Cuba teka tajuk khutbah Jumaat dekat sini tadi apa dia? Jeng jeng jeng. Tajuknya 'Bersama Mencegah Jenayah'. Tak relevan langsung!!! Tambahan pulak masjid itu terletak di sebuah universiti yang agak islamik. Tapi bukan pusatnya, tapi cawangannya. Opss.. tersebut pulak.
Bukanlah nak mengata kat Pak Iman atau khatibnya. Tapi bagi saya, sepatutnya khutbah hari ini patut berkisar kepada kisah kenaikan harga minyak yang baru 2 hari diumumkan. Kesempatan inilah sepatutnya digunakan oleh pihak masjid untuk menyejukkan hati para-para makmum yang sedang bergelegak dan bergelora berkadar langsung dengan kenaikan harga minyak yang masih rendah di Asia itu.
Peranan masjid memberikan ulasan daripada satu sudut islamik yang dapat memberi kekuatan rohani umat-umat Islam yang semakin lemah ini. Ramai yang lemah dengan dugaan yang datang tiba-tiba ini. Ramai yang terus melihat ia sebagai satu kesalahan dari pemimpin negara iaitu Pak Lah(termasuk saya), tapi tak ramai yang melihat dari sudut lain di mana ia adalah satu teguran atau ujian Allah kepada umat Islam. Ramai yang merungut-rungut, marah-marah, tension-tension(termasuk saya) tetapi dalam masa yang sama tak ramai yang terus mengadu, mengangkat tangan dan menyerah diri kepada Allah. Inilah yang perlu ditekankan oleh masjid. Dan kesempatan ini terbuka luas semasa khutbah Jumaat tetapi tidak tahulah berapa banyak masjid yang mengambil kesempatan tersebut.
Masjid patut memberi alternatif, pesanan dan satu 'guide line' terutamanya kepada umat Islam menangani hal ini. Hanya kerana pengumuman harga minyak naik, berapa ramai yang beratur di stesen-stesen minyak dan tertinggal solat maghrib? Berilah kesedaran dan pujuklah jemaah-jemaah yang ramai ini untuk kembali kepada Islam yang syumul. Perlu dikongsi juga jika ada doa-doa dan amalan-amalan untuk diamalkan bagi memberi ketenangan hati, kemurahan rezeki dan secara tidak langsung mendisiplinkan diri kepada penyerahan diri kepada Allah secara total.
Tapi, di masjid tempat saya pergi tadi tidak berlaku sedemikian. Rindu sangat rasa hati untuk mendengar khutbah-khutbah yang dapat mencuit sedikit rasa hati yang degil ini, yang penuh dengan dosa ini supaya insaf dan sedar. Kalau bab mencegah jenayah itu, kalau tidak beritahu pun memang orang tahu dan akan buat.
Jadi saya menyeru kepada jawatankuasa-jawatankuasa masjid, berilah perhatian. Pulihkan kembali fungsi khutbah. Walaupun seminggu sekali, tetapi besar manfaatnya jika dimanipulasikan sepenuhnya. Sementara itu, pujuklah hati sendiri. Supaya redha seketika ketentuan Allah. Dan dalam masa yang sama, kita perlu menyusun satu strategi bersepadu bagi menangani krisis minyak ini. Tidak guna bising di dalam blog sahaja(saya lah tu). Perlu ada satu tindakan kritis yang memberi impak dan seterusnya mengelakkan negara daripada krisis kemanusiaan yang dasyhat tidak lama lagi. Moga Allah menyelamatkan negara kita yang tercinta ini.

No comments:
Post a Comment