Wednesday, June 4, 2008

Terkini!! Harga Minyak Naik 78 Sen!!!

Maka semakin tercekik dan terhimpitlah golongan rakyat marhaen di seluruh tanahair. Belum lagi selesai isu beras dan kenaikan harga barang, harga minyak terus diumumkan naik sebanyak 78 sen kepada 2.70 sen. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Aku tak redha satu sen pun yang engkau perah daripada keringat kami. Sudahlah kena cukai, tol, inflasi, rasuah dan macam-macam lagi. Kini, tambah lagi satu beban yang akan memberi impak kepada semua benda.


Sumber dari : Harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) -
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.


Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.


Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.


Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.


Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.


Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.


Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.


Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.


Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.


Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan. - mks.


Lalu apalah lagi yang diharapkan kepada kerajaan untuk membela nasib rakyat. Sekarang ni, tak kiralah engkau penyokong pembangkang ke, penyokong pakatan rakyat semua merasa. Maka, akan aku teruskan perjuangan menghumban Umno ke dalam lubang biawak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails