Wednesday, June 25, 2008

Subsidi Menurut Pandangan Islam

Mari kita sama-sama berkongsi pengetahuan pada hari ini. Baru je lepas mendengar kuliah Zohor daripada Ustaz Azhar Yaakob. So, apa yang sedikit sebanyak tu kita kongsi bersama-sama. Tak pa no?? Sebelum ini, kita pun dah keliru samada subsidi ini bagus atau tidak untuk rakyat. Lebih-lebih lagi kalau kena tang Pak Menteri. Semua kalau boleh tak hendak dia bagi subsidi dekat rakyat. Nanti rakyat tak mampu berdikari katanya.

Oleh kerana kita ingin mencari adakah subsidi ini dibolehkan atau tidak dari sudut Islam marilah kita kembali kepada Sirah Sayyidina Umar Al-Khattab. Sayyidana Umar semasa pemerintahannya mengistiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa As-Shaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu. Lalu Abu Musa menyimpan sebanyak seribu dinar sebagai simpanan(backup) kerana pada masa itu, dana negara benar-benar kosong dan kehabisan. Lalu apabila ia berjumpa dengan Saidina Umar, Saidina Umar menyatakan bahawa syaitan telah bertenggek di telinganya dan menyuruh beliau mengambil seribu dinar itu dan diberikan kembali kepada rakyat.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama. Ini kerana, segala harta di dalam dana negara bukanlah hak kerajaan atau khalifah(Umar sendiri), tetapi adalah hak rakyat.

Menurut seorang professor pakar ekonomi Islam iaitu Badawi Abd. Latif di dalam bukunya(lupa tajuk), tindakan Saidina Umar R.A dilihat sebagai agak radikal atau konservatif. Tetapi ia sebenarnya mendedahkan modus operandi sebenar ekonomi Islam. Di mana sebuah kerajaan Islam itu bukanlah mementingkan poket kerajaan tetapi lebih mementingkan poket rakyat.

Beliau seterusnya memperincikan bahawa subsidi itu terbahagi kepada dua :
1. Direct(langsung) - seperti pemberian duit/wang.
2. Indirect(tak langsung) - subsidi kerajaan mengurangkan harga barangan dan sebagainya seperti gula, tepung dan sebagainya.

Ia seterusnya menolak kenyataan kapitalis bahawa rakyat sesebuah negara tidak perlu diberikan subsidi kerana yang penting adalah kekayaan kerajaan. Apabila perbendaharaan negara dikosongkan, rakyat berada dipuncak kesenangan dan kekayaan walaupun kerajaan tidak berduit. Namun, kekayaan dan kesenangan yang diperolehi oleh rakyat akan diberikan balik kepada kerajaan. K
erajaan mendapat kemakmuran yang berlipat kali ganda apabila rakyat memberi kembali kekayaan yang diperolehi mereka dalam bentuk cukai dan zakat.

Dalam situasi sekarang, subsidi dikurangkan dan dimansuhkan kepada golongan rakyat marhaen sahaja. Namun, dalam masa yang sama kerajaan memberikan subsidi dan galakan yang besar kepada golongan rakyat asing. Ianya boleh dikenali sebagai insentif yang begitu lumayan. Di antaranya industri-industri perkilangan yang terlibat. Contoh paling dekat adalah Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI). Dikhabarkan 35% tanah di kawasan tersebut telah dikuasai oleh rakyat asing yang diketuai Singapura kerana pembelian tanah-tanah tersebut amat murah dan polisinya begitu minimum sekali.

Sedar tidak sedar, kehidupan rakyat sebenarnya dikuasai oleh cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada kita. Setiap elemen kehidupan tidak terkecuali daripadanya. Air, pakaian, kereta dan sebagainya ditindan dengan pelbagai-bagai jenis cukai samada kita tahu atau tidak. Sebagai contohnya, apabila kita ingin membeli kereta. Langkah pertama adalah dengan memiliki lesen - sudah tentu dikenakan cukai. Membeli kereta - pasti dikenakan cukai. Untuk naik kereta, terpaksa membayar cukai jalan(dah namanya cukai). Insuran kereta tidak dikecualikan dari cukai. Minyak kereta sudah tentu telah dicukai. Parking - ada cukai. Kena denda parking - ada cukai. Tol - ada cukai, speed trap - ada cukai, saman tali pinggan keledar- kena cukai, spare part kereta pun ada cukai.

Lalu siapakah yang memperolehi keuntungan dari cukai-cukai ini? Sudah tentulah kerjaan. Oleh itu ia dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk gaji dan subsidi. Jadi, duit subsidi itu duit kerajaan atau duit rakyat?

Penghapusan subsidi juga memberi kesan yang merbahaya kepada kesihatan ekonomi negara. Tidak salah jika dikatakan ia menyumbang kepada kehancuran ekonomi negara. Antaranya :-

i) Inflasi yang dasyhat.
Dr. Zeti Akhtar menyatakan bahawa inflasi untuk bulan Jun sahaja mencapai 5%, dan inflasi ini akan mencapai kemuncaknya pada bulan Oktober.Kerana pada masa itu ia adalah musim perayaan.

ii) Nilai kompetitif semakin menurun.
Apa gunanya pelbagai barang di pasaran, tetapi dalam masa yang sama rakyat tiada duit untuk berbelanja. Kuasa membeli rakyat juga semakin mengecil dan seterusnya menyebabkan KDNK negara akan semakin berkurang. Tidak mustahil jika 10 tahun dari sekarang, daya saing negara kita akan merudum jatuh dan akan lebih bawah daripada Thailand dan Indonesia. Jangan terkejut jika rakyat kita pula yang akan pergi ke Indonesia untuk menjadi pembantu-pembantu rumah.

iii) Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang berorientasikan kepada ekonomi
Kadar jenaya seperti ragut dan rompak akan semakin meningkat disebabkan rakyat semakin terdesak untuk hidup.

iv) Rakyat terpaksa mengikat perut
Satu masa nanti, jangan terkejut jika kita hanya makan sekali sahaja sehari akibat kesempitan hidup. Sampai masanya, rakyat sudah tidak mempunyai perut lagi untuk diikat.

Dalam pada kerajaan mengesa rakyat untuk mengubah cara hidup mereka, dalam masa yang sama pembaziran di dalam pentadbiran tetap diteruskan. Tahukah kita dengan hanya pemotongan elaun keraian sebanyak 10% sahaja oleh menteri-menteri kita sudah dapat menjimatkan rm2Billion setahun. Lalu berapa banyakkah perbelanjaan yang telah diboroskan oleh mereka selama ini. Gaji CEO TNB pula adalah sebanyak rm105,ooo sebulan. Itupun bagi memelihara kebajikan mereka, dicadangkan dinaikkan sebanyak 100%.

Pemimpin yang berjiwa Islam seharusnya memahami susah payah dan jerit-perih rakyat. Mereka harus turun ke peringkat akar umbi memahami kesempitan yang sedang dialami rakyat. Janganlah hanya mendesak rakyat berjimat-cermat tetapi dalam masa yang sama menghabiskan berjuta-juta begitu sahaja. Perbelanjaan mengendalikan monsun cup, perbelanjaan menganjurkan F1, bail out pelabuhan Klang dan pelbagai-bagai perbelanjaan yang tidak perlu. Dalam masa yang sama, kerajaan mampu memberikan rm1 juta sebagai ganjaran kepada pemenang pingat emas sukan Olimpik. Kebajikan sesiapakah yang sebenarnya dipentingkan oleh mereka-mereka ini sebenarnya?

Namun, tindakan yang dilakukan sebenarnya ibarat menggali kubur mereka sendiri. Kerana rakyat pastinya akan bangkit menuntut keadilan. Lalu, inilah masa yang terbaik untuk kita kembali kepada Islam. Memahami Islam dan melaksanakannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails