Wednesday, June 4, 2008

Minyak Kita Masih Murah Berbanding Negara Asean Lain

Maka, semalam telah mencatat satu lagi catatan sejarah dalam negara. Harga minyak buat julung-julung kalinya di naikkan sebanyak 70 sen. Walaubagaimanapun, kerajaan akan tetap memastikan kenaikan tersebut tidak akan membebankan rakyat.

Alasan-alasan kenaikan harga minyak :-
1. Harga pasaran dunia global semakin naik.
2. Kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi
3. Subsidi akan di salurkan kembali kepada rakyat.
4. Kenaikan sebanyak 70 sen masih termurah berbanding negara-negara asean yang lain.

Penyelesaian yang perlu dilakukan :-
1. Naikkan harga minyak
2. Hapuskan subsidi
3. Bagi rebat tunai bahan api sebagai bentuk baru subsidi minyak
4. Rakyat kena ubah gaya hidup

Pada saya, rakyat tidak perlu bising-bising dan marah-marah. Kenaikan harga minyak ini telah diwar-warkan oleh kepimpinan pembangkang sebelum PRU-12 dahulu. Seingat saya, Husam Musa telah awal-awal lagi telah menyatakan kenaikan yang bakal berlaku ini dalam 60sen ke 70 sen. Jika rakyat kita prihatin dan mengambil berat, sudah tentu mereka langsung tidak memberi sokongan kepada kepimpinan Pak Lah.

Yang penting rakyat kena ubah cara hidup. Jangan pakai kereta lebih dari 1600 cc ke atas. Jangan belanja berlebihan. Pergi pasar kena berjimat. Belajar-belajar la ikat perut. Rakyat kalau boleh jangan lagi langgan astro untuk tengok bola. Kalau nak tengok pergi je kedai mamak. Jangan lagi pasang air cond kat rumah, pasal nanti banyak pakai elektrik(elektrik pun ikut naik tak lama lagi, bang). Rakyat juga jangan selalu keluar rumah. Pergi makan angin jauh-jauh. Cuti, duduk rumah jer. Lepas tu rakyat sila kurangkan shopping. Kalau shopping, jangan beli barang banyak-banyak. Rakyat sila ubah cara hidup, jangan banyak sangat tengok wayang. Membazir tu. Rakyat jangan lagi makan makan yang berminyak, seeloknya yang rebus pasal minyak dah naik. Dan yang penting, bila naik kereta jangan terlebih speeding. Sila bawak dalam 80-90km sejam jer. Boleh buat tu, bukan tak boleh.

Nampaknya, satu lagi hadiah kerajaan Barisan Nasional. Negeri-negeri Pakatan Rakyat sibuk memberi rebat cukai tanah dan menurunkan harga air dan sebagainya. Tetapi kerajaan pusat yang dikuasai Pak Lah memberi hadiah paling istimewa dengan kenaikan harga minyak ini. Nak cerita pasal petronas ?? Lupakan sajalah. Jadi sekalung tahniah yang setinggi-tingginya kepada penyokong UMNO dan BN di luar sana? Hang pa tak dapat rebat minyak ke? Dengar cerita boleh pakai kupon masa nak beli minyak ?? Ke tak dapat??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails