Tuesday, June 10, 2008

Sayonara Astro!!

Saya merupakan pelanggan setia Astro sejak tahun 2000. Biarpun Astro telah menaikkan caj perkhidmatannya beberapa kali, saya tetap terus setia bersama Astro. Ini kerana hanya astro sahaja yang mempunyai rangkaian sukan seperti Supersport, Espn dan sebagainya khusus untuk peminat-peminat hardcore bola seperti saya. Lagipun Astro , macam-macam ada.....

Pendek kata, hujung minggu saya diperuntukkan untuk bola. Sudah tentu perlawanan pasukan pujaan saya iaitu Liverpool amat dinanti-nantikan. Itu kisah saya semasa saya bujang. Namun kini saya sudah berpunya. Dan sudah punya 2 cahaya mata. Mulalah saya didedahkan dengan rangkaian Ceria, kartun dan sebagainya. Kalau rangkaian 'Discovery' mana budak-budak nak layan.

Dipendekkan cerita, anak saya mulalah memonopoli siaran televisyen di rumah. Saya mula bimbang. Di tambah dengan rancangan-rancangan kanak-kanak yang langsung tidak bertapis mula mengundang gundah-gulana di hati saya. Mungkin tidak ramai ibu-bapa yang berkongsi kebimbangan seperti saya - tak kisahlah. Tapi apabila kebanjiran rancangan hiburan yang melampau-lampau dan sedikit demi sedikit terserap kepada anak-anak, saya mengambil langkah drastik. Menghentikan langganan astro dengan tidak membayar bilnya.

Nak telefon customer servicenya mahal, lagipun sayanggg amat dengan siaran langsung 'premier league' setiap minggu itu. Bagi 'chance'lah orang kata. Tapi apabila anak saya mula terikut-ikut dengan siri 'tom-tom bak' saya tidak menoleh ke belakang lagi. Rancangan ini pada saya langsung tidak membentuk minda kanak-kanak. Yang ditekankan hiburan semata-mata. Adakah sesenangnya di ajar 'gaya-gaya merempit' kepada kanak-kanak untuk suka-ria sedangkan ia mempengaruhi minda kanak-kanak apabila ia semakin membesar nanti.

Oleh itu, saya nekad. Tidak berapa lama kemudian, rangkaian astro di rumah saya diputuskan. Okey lah itu, kos astro pun semakin lama semakin naik. Elok lah saya potong awal-awal. Saya pun membayar kos-kos tertunggak yang hampir 2 bulan lebih itu. Apabila bil bulan berikutnya sampai, terkejut saya. Saya dicaj RM20 untuk kos penyambungan. Humang ai. Ditambah RM10 kerana kelewatan pembayaran.(tiap kali bayar kena caj rm20). Amboi, banyaknya kena bayar. Saya telefon customer service astro dan berjaya dapat rebat. Tapi ada kos yang tak dapat rebat. Saya bayar separuh dulu, tapi bila saya bukak astro saya masih tak dapat siaran.

Aik? Dah kena caj rm20, tapi tak dapat siaran. Pelik tu. Bila saya telefon balik, dia suruh saya bayar bil secara penuh dahulu. Mak ai. RM50 pun berkira. Tak apa lah saya tak bayar lagi. Selepas itu, bila sampai bil bulan berikutnya baru saya bayar semuanya. Tapi, bila sampai bil berikutnya kena caj jugak rm20 tapi bila bukak rangkaian still tak dapat. Akhirnya saya giveup. Macam ini, malas la bayar bil. Asyik kena caj rm20 untuk penyambungan rangkaian tapi tak pernahnya di sambung.

Last-last saya biarkan bil saya itu tertunggak. Selang berapa bulan - semalam terus saya dapat surat lawyer dari astro. (Lupa plak nak ambik gambar. Nanti saya sertakan). Suruh bayar rm60 bil tertunggak beserta kos notis rm20. Aduh, macam ini ke astro melayan saya setelah saya menjadi pelanggan setia astro hampir 7-8 tahun ? Tak ada tolak ansur ke. Apa salahnya, telefon dulu. Bagi peringatan ke dulu hantar surat dulu ke? Takkan terus hantar surat cintan.

Membara hati saya. Kali ni apa nak jadi, jadilah. Nak saman pun samanlah. Kerana rm60 nak saman saya - suka hati koranglah. Kalau macam inilah korang layan saya yang dah bertahun-tahun jadi pelanggan setia korang boleh blah lah. Saya taknak bayar. Bawa saya ke makhamah.(chewah, dah jadi macam raja petra pulak). Sayonara Astro!!

1 comment:

Unknown said...

salam.. nak tye.. mcm mne kes cik skrang? byr ke masuk mahkamah? just curious..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails