Tentu ramai masih ingat, tempoh hari pasca selepas PRU-12, Pak Lah diserang bertalu-talu dari segenap penjuru kampung . Dari kiri dan kanan, dari atas dan bawah oleh ahli-ahli Umno dan dari luar sendiri. Agak penat jugalah Pak Lah menepis-nepis segala cobaan-cobaan ini. Namun masih sempat juga beliau sekali-sekala melelapkan mata seketika.
Dalam pada masa yang sama juga, tidur Pak Lah diganggu oleh mantan Timbalan Perdana Menteri - Anwar Ibrahim. Ura-ura kerajaan Malaysia akan bertukar dalam sela masa yang terdekat begitu mengusarkan Pak Lah. Di tambah dengan gerak-geri beberapa pemimpin Sabah yang seakan-akan mahu memberontak dan menderhaka. Terpaksalah beliau memerhatikannya dengan teliti dan lebih dekat lagi. Walhasilnya terpaksalah Pak Lah menurut sedikit akan kemahuan perwakilan dari Sabah ini. Yang penting mereka tidak turut melompat untuk menyertai pakatan rakyat.
Ramai juga yang turut menjangkakan Umno akan terus lumpuh selepas Tun Mahathir mengistiharkan beliau keluar dari Umno. Namun, ianya tidak berlaku. Sebaliknya media-media massa memainkan peranan yang penting untuk menyelamatkan kedudukan Pak Lah seketika. Maka isu-isu baru terutamanya permohonan Ezam untuk masuk kembali Umno di canang- canang ke seluruh negara. Dan dalam masa yang sama serangan baru juga dilancarkan kepada pakatan rakyat. Anwar juga akan turut menyeberang sebagaimana bekas hulubalangnya. Nampaknya situasi kita sudah terbalik. Kelebihan kembali kepada Umno dan Pakatan Rakyat pula yang nampaknya tertekan. Sudahlah pakatan ini terlalu muda dan belum teruji sepenuhnya, pemangkin kebangkitannya juga ingin melompat ke atas kapal yang semakin mereput.
Di sini lah kecerdikan Pak Lah terserlah. Pak Lah mungkin seorang Perdana Menteri yang lembik, tetapi tetap seorang ahli politik yang cerdik. Kini kedudukan Pak Lah begitu selamat dan selesa. Ancaman dari dalam sudah dineutralkan. Ancaman dari luar turut hampir pasti dilupuskan. Tiada lagi terdengar suara-suara sumbang seperti tempoh hari. Benarlah kata Cik Det Melayu mudah lupa. Walaupun sudah kehilangan Pulau Batu Putih dan harga minyak yang dijangka naik Ogos ini, Pak Lah akan terus berkuasa sekaligus menolak kritikan-kritikan yang menyatakan beliau hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja.

Jadi di mana kita ini ? Bergoyangkah keyakinan kita kepada pakatan rakyat? Sudah tentu tidak. Walaupun sebijak mana pun perancangan dibuat sehingga yang buruk kelihatan baik, dan yang baik kelihatan buruk. Namun akhirnya kebenaran akan terserlah jua. Jadi pejuang-pejuang di luar sana. Jangan lupa. Kemenangan semakin hampir, panjatkanlah doa supaya perubahan kerajaan menjadi realiti. Lawan tetap lawan!
No comments:
Post a Comment