Wednesday, June 11, 2008

Perkasakan Ngv Sebagai Alternatif Petrol Dan Diesel

Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia kini sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi untuk rakyat mereka. Tidak seperti negara-negara pengeluar minyak lain, kerajaan merasakan mereka sudah tidak lagi mampu untuk menanggung beban kenaikan minyak global yang semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, rakyat perlu lah bersama-sama kerajaan menanggung beban. Bagi tujuan itu nilai 78 sen seliter yg dinaikkan oleh kerajaan dirasakan munasabah.

Lagipun rakyat sepatutnya mengubah cara hidup mereka. Inilah masanya untuk rakyat berkorban demi negara mereka. Lagipun duit keuntungan petronas itu perlu diagih-agihkan kepada pelbagai projek-projek mega yang lain. Kita perlu membiayai Monsoon cup yg berprestij di dunia, F1, KlCC, Petronas Ochestra dan lain-lain lagi projek mega. Maka memang patut rakyat berkorban sedikit demi kemajuan yang dikejar.

Di sini, kerajaan sepatutnya memberikan satu alternatif kepada rakyat. Kenaikan harga minyak bukan sahaja memberikan impak kepada minyak semata-mata, tetapi turut memberi impak besar kepada harga-harga barang keperluan lain seperti baragan harian, makanan, besi dan sebagainya.

Sebenarnya Malaysia mempunyai simpanan gas asli yg agak besar. Ada di antaranya belum lagi diterokai. Untuk pengetahuan umum, kita mempunyai rezab gas asli yang amat besar di kelantan. Kelantan menyimpan 13 trillion kaki persegi gas asli yang hanya menunggu masa untuk diterokai. Anda boleh merujuk di sini. Namun, mungkin disebabkan polisi kerajaan agaknya, maka ia terus tersimpan dan tidak diusahakan sehingga ketika ini.

Di sinilah kerajaan sepatutnya menggunakan sumber yg telah sedia ada. Kita boleh menggunakan sumber yg telah sedia ada di perut bumi kita. Kerajaan boleh mula meluaskan penggunaan ngv ke seluruh negara. setakat ini stesen NGV hanya terhad kepada Kuala Lumpur /Selangor, Johor dan Pulau Pinang sahaja.

Sampailah masanya utk stesen2 ngv ini diperluaskan ke seluruh negara. dgn penggunaan ngv, rakyat mdpt alternatif tenaga yg murah. jangan lah pula selepas ini, kerajaan menaikkan ngv pula dgn alasan kenaikan harga global. Ini kerana simpanan ngv kita begitu besar dan boleh bertahan sehingga 500 tahun lamanya. Rujuk di sini.

Inilah masanya kerajaan mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. Janganlah hanya menyuruh rakyat utk mengubah cara hidup sahaja, tetapi dlm masa yg sama kerajaan membazirkan sahaja sumber kewangan yg ada.Jika tidak mampu lebih baik berundur sahaja. Janganlah mengejar kesenangan dunia yg hanya bertahun2 tp menderita selamanya di akhirat sana. Seeloknya semua pihak tidak lagi tertekan dan tidak pula satu pihak lain asyik menekan. Kecuali lah memang kerajaan dengan niat untuk terus menekan rakyat yang semakin miskin ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails