Thursday, June 26, 2008

Malaysia Yang Semakin Selamat(update)

Baru beberapa hari kita mengalami kenaikan harga minyak yang 'termurah' di negara ASEAN, sudah terasa dengan jelasnya episod-episod duka rakyat. Sepertimana di dalam artikel kesan-kesan kenaikan minyak saya yang terdahulu, semakin hari semakin jelas bukti dan impak maksima hasil daripada kerja tangan Perdana Menteri kita antara yang 'tercerdik' di dunia.

Sumber gambar: Harian metro

Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang berorientasikan kepada ekonomi

Dalam masa seminggu sahaja, negara kita telah berjaya mencipta rekod hebat dalam bidang jenayah ini. 4 buah mesin juruwang automatik(ATM), dikebas (atau mungkin dipinjam) daripada bank-bank berkenaan. Bukan setakat duitnya sahaja yang hilang, lebih hebat lagi mesin ATM tersebut turut hilang dikebas.

Adakah kita bertanya dan mengkaji mengapakah perihal yang sedemikian. Mungkin, jika hanya mengharapkan PM atau polis kita tidak akan mengetahui punca sebenar permasalahan yang berlaku. Akan datang, jenayah yang terjadi bukan lagi kerana berpunca dari hati yang bermasalah, tetapi kerana perut yang semakin bermasalah.

Ini baru sebulan, belum lagi masuk ke bulan-bulan yang mendatang. Apa lagi agaknya bala bencana dan mala petaka yang akan datang. Lalu, masihkah kita terus bising-bising mengatakan negara kita sebuah negara yang aman dan makmur. Aduhai, Malaysiaku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails