Saturday, June 7, 2008

Jom Pakat Buat Solat Hajat Perdana!!!

Satu Malaysia dah tahu dan pening. Macam mana nak ikut seruan akan menteri-menteri yang pandai-pandai dan bijaksana ini. Di suruh akan mereka supaya rakyat mengubah cara hidup. Sedangkan duit dalam poket hanyalah lepas-lepas dan kus-kus untuk beli susu dan pampers anak-anak. Sebelum ini, belanja bulanan dekat hidung, kali ini selepas beberapa purnama 'Nargis' mungkin melanda rakyat dan gaji bulanan yang sedikit tersisa dalam poket akan menjadi negatif terus.

Menangis terus menangis. Geram terus geram. Maki hamun tak payah cerita lah. Rasanya, stadium Shah Alam mungkin tak muat kalau nak kumpul kemarahan rakyat terhadap 'orang-orang itu'. Saya pun agak pelik bagaimana pengumuman kenaikan dibuat secara rilek dan santai. Mengejut pulak tu. Tak ada ribut, tak ada angin terus meletup. Tapi dalam masing yang sama, semua 'orang-orang itu' masih mampu senyum. Seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengan pengumuman yang telah dibuat. Tapi bagi rakyat marhaen, terpaksa berpesta lampu brek dan kesesakan satu negara. Walhal, minyak setangki yang berjaya diisi itu, tak mampu pun dijimatkan dengan tiga kali isi minyak pun. Kerana ia naik hampir 40% - termurah di seluruh Asia.

Banyak-banyak cerita sedih dikongsi. Antaranya oleh Corpetro (satu komentar di SaifulIslam.Com.

Saya yg paling terkena bila minyak naik ni….ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan….itu minyak harga rm1.92 je….aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni.

Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula…tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis…terima kasih kerajaan malaysia….

Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek…

Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1…..ahhh…malas nak pk apa lagi yg akan naik….

Aduhai, pemimpin-pemimpin kita pernahkah memikirkan kesusahan rakyat marhaen ini. Takkan nak berseronok dalam istana-istana dan mahligai-mahligai mereka sahaja? Tak kasihan langsung kat rakyat? Suruh ubah cara hidup, tapi dalam masa yang sama ada isteri menteri pergi keluar negara borong satu kontena barang-barang kesukaannya di luar negara ?

Dalam masa kita susah-susah ini, yang ditekan kebanyakan oleh kita adalah perhimpunan protes, penyerahan memorandum dan bantahan melalui tandatangan. Tetapi kita terlupa satu perkara. Kita sudah ada 5 negeri dalam genggaman. Mengapa kita tidak menggunakan senjata yang paling ampuh untuk muslim iaitu 'Doa'. Kumpulkan umat-umat Islam di stadium-stadium 5 negeri ini dan kita ramai-ramai berdoa dan mengadu kepada Allah serentak di seluruh negara.

Rasanya itulah yang terbaik kerana pengharapan kita hanyalah kepada Allah semata. Kepada siapa lagi seharusnya kita mengadu ? Bukan kepada manusia, badan-badan NGO, parti-parti - tetapi kepada Allah semata-mata. Seiring dengan ikhtiar kita melalui mereka, penyerahan diri secara total kepada Allah amat perlu.

Oleh itu, saya menyeru kepada penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat di luar sana. Marilah kita gembeleng kekuatan kita. Kumpulkan semua rakyat dan bermunajatlah. Mari kita bersama-sama solat hajat. Satu malam seluruh negara di semua stadium negeri pakatan rakyat. Insya Allah hasilnya lebih positif untuk kita. Makhal Sakhti!

1 comment:

azizi said...

sad to say, we have been governed by those ~!@#$$% people.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails