Mula-mula rasa macam malas nak ulas. Tapi pagi-pagi dah bukak internet banyak pulak ulasan pasal debat ni. Rasa nak tumpang pulak sekaki. Nasib baiklah dapat gak tengok semalam, walaupun tengok di pondok pengawal jer. Ada orang ramai kat rumah, perempuan-perempuan semua. Terpaksa lah hamba menumpang tv pak guard yang kebetulan bukak siaran tu sebelah masjid rumah hamba tu.
Rating yang kawang boleh beri - 3 bintang jer. Kurang umphh. Rasanya pengharapan atau kata orang putih 'expectation' kepada YB Salahuddin Ayub terlalu tinggi. Tapi output yang dikeluarkan oleh YB Salahuddin selalu slow-motion dan tidak menekan sangat. Bukan nak memperlekeh atau 'under-estimate' YB Salahuddin, tetapi rasanya saya antara pendengar-pendengar yang tak puas telinga. Suatu masa dahulu, saya pernah menyertai debat sekolah. Sempat juga mewakili sekolah ke peringkat daerah. Jadi johan tapi tak sempat nak ke peringkat seterusnya. Dah terlalu dekat dengan UPSR. Di sekolah menengah saya tak join dah debat, tapi membebel kat kawang-kawang yang ramai biru pekat dari hijaunya. Dan kebiasaanya saya kalah. Bukan pasal tak ada fakta, tapi depa macam orang sekarang ini lah. Bagilah sepuluh fakta pun tapi kerana mati dan hidupku dulu, kini dan selamanya kerana Umno - tak dapek deng nak nolong.
Biasanya bila berbahas, semangat kita tu tiba-tiba je ada 'feel' semacam. Semangat jer nak bedal hujah-hujah pihak lawan. Nak-nak kalau kita rasa boleh makan hujah depa. Tapi dalam debat semalam, suasana demikian dirasakan tidak wujud. Kadang-kadang terbayang suasana debat kat kedai kopi yang langsung tidak akademik, tapi yang mendengar turut semangat mendengar sekali.
Teringat saya masa zaman reformasi dahulu, apabila satu debat perdana di adakan di UKM. Pendebat Zain Isma(Umno) - sepatutnya Hishamuddin tapi dia tak datang, Mahfuz Omar(PAS), Mustafa Kamal Ayub (Keadilan) dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (Gamis) - masih student lagi semasa itu. Dia punya 'feel' itu satu macam. Nak-nak apabila masa Mahfudz dan Ustaz Zaharuddin berhujah, sayur Zain Isma dibuatnya. Dan kerana sebab itulah masa itu UKM di anggap sebagai satu kubu kuat pembangkang di IPTA.
Tapi 'feel' itu tak ada semalam. Saya tak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah dari YB Salahuddin. YB Salahuddin terlalu toleransi dan bertolak ansur. Hujah-hujah yang dikemukakan juga, pada saya banyak terdapat di dalam blog-blog internet. Kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan oleh saudara Salahuddin, pernah terbaca oleh saya. Pada saya, YB Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja.
Pengerusi juga bertanya apakah alternatif kepada kenaikan subsidi minyak ini. Saudara Salahuddin hanya menekankan betapa kerajaan perlu duduk bersama-sama dengan pakatan rakyat, Ngo-Ngo serta pakar-pakar ekonomi sahaja. Rasanya saudara Salahuddin terlepas pandang di sini. Mungkin beliau boleh memberi satu-dua alternatif kepada Shahrir. Di sinilah pentingnya kita melakukan 'homework'. Mungkin saudara Salahuddin boleh memberi hujah mengenai penggunaan NGV sebagai alternatif untuk minyak dan diesel serta boleh menekankan kepada projek biodiesel yang suatu masa dahulu pernah digembar-gemburkan oleh kerajaan.
Keseluruhannya prestasi YB Salahuddin memuaskan. Namun, kegagalan beliau memberikan pukulan 'KO' kepada Shahril Samad menyebabkan ketidak puasan hati kepada penonton-penonton yang berharap kerajaan akan sedar akan 'impact' sebenar kenaikan harga minyak ini. Di sinilah satu fakta penting tercicir di mana YB Salahuddin terlupa untuk mempertahankan nasib golongan-golongan rakyat miskin dan berpendapatan rendah di dalam negara kita. Akhir kalam, banyak lagi yang boleh diperbaiki. Mungkin selepas ini, kita boleh menghantar saudara Mat Sabu atau Mahfudz Omar dalam debat lain. Sememangnya ramai yang merindukan 'coming back' daripada saudara Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment