Sunday, June 15, 2008

Kisah Minyak Pagi Isnin

Saya Sedih... Amat Sedih...

gambar : Utusan











Orang ramai berpusu-pusu membanjiri kaunter Pos Malaysia, Kota Bharu pada hari pertama bagi menuntut rebat tunai subsidi minyak bagi kenderaan persendirian semalam


Namun mereka gembira ... Adakah mereka memang gembira??


Gambar : Utusan









GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.– Gambar Hayat Sueet

Kerajaan dengan ini begitu 'bermurah hati' untuk memberikan rebat kepada pemilik kenderaan di seluruh Malaysia. Disebabkan itu, pejabat pos telah diserbu kerana rakyat terdesak untuk mendapatkan rebat ehsan tersebut.

Rebat itu adalah sebanyak Rm 150 setahun untuk pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga RM150 selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rm 625 pula diberikan setahun kepada kenderaan berkapasiti 2,000 cc serta trap pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500 cc.

Ia turut mengambarkan 'keprihatinan' dan 'kebijaksanaan' kerajaan melakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dunia ini untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia. Seperti yang dimaklumi, naikkan minyak sebanyar 78 sen seliter, dan rakyat bergembira dengan rebat tunai rm125 dan rm625 yang akan habis dibelanja dalam sehari sahaja. Tak gitu ?

Soalannya, betul kah rakyat begitu gembira seperti gambar di atas, sedangkan mereka akan menderita bertahun-tahun lamanya. Saya tumpang gembira untuk mereka kerana mendapat rebat tunai selepas puas bersesak-sesak di pejabat pos. Tapi saya tumpang sedih dan kecewa kerana apabila mereka kembali ke alam realiti, mereka akan dapati kehidupan mereka makin sempit dan menghimpit. Aduhai rakyat malaysiaku...


Sirih Pulang Ke Gagang

Akhirnya, wang royalti yang memang sepatutnya menjadi milik rakyat Terengganu telah dipulangkan kembali kepada rakyat Terengganu. Perjuangan untuk menuntut kembali Wang Royalti yang telah dirompak dan dijenama semula menjadi 'wang ehsan' sejak tahun 2000 lagi dimulai oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada masa itu.

Perjuangan untuk menuntu kembali wang royalti terlalu perit dan pahit. Namun dengan hanya satu kata 'ajaib' dari seorang PM segalanya selesai begitu sahaja. Jadinya soalan di sini - siapakah yang sebenarnya yang menganiayai rakyat Terengganu yang menafikan hak mereka untuk mendapatkan duit royalti anugerah minyak itu.

Minyak ini disedut sepuas-puasnya dari perut bumi Terengganu. Namun, apa yang diperolehi oleh rakyat Terengganu hanyalah gelaran negeri kaya, rakyat miskin. Kadar kemiskinan di Terengganu yang suatu masa dahulu jatuh ke tempat ke-4 kini telah kembali kepada keadaan yang kritikal iaitu naib johan kadar kemiskinan tertinggi di Terengganu. Kini ditambah la pula dengan kadar kenaikan minyak yang termurah di Asia Tenggara. Oleh itu, terserahlah kepada MB baru Mat Said untuk menggunakan secara bijaksana wang royalti yang kembali diperolehi ini.

Namun jangan lupa. Masih ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan. Jangan kita jadi melayu mudah lupa :-
i) Ke mana perginya rm2 billion yang hilang itu?
ii) Ke mana wang ehsan sebelum ini dibelanjakan? masuk mulut siapa? ditelan oleh siapa?
iii) Adakah monsoon cup, Masjid Kristal itu dan banyak lagi projek pembaziran menggunakan
duit royalti ini ? Adakah duit ini mak bapak mereka yang punya dan boleh dibelanjakan
sesuka hati mereka?
iv) Adakah terdapatnya akaun/audit dibuat selama lapan tahun semenjak wang royalti di ganti
kepada wang ehsan?

Jadi, janganlah kita hanya menang sorak kampung tergadai. Siapakah sebenarnya yang menganiayai rakyat marhaen Terengganu ini? Menjoli-sakan wang-wang ini seolah-olah akhirat itu tidak wujud sama sekali? Segala penyelewangan dan kebobrokan yang terjadi selama ini perlu diperbetulkan. Moga-moga setiap kita sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayangNya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails