan rakyat untuk menolak usul penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang yang dibentangkan kerajaan. Tentu anda berbangga dengan MP-MP kerajaan yang sepakat bersetuju untuk terus mengekalkan harga minyak yang telah dinaikkan kepada kadar yang 'masih lagi murah' di Asia Tenggara. Dalam pada masa yang sama rakyat marhaen terus menangis, merintih dan menjerit minta di kasihani.
Kesan jangka masa panjang akibat kenaikan harga minyak ini, sedikit demi sedikit dirasai oleh rakyat. Sudah tentu, golongan yang berpendapatan rendah antara golongan yang paling merasai keperitan ini. Lalu di manakah keprihatinan MP-MP Kerajaan? Mereka hanya sibuk untuk 'menjustifikasikan' tindakan tepat oleh Boss mereka iaitu PM. Nah, mereka masih belum sedar sebenarnya siapa boss mereka. Adakah PM atau rakyat.

Peristiwa Ke-2 :
Sumber : YB Zulkifli Nordin
Nah, pernahkah anda melihat MP-MP Parlimen menaiki basikal untuk ke Parlimen? Buat kali pertamanya, dan di masukkan dalam Malaysian Book of Record sebagai MP pertama yang ke Parlimen menaiki basikal.
Antara MP-MP tersebut adalah Zulkifli Nordin(Bandar Baru Kulim), Tian Chua (Batu), Gobalakrishnan (Pdg Serai) & See Hoy Chen (PJ Selatan). Mereka adalah MP dari PKR.
Boleh dibayangkan agaknya, jika Pak Lah dan Najib turut bersama mereka untuk menaiki basikal pergi ke Parlimen. Najib boleh membonceng Rosmah, sambil menikmati udara segar di sekitar Kuala Lumpur. Mesti romantik kan.. Tak gitu-gitu.
Wahai rakyat, cubalah renungkan. Siapakah yang sebenarnya yang kamu dapat percayai. Antara 2 darjat, atau keluarga 69. Pengajarannya, mereka ini dipilih hasil daripada tangan-tangan kita yang memangkah. Lalu, apakah tiada kaitan tindakan mereka dengan kepercayaan yang kita amanahkan kepada mereka.
Ayuh, mari kita berfikir menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jangan lah menggunakan kepala lutut untuk berfikir, kerana kepala lutut itu hanyalah untuk menghentak dagu orang dan untuk berjalan. Letakkan sesuatu itu ditempatnya.

No comments:
Post a Comment